PULUT SERI KAYA.. RESEPI MAKCIK SA'DIAH TERBONGKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
58
ASSALAMUALAIKUM...
nampak tak belo-belo permukaan seri kaya tu.. ini akibat tak membalut tudung pengukus.. isk! tapi.. sedappppppp
ECECEH... macam kontroversi jer tajuk tu eh.. Ialah, saya ni kalau dah jatuh cinta dengan satu-satu resepi, nak.. nak dari orang-orang lama ni, memang sampai ke sudah saya ulang-ulang buat tau untuk mendapatkan rasa yang asli macam yang kita mula-mula rasa tu. Tapikan.. manalah boleh lawan Tok Guru kan, ialah, Tok Guru saya tu ajar tak ada sukat-sukat, jadi kita yang tak berapa pandai nipun bila sukat pakai agak-agak mana nak jadi. Orang dulu ni skillnya lain walaupun diorang tak sekolah tinggi macam kita.. (Maksud saya sekolah tinggi ni sekolah dulu-dulu cuma setingkat, sekolah sekarang ni tiga empat tingkat.. ;p) Sebab itu dulu tak ada jual cawan yang ada skala dekat tepinya tu, semua sukat pakai cawan teh. Mak saya dulu buat kuih semua ditaram guna tin planta yang pendek tu. Saya ingat lagi, mula-mula mak akan buka tin planta tu, kemudian sukat gula pakai tin tu, sukat tepung pakai tin tu. Hasilnya kek mak tetap sedap walaupun diputar guna senduk kayu jer. Kadang-kadang kami berebut-rebut konon nak tolong putar tapi tak sampai lima minit dah lenguh.. hehe.
yang ini pulak saya putar kuning telur dan gula dengan mesin pemutar sampai kembang setaman.. akibatnya permukaannya menggerutu.. hehe.. rasa.. mestilah sedap...
Dah terpesong pulak nak cerita pasal Makcik Sa'diah tercerita pulak pasal Mak Siti aka mak sendiri.. hihi. Ingat lagi tak kisah Tragedi Pulut Seri Kaya saya tu? Alaaa.. yang adunannya lembik (bukan lembik lagi tapi longlai sudaaaa) tu sampai saya kena masak sekejap dalam kuali. Betullah tu, terlebih air. Saya pun "mim nga kaf wau kap" jugak sebenarnya... hehe. Dah sukatan tepungnya dua sudu, tuang air dua cawan memanglah jadi lempeng kan.. kuang.. kuang.. kuang... Tapi disebabkan walaupun dah rupa macam jemput-jemput tak jadi tapi rasanya sedap dan habis jugak tu saya nekad untuk meneruskan misi membuat Pulut Seri Kaya Makcik Sa'diah (PSKMS). Jadi saya buatlah R&D sendirikan.. termasuk yang ini empat loyang tau, jangan main-main. Keunikan resepi ini adalah ia menggunakan bawang dan jintan manis dalam adunan seri kayanya. Rasanya??? Anda buat dan terjemahkan sendiri nikmatnya okey... Oh, ya.. cuma resepi Seri Kayanya dari Makcik Sa'diah, pulut tu ikut sukatan saya sendiri.. Untuk Makcik Sa'diah, terima kasih banyak ya makcik, semoga Allah melapangkan rezeki untuk makcik sekeluarga, insyaAllah, Aminnnn.

Pulut Seri Kaya Makcik Sa'diah
Resepi : Makcik Sa'diah
Olahan : Alam Sari
(saiz loyang: loyang bulat 9")

Bahan Pulut :
  • 1 1/2 cawan beras pulut dicuci dan direndam tiga jam
  • 1 1/2 cawan santan sederhana cair - jangan cair sangat)
  • 1/2 sk garam (letak sikit-sikit dan rasakan masinnya ikut citarasa sendiri)
  • Sehelai daun pandan
Cara :
  1. Panaskan periuk kukusan sehingga mendidih.
  2. Masukkan semua bahan pulut ke dalam loyang, gaul rata. Letakkan daun pandan yang disimpul.
  3. Kukuskan 20 minit dengan api besar.
Sementara itu siapkan bahan Seri Kaya.
Bahan Seri Kaya :
  • 6 helai daun pandan*
  • 2 ulas bawang merah* kalau besar guna 1 jer..
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 1/2 cawan air*
  • (Kisar bahan bertanda * dan tapis/ perah ambil airnya)

  • 5 biji telur (A)
  • 3/4 cawan gula pasir halus atau gula kastor
  • (Pukul telur dan gula dengan handwhisk sahaja sehingga gula larut)

  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 100 ml santan pekat
  • 1 sk pewarna hijau

Cara :
  1. Masukkan santan pekat, tepung gandum dan tepung beras dalam adunan telur, pukul sebati.
  2. Masukkan pewarna dan air daun pandan yang dikisar tadi.
  3. Tapiskan adunan supaya tepung tak berketul.
  4. Selepas 20 minit, keluarkan pulut dari kukusan. Gaul rata pulut dan kemudian padatkan semula dalam loyang, ratakan.
  5. Tuang adunan seri kaya di atasnya dan kukus dengan api sederrhana selama 30 minit.
  6. Balut periuk kukusan dengan tuala. (Tidak perlu balut semasa mengukus pulut)
Anda berani?? Cubalah buat, okey..
ini lupa letak pewarna... Sari ni macam-macamkan... hahaha.. tapi.. tetap sedappppp..
sengaja lebihkan kukus pulut, keluarkan sikit untuk dimakan dengan rendang.. jangan tataw.. tu rendang raya lepas.. sedappppp!!

Post a Comment

58Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam,
    akak pun suka serimuka ni.
    http://www.my-mintroom.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, Marsita.. Seri Muka dan Seri Kaya ni memang ramai peminatnya..

      Delete
  2. buat lagi kak..he3
    tak pe kak...
    belajar dari pengalaman..
    kan dah makin cantikk kuih tu..
    betul tu kak..
    mak mas pun...masak main campak2 jerk...sukat pun guna cawan minum kopi tu..
    tapi hasilnya....
    memang mabelesss...

    hmm...pulut yg last tu...
    mengancammmm laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas, macam tulah nampaknya, laku sangat kuih ni, seri kayanya sedap tau..

      Delete
  3. Akhirnya tbongkar sudah...;) btul tu...org dulu2 masak main agak2 tp hasilnya canteQ, sedap lak tu. Tu sbb klau tnya resepi mereka bole bgtau bhnnya saja...sukatan...agak2 jerlah...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zurina, tulahkan.. yg agaknya pulak tak pandai agak, hehehe

      Delete
  4. kak sari.. sangat unik la resepi ni.. tak dapat nak membayangkan rasanya tu.. hmmmm... canner ek.. mula la tertanya2 neh.. hehhee... tapi bila baca tajuk jek saya tersenyum jek. mcm2 la kak sari ni. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izahdaut, kalau tak dapat mmbayangkan akak cadang Ijah cuba buat, kalau pakar kuih macam Ijah ni mesti lagi sedap tau

      Delete
  5. Baki pulut itu pun menggoda kakak. Makan dgn rendang memang sedap.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, haaaa.. yg itu raja segala raja pulut Kakzakie, hihihi

      Delete
  6. sedapnyer, cuma KA x leh nk makan plut lebih2 sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana, ni mesti jeniss kalah dengan pulut, termakan lebih sakit perut, betul tak? Makan seri kayanya jerlah ya..

      Delete
  7. pulut seri kaya tu yang menggoda....yus panggil seri muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~yus~ saya pun panggil seri muka juga tapi rasanya kalau seri muka ni kurang guna telur, yg ni guna banyak telur, mungkin sebab itu dipanggil seri kaya, rasanyalah.. sebab Makcik Sa'diah panggil seri kaya..

      Delete
  8. Assalam sari, akk tak boleh nak bayangkan kesdeapan pulut seri kaya tu sari, ini mesti betul2 sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sedap tau, Kak EmbunRosaliza, nanti cubalah buat, kalau tak sedap saya minta maaf tapi memang sedaplah, dijamin!! hehe

      Delete
  9. Salam kak Sari.. tlh ku rujuk sejarah n3 lalu.. akak memang tabah n tak putus asa.. kak nampak memang sedap n lembut jek.. erma pernah mkn kuih ni tapi tak terbayang ader letak jintan ngan bawang tu...mmmm sedap n wangi bau pandan tu.. nak join ader 4 loyang tu.. dapat satu loyang jadilah oppss.. byk tu he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halamanku, nak satu loyang boleh, nak dua loyang pun boleh, tapi loyangnya dah kosonglah sebab kuih ni cepat betul jalannya.. hehe. Memang sedap & lembut dari pulut sampailah ke seri kayanya tu..

      Delete
  10. waaaahhh..gambar last tu buat sha rasa nak masuk dapur sekarang.
    sejujurnya sha tak pandai buat kuih - moden atau tradisional.
    Tp sha respect sbb resepi akak tak pakai penimbang...
    sudu, cawan...helai...lebih mudah.
    mungkin sha patut cuba:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cHeRyNa PiReS, samalah dengan akak, kurang pandai buat kuih tradisional ni, tengoklah tu, berulang-ulang kali membuat pun masih belo-belo lagi, hihi. Akak memang suka sukatan guna cawan ni, tak payah nak keluarkan penimbang & terbongkok2 nak menimbang, hehe

      Delete
  11. fuiyooo..x kesahla makcik sadiah ke makcik pasar malam ke kan..yg penting resipinye yg sedaap terbongkarr sudaaa..hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inahar ali, Kalau makcik pasar malam entah sudi entah tidak kongsi resepi.. hihi

      Delete
  12. akak, siyes tu rendang raya haritu? tahan lama nya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadisBunga, betul.. rendang raya akak frozenkan.. masih elok lagi, Alhamdulillah..

      Delete
  13. aassalam
    sedspnye serimuka,dah terbongkar resepinya blhlah dicuba ye he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama sara nur, cubalah nanti ya, penat sy membongkar, hehe

      Delete
  14. Assalam Sari.
    Mesti wangi bau jintan dlm pulut serikaya ni ye sari....terbongkar sudah rahsia mak cik Sa'diah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam, Kak Norzie. Memang wangi harum menawan kalbu.. hehe. Rahsia Makcik Sa'diah tak dapat bongkar, rahsia pulut seri kayanya jer.. hehe

      Delete
  15. sari cer terai korek lagi resipi2 menarik dari mak cik saadiah tuh..pasti ade banyak lagik yg unik ..kalau sari tak bagi tau boleh letak jintan n bawang dlm seri kaya tuh..akak sampai bila pun tak tau..itulah hikmatnya berkongsi..tq nanti akak nak terai..harap tak dek rase masak lomak udah lerr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nik Ja, tulahhh, byk lagi nak korek ni.. hihi. InsyaAllah, takde rasa masak lemak Kak Nik, malah tambah sedap lagi rasanya..

      Delete
  16. salam sari
    ttp terpegun dgn org dulu2 kan..mmg btl sukat pakai apa pun tp ttp jadi hebat kuih diorg...amboiii dh terbongkar nampaknya kuih mk cik sa'diah kan...tgh kumpul keberanian nk mencuba nie :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila Norazila, sungguhlaaaa, memang kagum sangat, pakai agak2 pun jadik, kannn..

      Delete
  17. uniknya resepi ni sari.... bolehlah mencubanya... agak2 terasa sgt tak rempah & bwgnya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Madiha, cuba tau, Kak Madiha, tak ada rasa rempah & bawang tu, jgn takut ya..

      Delete
  18. Salam kenal kak sari:) sedap nye kuih tu...pandai akak msk ye....semua nmpk sdp mknn kat cni:) jenguk blog sy jg ye...tq:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga utk Zawani, terima kasih singgah, nanti akak jenguk blog awak pulak ya ;-)

      Delete
  19. Salam kak yusss! all time fav!!! tapi kita kalau kuih2 kukus kita tgk sukatan telur sbb kita allergic sikit kuih kukus guna telur yg byk ehehe... kdg tu resepi letak telur tp kita skip ajerr sbb tak suke bau2 ayam dia tuu kalau dah sejuk hihihi... akak dah jumpaaa dgn org paling cerewettt sekali, kita lerr tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ijayuji, waaaaaaaaa, cerewet rupanya kamu ya.. hihi

      Delete
  20. aumm..sedapnyer....
    biasa bulan puasa la jumpa...
    kalo hari2 biasa jrg buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYAfrina, memang pun kuih fav bila bulan puasa nikan..

      Delete
  21. tak pernak tau pun pulut seri kaya letan bawang & jintan manis..hmm..kena cuba resepi ni..thanks for sharing ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sutera Terengganu Silk, kena cuba ya, resepi yg unik ni

      Delete
  22. Rajinnya Kak Sari cuba resepi kuih2 tradisional ni. Kalau sekali tak menjadi, jangan putus asa ye.. Tentu boleh diperbaiki lagi... Tq sebab kongsi resepi unik ni dengan kami.

    Kak Sari, gambar2 dalam entri ni semua membangkitkan selera... Pulut tu dengan rendang sangat menyelerakan.. Kalau Nur datang rumah akak, akak buatkan ye,.. (gurau je..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur-nba, rajin tu sebab suka & laris, kalau tak laris tak rajin juga nak buat, hihi. InsyaAllah, kakalau Nur dtg akak boleh jer buatkan, ckp awal2 ya..

      Delete
  23. Cuba lepas buat kueh mueh tu, poskan kat sini..nak rasa sedap ke tidak...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaaaa, Abil Fikri, kan sy dah kata sedap, tak percaya ke?? hehe

      Delete
  24. jadi la jugak tu. kalau saya yg buat, takde rupa langsung agaknyer. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waney, iye ke?? Entah2 10 kali lagi cantik dr yg ni.. hehe

      Delete
  25. salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  26. salam kak sari, amboi seleranya tgk kuih seri muka tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  27. ermmm sedapnyer...saya paling suker kuih seri muka tu...

    ReplyDelete
  28. Kuih tradisional melayu ini. Wajib ada kalau ada kenduri kendara.

    ReplyDelete
  29. hu huu...my feveret kuih...pulut seri kaya
    kalo mak yg buat perghhh mmg sedapppp

    ReplyDelete
  30. Suka jugak makan pulut seri kaya ni, mak Myra selalu bakar, lagi ummppphhh :D

    ReplyDelete
  31. As salam...sis sy nak resepi ni yer...tq

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!