TRAGEDI PULUT SERI KAYA... SAMBUNGAN SEMALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
16
ASSALAMUALAIKUM...

BERBEKALKAN pengalaman membuat kuih seri muka yang saya belajar sebelum ini dari nenek kawan saya yang berasal dari Kelantan (tak ada dalam blog sebab masa buat tu belum ada blog, hehe) maka saya pun kisarlah daun pandan, bawang merah dan jintan manis tadi dengan satu cawan air. Eh, sangkut-sangkutlah pulak daun pandan ni, agaknya air sikit sangat kot, jadi saya tambah lagi setengah cawan, ahh, baru pusing laju sikit ;-))))


Santan letak satu cawan ok kot. Saya pun tuang setengah cawan santan kotak (senang) dalam cawan dan tambahkan air sampai penuh, ceh! Dapatlah satu cawan santan, kacau-kacau letak tepi. Bahagian pulut tu sedang dalam pengukus, siap seri kaya nanti saya tuang terus kat pulut. Telur dan gula saya 'blend' terus sebab malas nak putar guna mixer maklumlah saya ni memang M ada sikit besar. Lepas tu masukkanlah dua jenis tepung yang diajar Makcik Sa'diah. Dulu saya belajar guna tepung gandum jer rupanya dengan Makcik Sa'diah ada satu lagi tepung. Itulah rahsianya Pulut Seri Kaya Makcik Sa'diah sedap kot, kata dalam hati saya. Bila semua bahan seri kaya dah diadun sekali, memang cantik dan wangi dan saya pun keluarkan pulut yang dikukus sebelumnya dari periuk pengukus untuk dipadat-padatkan. Alamak, banyak benarlah pulak pulut ni, penuh satu loyang, muahahaha. Mana aku nak tuang seri kaya ni nanti, ekekeke. Saya tekan-tekan pulut tu bagi padat. Berkat kegigihan menekan pulut tu akhirnya ratalah separuh loyang tu dan saya tuanglah adunan seri kayanya. Ngam-ngamlah paras loyang tu, peh! Saya berangan memang boleh kalah Makcik Sa'diah punya ni.. huhu. Lepas tu saya pun kukus grill panggang kukus grill panggang kukus mengikut masa yang saya anggarkan sendiri.

30 minit berlalu, saya yakin kuih saya dah masak tapi bila angkat tutup pengukus tu.. kuang.. kuang.. kuang. Pandangan mata kasar tidak berbohong. Adunan seri kaya macam kuah yang sedang pekat likat mendidih atas api. Aik! Takkan tak masak lagi dah setengah jam ni??? Saya cepat-cepat lari ambil tablet. Adoilaaa... lupa nak buat kajian dulu tadi sebab yakin sangat guna pengalaman lalu. Saya google resepi 'Pulut Seri Kaya Sinar Kehidupanku'. Biar betul, kena masak dulu adunan seri kaya tu sekejap atas api??? Dulu rasa-rasanya saya terus tuang jer tak yah nak masak dulu. Dah sudah... dengan perasaan bengang saya pun keluarkan semua adunan seri kaya tu.. laaa.. bahagian bawahnya tu rupanya dah agak kental juga, cuma bahagian atas tu yang masih cair. Agaknya belum cukup 'time'. Sedih.. sangat sedih tapi saya akan berjuang sehingga ke titisan darah yang ke penghabisan ;p

Dalam kepala.. nak masak dulu ke nak masukkan balik kukus... nak masak dulu ke nak masukkan balik kukus... nak masak dulu ke nak masukkan balik kukus... Eh! Mana boleh fikir lama-lama. Masak sekejaplah, apa nak jadi-jadilah. saya tambah air kukusan. Sementara tu adunan seri kaya yang saya tuang tadi saya masak dalam kuali lain. Agak-agak dah kental.. errrr... ikut hati jer, nampak macam kental saya tuang balik dalam loyang pulut tadi dan kukus lagi 20 minit dengan penuh debaran. Apa punya bengonglahkan... huhuhu.


Bila dah siap tu, Ya Allah, dia punya muka... memang langsung tak berseri. Berlopak-lopak aiiiii... ni kalau hantar rumah mak mertua yang tak sebulu haruslah disindir macam-macam.. hahaha. Sedih.. sedih.. takpa.. tunggu sejuk dulu naaaa....

Bila dah sejuk tu konon-kononnya bolehlah diposingkan tapi asyiklah jatuh terjelepuk dalam pinggan. Pulutnya jer yang kukuh berdiri, seri kayanya... aiiii... kita makan dengan sudulah.... hahaha. Tapikan.... sedappppppppppppppp... ialah, sebab saya yang buatkan... (tiru ayat Kak Ida 1001 Resepi, hehehe). Sudahnya malas dah nak ambil gambar posing dalam pinggan, suruh dia posing gitu ajelah sudah.. hahaha.

Sekian...

p/s Agak-agak kenapa ya saya punya adunan jadi macam tu??... Nanti saya cerita di episod akan datang ya... daaaaaaaa..

p/s Zulfikar Hazri, sama tak serupa kot.... mungkin dari segi penggunaan telur tu sebab Seri Kaya guna telur banyak dari Seri Muka.


Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam sari
    klu sy buat pun entah jadi apa kot..mmg x pernah buat lg nie..tp sedappppp kira ok apa..:)

    ReplyDelete
  2. Kakak buat seri muka telembik pulut Yus. Tak boleh potong juga mekekit so makan pun pakai sudu juga. Tapi bapak suka sebab lembut katanya (tak tahu sebenarnya lembik bukan lembut hihi...)

    Janji makan sedap sudahlah...

    ReplyDelete
  3. Salam kak...bole wat drama nie...berepisod plak cite kuih nie ye...hehe....tp klau akak kata sedap tu...kira ok la kan sbb bole di mkan lagi tu...klau x leh mkn lansung tu...kira x best dah la tu....hehe...

    ReplyDelete
  4. "Bila dah siap tu, Ya Allah, dia punya muka... memang langsung tak berseri. Berlopak-lopak aiiiii... ni kalau hantar rumah mak mertua yang tak sebulu haruslah disindir macam-macam.. hahaha. Sedih.. sedih.. takpa.. tunggu sejuk dulu naaaa...."

    tergelak habis baca ayat nieh...

    tapi takpe...slalunya hasil yg sedap kena bermula macam nieh dulu:)

    good luck!!!

    ReplyDelete
  5. apa ada pd rupa cik puan yusa. yg penting rasanya. akk pn sik pandei molah. hehehe

    ReplyDelete
  6. kuih ni kalau saya makan... saya makan yang pulut je, yang ijau saya tak makan...

    ReplyDelete
  7. kak yus...
    mas pun tak pas betul2 buat serimuka nie...
    asalkan sedap...
    bolehh lah..he3

    ReplyDelete
  8. salam kak....err...nak try buat nanti....

    ReplyDelete
  9. Kukus, grill, panggang...kukus, grill, panggang... Hahahhahahahaha...senak perut saya gelak...

    ReplyDelete
  10. Assalam sari, akk pernah juga buat pulut seri muka ni tanpa kacau atas api dulu ok je, tapi kena buh tepung jagung sikit, agaknya terlebih air tu..hurmm tak sabar nk tgk peyebab tu

    ReplyDelete
  11. cerita ni penuh suspens la...ceritalah lagi...hehehe

    ReplyDelete
  12. tak kesahlah rupenya macam mana, asal rasa kat tekak sedap pun cukup. ngeh~

    ReplyDelete
  13. ah keliru lagi pasal kuih seri muka dengan seri kaya.

    ahhhhh, lapar, nak makan kuih seri kaya kak sari!

    ReplyDelete
  14. alamak riso lak shida nak mencuba buat pulut sekaya nie...huhu..tp apa pun nak kena jugak cuba buat tp tatau la bila...suka pulut sekaya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!