BUKAN KERIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
15
ASSALAMUALAIKUM..

sambungan entry GORENG

EHHHHH!! Saya terror tau buat keria, tak adalah sampai nak pegang dua tangan untuk masuk dalam kuali... hehehe. Kelakar pulak bila ada yang meneka saya sedang meggoreng keria semalam. Kalau tengok dari pandangan mata macam keria ek, tapi tak pernah lagi bila saya goreng keria, adunannya melandut ke bawah, hehe.

Jadi.. kuih apakah yang saya goreng???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sapa boleh buat peniram macam-macam bentuk macam gini, dia memang terror!! ;p

Okey, jangan gelak okey. Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok maka saya persembahkan kuih peniram yang saya cedok resepinya dari blog Hasue: I Love My Life .. errr.. me too, hasue. Saya tak tahu apa nama sebenar-benarnya kuih yang menjadi kesukaan Yaya ni. Arwah abah saya panggil kuih deram, tup tup bila dah jadi menantu orang Kedah, kakak ipar saya kata namanya kuih telinga keling, eiiii, rasa macam tumbuh bulu kat telinga pulak bila dengar namanya tu. Siap kembang-kembang bulu tengkuk saya tau. Bila dah berjinak-jinak dengan dunia blog, ramai blogger masakan menyebutnya sebagai kuih peniram. Tak tahulah kenapa bila saya cuba masukkan dalam kuali, kuihnya melendut. Kalau angkat dengan sebelah tangan maka lubangnya akan bertangkup kerana kejadiannya yang melendut tu. Jadi terpaksalah diangkat berhati-hati menggunakan kedua belah jari tangan dan kiri. Agaknya kena angkat cepat-cepat dan terus masukkan dalam kuali. Tapi saya ni pulak jenis yang terlalu berhati-hati sebab takut sangat dengan minyak panas. Jadi perjalanan kuih peniram ni dari mangkuk adunan ke kuali amatlah lama sehingga ia melandut. Mungkin kejadiannya yang agak berat kerana tepung beras yang diadun dengan air gula merah semata-mata. Serius, saya paling takut dengan minyak panas yang menggelegak dalam kuali, hihi.
tebal tak teballah.. sampai ada bayang-bayang.. hihihi

Inilah akibat terlebih yakin dengan kebolehan diri sendiri yang sebenarnya kalau nak diukur mata kail tu panjangnya jangankan sejengkal, seinci pun tak sampai. Tapi tak apalahkan, yang penting kita dah cuba tapi rasanya memang sama sebiji kuih peniram panas-panas sedap yang dijual kat pasar-pasar lambak tu. Jenuh jugak nak habiskan sekilo adunan tepung beras tu, hambikkkkk!! Nak sangat buat banyak-banyak.. hehe... Pasal nak cepat siap, saya terus cekut dari mangkuk adunan dan bentukkan dengan tangan, tak kuasa dah nak mencanai dan menerap sekeping-sekeping, hehe. Kebetulan Hasue menayang kuih peniram ni selepas beberapa hari Yaya asyik menyebut-nyebut. Terima kasih ya Hasue, memang tabik spring toing3! ngan Hasue ni, walaupun masih muda belia ditambah lak empat askarnya tu (kalau tak silaplahhh) tapi masih mampu menghasilkan kuih peniram yang cantik molek, macam orang yang membuatnya juga. Agaknya saya pun kena tambah askar jugak kot kalau nak dapat peniram yang comel-comel macam Hasue, hihi. Yang penting, laris habis. Dapat dua tupperware besar dah langsai satu tinggal lagi satu untuk kunyah-kunyah raya esok.

Salam Aidiladha dari saya... wassalam.

p/s nak tengok kuih peniram Hasue??? Klik SINI

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. takpe... sekurang2nya berani mencuba.. syabas!

    ReplyDelete
  2. tun panggil kuih deramm..kiteorg adik beradik mmg minat habis ngan kuih nih, smp dulu2 pakcik tun ckp, gi la kawin ngan org yg jual deram tu. hahaha... dulu pernah try buat, tp jd cekodok. kui kui.. lps tgk kak sue wat jd cantik aritu tgh kumpul kerajinan nk buat jugak ^^

    ReplyDelete
  3. haha cok peniram rupanya...tkpa try lagi...memang kalo kot kedah kamipanggei telinga kelin..

    ReplyDelete
  4. betol la tu kuih tlina kling

    ReplyDelete
  5. salam sari, kat utarakan orang panggil ni kueh apa tau....kueh telinga k_ _ _ _ _ g...jangan marah yek...kkida share apa yang kkida dengar aje...hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam aidil adha. Takpe janji rasa nyer sama. Rupa tak kisah. Masuk perut jugak akhirnya :)

    ReplyDelete
  7. meniram ye kak...cuba lg kak, mesti bple punya..

    ReplyDelete
  8. Oklah tu Sari. Kakak tak pernah buat lagi. Kakak pun panggil kuih deram.
    Buat sampai sekilo siapa suruh hihi... jenuhlah nak menghabiskan tapi bagus juga raya kan ramai org datang bolehlah agihkan..

    ReplyDelete
  9. wah,

    mistik betul bentuk rupanya, asal sedap udaaaah! ;)

    ReplyDelete
  10. bentuk je camtutpi sedap & unik kuih ni

    ReplyDelete
  11. Waahhhh rajinnya kak yus buat smpai sekilo..kagumm2.sy buat pun byk terpeleot kak..hanya insan eh kuih yg terpilih je jd model masuk blog.haha...tp resepi ni la paling jadi stkt ni..resepi sblum2 ni x pnh nk jd..huhuu...yg pnting ahli rumah sudi mkn n laris je tul x?hikhik

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!