TRAGEDI PULUT SERI KAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
ASSALAMUALAIKUM...

INGAT tak entry saya menjejak kasih ke utara di SINI? Ingat tak saya cerita tentang keenakan Pulut Seri Kaya yang saya cuma sempat makan seketul manakala yang lainnya telah dihabiskan oleh Yaya dan ER. Alah, diorang memanglah tak malu, saya yang malu ni tataw mana nak letak muka.. hihi. Berikutan itu.. ceh! Ceh! Saya pun ngendeng-ngendenglah resepi Pulut Seri Kaya mak kawan saya yang sangatlah mabeles itu. Ialah, dah ER dok cerita sama rasa macam mak dia buat, maka saya pun naklah juga tahu resepi rahsianya kan. Manalah tahu resepi khas orang-orang utara saja. Nak minta resepi dengan mak mertua sendiri, tentu tahu yang mak mertua saya dah tak sihat, jadi tak sampai hati nak tanya dia macam-macam benda, isk!

Rasa macam tak percaya pulak bila Makcik Sa'diah bagitahu resepi Seri Kayanya tu. Biar betul, nak tahu apa makcik Sa'diah cakap..

"Bawang merah sebiji... jintan manis letaklah dalam satu camca kecik..."

Saya...?????

"Errr... ni betul ni letak bawang merah, nak buat seri kaya tu?"

"Ialah, letak bawang merah tu sebiji, blend dengan jintan manis tu, daun pandan tu lima nam lai..."

Pernah??? Pernah dengar/ tahu resepi Pulut Seri Kaya letak bawang merah?? Siapa pernah dengar/ tahu nanti tinggalkan komen ya sebab puas saya google, tak ada satupun resepi Pulut Seri kaya guna dua benda ni, hehe. Tapi... saya buat jugak tau, ikut apa yang Makcik Sa'diah ajar. Tapi masalah problemnya Makcik tak bagitahu sukatan air dan santan yang sebenar, maka terjadilah tragedi....

nanti saya sambung ya.. nak gi kelas.. huhu

punyalah banyak kali baca Bismillah nak kisar bawang merah, jintan & daun pandan untuk buat pulut seri kaya Mak Sa'diah.. hehe
Makcik Sa'diah yang hebat di dapur
saya dan anak Makcik Sa'diah yang manja.. hiks

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perghhh tak sabar dah ni. apa ke rupa gaknya kan kan hehehee

    ReplyDelete
  2. nak tau macamana rupanya?

    nak tauuuu juga

    ReplyDelete
  3. bawang merah?
    eh, macam tak caya sebab tak pernah dgr cenggitu:)

    ReplyDelete
  4. salam makcik..mula2 sekali aku nak gelak jap..wakakakakakakaka :D

    sabar jer lah..tu lah kelemahan mak aku bila dia masak..dia xreti nak pakai sukat2..dia main campak2 jer..mmg susah nak tiru resipi dia..tu la bila kwn2 mntk resipi aku susah nak ckp bukan kedekut atau xmaw bg tp sbb tiap kali tanya resipi mesti gaduh sbb dia akan ckp agak2 ja la..mak mmg masak main agak2 ja..dia ikut instinct ja bila masukkan bahan xkisa la bahan kering bahan basah..aku lg rela soh org tu mai tgk mak masak dari tulis resipi nnt org wat xjd org marah..huhuhu. so apa jd dgn pulut sekaya hg tu..lembik ke keras..??? kena try lg byk2 kali nnt hg taw nak agak la..sian hg dh brapa kali wat..

    yer mmg mak wat pulut sekaya ni masukkan bwg..dh 34thn mkn pulut sekaya ni..tp ttp xdpt nak cilok resipi dia..hehehe.

    Good Luck My Friend ;)

    ReplyDelete
  5. Biar betul... apa hasilnya?? Jadi tak kak??

    ReplyDelete
  6. Biar betul... apa hasilnya?? Jadi tak kak??

    ReplyDelete
  7. pertama kali dgr, nk tgk hasilnya sari

    ReplyDelete
  8. seri kaya ni org panggil kuih serimuka jugak kan kak kan? ke lain? eh tak sabarnya nak tau hasil dia. cepat update kak cepat!

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    surprise sungguh nie...

    ReplyDelete
  10. wah suprise ni...btul ker buat kaya buh bwg merah tu??

    ReplyDelete
  11. Pes time dgr....nak juga test nanti...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!