MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, October 31, 2012

ROTI JALA... KISAH CUCUR UDANG DAN TUDUNG PENGANTIN

ASSALAMUALAIKUM...

EPISOD terkenang semasa dulu... ;-))))

SAYA baru lepas berbalas sms dengan kawan sekolah rendah dulu. SITI ANITA, orangnya comel, manis dan peramah sejak kami mula kenal 28 tahun lalu. Ya, kami bertemu ketika saya baru sahaja bertukar ke Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, Pontian semasa dalam darjah tiga. Dalam masa yang sama, Siti Anita yang saya panggil Siti juga sama-sama murid baru dengan saya. Biasalah kalau 'budak baru' tentunya cepat jadi terkenal, hehehe.

Disebabkan kami ni bersekolah di sekolah kampung sahaja dan bilangan murid tidaklah ramai maka hubungan antara kawan sekelas tu amatlah rapat. Masa tu tak ada darjah A ke.. B ke... setiap darjah  cuma ada satu kelas sahaja. Saya masih ingat antara kawan saya yang maknya sangatlah rajin menyediakan bekalan untuk anak adalah Siti Anita dan Rozana. Boleh dikatakan setiap hari Rozana akan membawa mangkut tingkat bewarna biru yang di dalamnya berisi nasi bersama lauk asam pedas yang menjadi identiti orang Johor. Ada masa dapatlah juga mengendeng bekalan Rozana yang ada iras-iras nyonya ni, hehe. Tapi disebabkan kami tak berapa rapat dan Rozana ni agak pendiam orangnya jadi agak malu-malu kucinglah nak mengecek selalu. Rozana sekarang khabarnya telah menjadi jururawat tapi saya tak pasti di mana, mungkin masih lagi di Pontian. Saya juga masih ingat rumah Rozana yang cantik dipagari pokok siantan yang merah menyala. Selalu kami petik bunga tu sambil dok sedut-sedutlah madunya yang manis tu, hihi.

Apa bekalan yang Siti Anita bawa?? Yaaaa... tidak syak lagi, tentulah cucur udang. Cucur udang yang macam span tu apabila dicicah dengan sos cili manis yang cair sehingga meresap dalam cucur udang tentulah amat sedap rasanya bagi budak sekolah rendah. Cucur udang mak Siti Anita tak tipu tau, memang ada seekor udang sedang berposing kat body cucur tu, haha bukan macam cucur badak tapi tipu sebab tak ada badaknya.. huhuhu. Errrr.. kalau ada badaknya, nak makan ke???? Yang kelakarnya tak tahulah kenapa budak-budak yang bawa bekal ni tak akan makan di kantin. Mesti duduk dekat tepi longkang tepi kelas sambil mengadap bekal. Biasanya kami akan melunjurkan kaki merentas longkang kecil sambil makan. Siti pulak suka memaksa saya makan bersama dengannya kiranya bekalan tu mak Siti sediakan memang cukuplah untuk saya dan dia.Sampai sekarang saya masih lagi teringat-ingat cucur udang mak Siti Anita. Setiap kali bersembang dengan Siti, topik cucur udang mesti akan disebut sehingga kadang menitiskan airmata. Tahu kenapa?? Sebab kami tak mungkin dapat menikmati lagi air tangan mak Siti yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser rahim. Masa tu, kami semua masih sekolah lagi, adik Siti yang bongsu masih kecil lagi (saya tak ingat umur berapa). Dan sekarang, adik Siti yang bernama Siti Delima juga telah pergi meninggalkan alam fana ini dua tahun lepas dalam usia 25 tahun. Al-Fatihah untuk mereka.
macam inilah lebih kurang rupanya cucur udang yang Siti selalu bawa.. saya google imej ini dan terus membawa saya ke blog ini.. terima kasih POTRET KASIH
Tetiba pula jadi sedih cerita ni ek.. saya ni kalau menulis memang hanyut ke laut... maaf ya..

Balik semula kepada cerita jadi budak baru tadi, bila kami berpindah ke sekolah di Pontian tu kami diwajibkan untuk masuk ke sekolah agama di sebelah petangnya yang mana sekolah agama akan menumpang di sekolah kebangsaan tu. Disebabkan masa tu abah tak cukup peruntukan untuk membelikan tudung sekolah agama (dulu-dulu belum wajib bertudung ke sekolah macam sekarang, tapi kalau sekolah agama tu wajiblah bertudung) jadi saya dan Angah (darjah 4) ni pakailah selendang renda-renda. Ialah, budak-budak kecik sekarang untung lahir-lahir jer dah jumpa tudung awning, kami dulu pakai tudung segitiga jer jadi untuk kami ni mak memang ada belikan selendang renda untuk pergi mengaji jadi kebetulan pulak selendang tu putih jadi kami telah dipaksa untuk pakai selendang tu ke sekolah agama sementara dapat tudung sekolah. Jadi, setiap kali kami jalan depan budak-budak lelaki yang jahat mulut tu maka akan kedengaranlah kata-kata, "Tepi sikit... tepi sikit... pengantin nak lalu..." Mula-mula tu memanglah malu, kan, lama-lama tu malu jadi geram aku hempuk kepala budak tu dengan beg sekolah, "HAH!! NI PENGANTIN!!!" Memang sangat sakit hati sampai nangis-nangis ngadu dekat mak minta cepat belikan tudung sekolah. Ialah, kami dulu bukan orang senang yang asal minta dapat, asal minta dapat. Nak dapatkan sesuatu tu memang berjanggut menunggu, kadang dapat, kadang memang terlupa macam tu jer. Tapi walaupun macam tu tak pernah lagilah tak makan, tengoklah badan kami, sihat-sihat belako.. hahaha. Bila dah dapat tudung masih ada jugalah yang gatal mulut, eh, pengantin dah pakai tudung, grrrrrr!!!

haaaa.. gini ni ala-ala selendang putih pakai gi sekolah agama tu, memang cam pengantin ek...
sumber gambar google
Okeylah, dah habis dah cerita nostalgia, entah apa-apalah ya.. hihi. Ni nak tayang roti jala yang saya buat Ahad lepas. Dah selalu sangat sebenarnya buat roti jala tapi yang kali ni rasa macam rajin pulaklah nak ketuk kat laptop ni. Selalu saya memang buat roti jala tradisi warna kuning asli tapi kali ini layankan permintaan Yaya yang hendakkan roti jala warna-warni. Dan ini juga pertama kali saya menjala gunakan botol bermuncung tiga. Memang betullah kata teman-teman, bila gunakan botol ni dapur taklah berjejesan dengan tepung roti jala tukan, jadi taklah penat sangat nak bersihkan. Yelah, kadang kita orang perempuan ni memang suka nak masak tapi bab nak lap dapur tu haiiii, alangkah ... sila sambung sendiri. Oh! Ya, dulu-dulukan, kalau saya buat adunan roti jala tu memang tak pernahnya bersukat, masuk tepung, tuang air, tuang susu, masuk garam dalam blender terus trrrrrrrrrrrrrrr, lepas tu kalau pekat tambah air, kalau cair tambah tepung, terpekat sangat tambah air balik, lepas tu kena uji dulu, kirai satu dalam kuali tengok jadi tak jadi, cair tak cair atau tersumbat sebab pekat sangat. Lepas tu kenalah 'adjust' balik adunan tu sampai dapat roti jala AAA. Tu sayalahhhh.. hehe. Tapi, sejak saya cuba resepi Roti jala Unclepali, ya.. tentulah buah hati pengarang jantung Kak Jee tu, maka saya memang akan terus gunakan resepi tu tanpa berpaling kepada yang lain. Memang cukup lunak adunannya dan rata-rata saya google memang ramai yang dah menggunakan resepi ni. Sukatan pun senang tak perlu nak menimbang bagai. Ukuran cawan tu terpulanglah sama ada nak guna cawan metrik atau cawan kopi tapi kalau guna cawan kopi, gunakan size yang sama untuk sukat yang lain ya.

ada juga buat yang macam tikar mengkuang siap bergulung tapi dah selamat bergulung dalam perut.. hehe

Roti Jala
Sumber : Dapur Kak Jee

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
secubit garam (saya letak 1/2 sudu teh)
sedikit pewarna kuning (saya bahagi dua adunan, guna hijau dan merah jambu)

Cara mudah :
Masukkan air, santan, telur dan garam dalam blender serta 1/3 tepung. Kisar sekejap. Kemudian, tambahkan 1/3 lagi tepung, kisar lagi. Akhirnya masukkan semua tepung, kisar sebati. Letakkan pewarna, kalu suka boleh bahagi dua dan guna dua warna berlainan, kacau sebati.

*saya tambah 2 sudu makan minyak masak dalam adunan.

Oh! Ya, kari daging tu saya baru masak, bukan kari semalamnya punya tau.. memang dibuat istimewa untuk dicicah dengan roti jala. Buat pekat supaya kuahnya melekat, barulah boleh makan sampai mimpi bulan bintang. Resepi kari daging saya mudah jer, tak perlu masuk hutan punya. Boleh gali dengan label daging ya.. kalau rajin nak gali ;-))))

Yaya suka yang garing!

24 comments:

  1. Masa kakak sekolah rendah pun sama makan bawa bekal kemudian lunjur kaki atas longkang. Longkang bersih tak ada air kan... itu yg seronok.

    Roti jala warna-warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, longkang tu bersih tapi kadang2 tepi longkang tu ada plak tahi ayam, hahaha..

      Delete
  2. bestnya roti jala, dah lama akk xbuat...nnt nk try resepi ni pulak la, nmpk senangkan...thnx sari..

    ReplyDelete
  3. Apa jadi dengan budak yang kena hempuk beg tu...? Hahahahahhaha

    ReplyDelete
  4. Teringat pula kisah akak sekolah agama di Pontian, Kg Api2. Cikgu garang gila, nak menitik jari anak murid dgn pembaris besar (skrg takde dah kot)
    Cucur udang org johor mmg sedap, bila la akak dpt balik sana, mcm makin jauh je kaedahnya.
    Bulan nov ni akak balik tp tak pasti dpt tak balik Johor, dlm perancangan tu mmg ada cuma transport tak pasti lagi. Kita jumpa nanti ye....bg akak no tel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana, oh.. akak sek kat Kg api2 ke? Cikgu saya dulu tinggal area sana. ialah, dulu kalau salah nanti kena titit tangan ngan pembaris, bisa sungguh rasanyakan. Betul, suka cucur udang orang Johor yg cicah ngan sambal cair pedas manis, hehe. Nanti sy pm no telefon dalam fb ya..

      Delete
  5. Assalam Sari.
    Tentu masa kecil2 dulu Sari ni comelkan sbb tu budak2 lelaki suka usik....gurau aje.
    Cantik warna roti jala tu,menarik minat budak2 untuk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana comelnya Kak Norzie, comot adalahhh.. haha

      Delete
  6. bila citer bawa bekal ke sekolah ni t'ingat dulu2 masa sekolah rendah mak selalu bawakan nasi+telo mata lembu n kicap..blh kata hari2 lauk tu.. :) mengenang nostalgia zaman dulu2 ni mmg seronok kan kak... ;)

    gara2 tgk roti jala kak yus,ptg tu juga lia buat...tp x ambik gmbo pun huhuuu... resepinya lbh kurang tp lia ikut resepi kak hana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamya, seronokkan bawa bekal, walaupun lauk biasa2 jer.. ohhh, Lia buat juga ya roti jala. Mesti sedap sgt smpi lupa amek gbr tu..

      Delete
  7. sedih dgn kisah cucur udang tu. al fatiha buat arwah...

    hihi,, comelnyer roti jala tu..kaler pink.. lya igtkan roti jala tu y lembek2 makan dgn kuah tu.. eyhh.. k y ni ltk warna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyafrina, terima kasih ya..

      haaaa, suka warna pink juga ya!

      Delete
  8. Waaa sukanya tgk roti jala akak..warna warni..

    ReplyDelete
  9. salam sari..kecik2 dulu, akak eksyen..pegi sekolah tak nak bawak bekal...nak beli nasi lemak kat sekolh..tah hape dia letak pun tak tau..sehari tak dapat mcm rindu2an kat boypren ajer...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kak Nik Ja, amboiiiii, ntah apalah yg dimandremkan tu, hahaha

      Delete
  10. Assallamualaikum Yus..

    Yus, cerita yus mengingatkan Naz nostalgia zaman2 sekolah dululah.. Lebih kurang sama ceritanya cuma tang tudung tu, kami tak dibenarkan pakai tudung pengantin tu. So mmg mak dah siap2 cari tudung segi tiga tu..

    Masa mula2 tgk gambar roti jala kaler pink tu kat fb, Naz ingat coklat masakan pink yg yus lorekkan sampai keras dan jadi cam tu.. rupanya roti jala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Naz. Kiranya Naz senasiblah dgn Yus ek.. hihi

      oooo, minta maaf ya kalau rasa tertipu tengok gambar tu, hehe

      Delete
  11. Kenangan masa sekolah..perghh memang meruntun kalbu tul. Sy pun mak dulu bg bekal nasi, siap kena makan ngan abang drj 5, 3 dan sy darjah satu. Yg best kalau hr Sabtu ada kenduri kawen dapat le makan ayam yg dah dihangatkan (ni paling mewah), ataupun ngan rempah ayam berbaki. yg bezanya abang sy ajak makan kat bawah pokok duku.. (kebun tepi sekolah). sy sekolah kat kg sungai bunyi, pontian (1979-1983).

    Tapi kesusahan itulah yg menjadikan sy sangat bermotivasi. Rie, Skudai

    ReplyDelete
  12. semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?