MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, July 31, 2012

HANTU TAKUT KASUT

ASSALAMUALAIKUM...

ENTAH kenapa pagi tadi dalam perjalanan meredah kegelapan sebab lampu jalan sepanjang UTM tak menyala tetiba sahaja saya terimbau ke kisah 21 tahun yang lalu.. huhuhu.

Bagi pembaca setia blog Alam Sari pastinya dah tahu rahsia saya yang penakut nikan. Tapi macam saya pernah cakap dulu, saya ni takut-takut berani.. errr.. berani-berani takut gitulah. Maknanya kalau dalam ramai-ramai kawan saya ni kategori berani jugaklah.. tak faham?? Err.. buat-buat faham sudahlah..  Masa tu sekolah saya mengadakan Pesta Muda-mudi atau Hari Kantin kot budak-budak sekarang panggil. Ish! Mana pulak buat malam, buat sianglah, hari biasa.. lupa hari apa. Saya ingat saya ada bawa salah seorang adik saya yang masih sekolah rendah lagi masa tu, Cik Embun ke Hnyprincess, lupa.

Biasalah, bila ada pesta-pesta macam ni, abang-abang dan kakak-kakak senior ni memanglah kreatif-kreatif belaka. Otak bergeliga boleh buat batu cincin tau. Ada beberapa kelas yang dijadikan lokasi permainan 'Kota Sesat'. Kita yang jakun ni pun masuklah 'Kota Sesat' tu. Boringnya... tak best langsung, rasa cam bodoh jer, hehehe.

Kononnyalah nakkan pengalaman yang lebih mencabar, jadi entah siapalah mencadangkan untuk kami masuk ke 'Rumah Hantu'. Aiyoooo.. aku tak mahu. Kata saya sambil geleng-geleng kepala. "Alah, ramai-ramai apa nak takut." Jadi bila dah dipulih-pulih semangat, dengan semangat berkobar-kobar kami pun berbarislah dengan hati berdebar-debar menunggu giliran masuk ke 'Rumah Hantu' tu. Sampai giliran kumpulan kami ada sepuluh orang tak silap, entah macammana berlaku tolak menolak. Semua orang tak mahu jalan di depan. Ish.. apa ni. Tetiba sahaja saya pulak yang beratur depan. Dah bayar punya pasal saya masuk jugak sambil berpimpin-pimpin dengan yang lain. Adik saya awal-awal dah melalak tak mahu masuk. Okey.. jalan jerlah..

Saya menyelak tirai langsir tebal warna hitam pekat tu. Sebenarnya memang semua nampak hitam. Saya tak nampak apa-apa langsung. Tetiba saja datang seorang nenek tua terbongkok-bongkok berpakaian serba putih datang dan rupanya dia akan menjadi pemandu pelancong kami dalam rumah hantu tersebut. "Aku nak keluar! Aku nak keluar!" Kata saya. "Tak boleh!!" Nenek itu menyergah garang. hendak tak hendak saya mengekor nenek kebayan itu. Di kiri kanan beberapa ekor hantu melambai-lambai. Ya, saya tahu mereka semua mesti pelajar senior tapi sumpah mereka semua amat menggerunkan. Hampir semuanya bertopeng dan bersolek menyeramkan. Ah, nak keluar.. nak keluar. Kami semua terpekik terlolonglah dalam tu, Ceh! Makin syok pulak hantu-hantu tu menyakat. Ini kerja gila! Kata hati saya, menyesal sangat masuk dalam ni tadi. Huhuhu.. memang rasa nak menangis tapi tak ada jalan lain sebab nenek tadi tak benarkan kami keluar semula di pintu masuk tadi.

Saya benci dengan keadaan dalam rumah hantu tersebut. Dahlah bau kemenyan, berasap-asap, banyak hantu, jalan tak rata dan berbelok-belok. Kami juga melalui beberapa buah kubur kot sebab berapa kali terlanggar batu putih, batu nisanlah kot. Lepas tu tiada apa yang boleh membantu penglihatan kami kecuali beberapa ekor hantu yang sengaja menyuluh wajah mereka dengan meletakkan lampu picit di bawah dagu dan menghala ke atas. Lepas tu menyeringai-nyeringai macam ... ahhh!! memang hantulah diorang ni. Tulah, padan muka, tadi nak sangat masuk. Beberapa kali saya hampir tersungkur meredah jalan yang tinggi rendah. Tak tahu macammana kelas yang rata boleh jadi simpang siur macam tu Tetiba jer kaki saya tersadung sesuatu. Saya tak boleh bergerak. Langsung tak nampak jalan. Nenek kebayan tadi menyuluh ke bawah. Oh, ada tangga rupanya. Baru saja saya panjat satu anak tangga, lampu suluh tu dimatikan semula. Ah, raba jerlah pelan-pelan. Entah siapa dekat belakang saya yang mungkin situasinya macam saya jugak tadi agaknya tersangkut dan terpijak bahagian belakang kasut saya. Ah! sudah, kasut akuuu. Saya jerit. Kasut saya dah tanggal dalam gelap tu. Mana saya nak cari. Saya raba-raba di bawah. Mulut kumat-kamit berzikir dan baca Al-Fatihah. Ni dah macam kena kejar hantu betul. Seekor hantu terngacah-ngacah di depan saya yang sedang mencari kasut. Saya menepis-nepis dengan sebelah tangan. Yey! Saya dah jumpa kasut saya.

Saya sudah berdiri dengan kasut di tangan. Hantu tadi semakin galak menyakat. Kurang ajar.

"Ko nak tepi tak? Ko nak tepi tak? Aku ketuk ngan kasut ni karang!!" Wah, dah macam berdepan dengan musuh jahat dah ni. Hantu tadi berundur, perlahan-lahan dia ke tepi dan memberi laluan kepada saya. Mungkin terkejut dengan tindakan saya, hantu-hantu yang berada di kiri-kanan laluan keluar semuanya mengelak dan berundur. Saya apalagi... Ca Alif Ba Wau Ta lahhhhh... ;-)))))

Sampai jer kat pintu keluar tu, Fuhhhhhhhhh!! Tobat tak mahu masuk rumah hantu lagi ;p

gambar pinjam Mamat Khalid jer.. takut nak letak gambar hantu betul.. ekekeke

Monday, July 30, 2012

DUA LAUK RM18???

ASSALAMUALAIKUM...

MENJADI peniaga setahun sekali, apalah salahnya bersikap jujur bila ditanya pelanggan yang teringin hendak membeli makanan yang anda jual. Ini, sudahlah tiada tanda harga, bila ditanya tidak mahu menjawab sebaliknya disuruh ambil sendiri mengikut kuantiti yang kita mahu. Bila kita tanya, kira macammana, main sembunyi-sembunyi. Tak mahu beritahu, macam ada helah yang disembunyikan.

ER ni memang pantang tengok Gulai Kawah. Kalau ada terdengar sedap di mana-mana, dia pasti cari. Sanggup memandu sampai Kuantan semata-mata nak makan gulai kawah, betullll... Jadi, bila nampak kakak ni meniaga gulai kawah, tambahan pulak perut lapar seharian berpuasa, teruslah ER terberhenti di situ.

"Ni kira macammana?" tanya ER.

"Ambik.. ambik.. ambik.., ambik sendiri."

Saya tengok ER, ER tengok saya. Gulai panas-panas tu nak kena cedok sendiri masuk plastik???

"Kira macammana? Timbang kilo ke apa?" tanya saya sambil mencapai plastik yang dihulurkan tauke kedai.

"Ambik jer, ambik berapa banyak nak?" Aiiii, ni ada kena sembelih karang, kata hati saya.

Ceduk atau senduk gulai kawah selalunya besar padanlah dengan saiz kawah tukan. Saya cedok lebih kurang tak sampai 3/4 senduk. Bukan saya tak biasa beli gulai kawah. Biasanya kami akan dikenakan RM5 untuk semangkuk gulai kawah atau lebih kurang 3/4 senduk. Itupun selalunya mereka akan cedukkan untuk pelanggan. Saya selalu tengok dan boleh agak macammana tauke-tauke gulai kawah mengira. Saya agak-agak sepatutnya saya akan bayar RM5 atau paling mahal pun RM6 ke RM8.

Lepas tu ER terberkenan pula dengan kerabu babat. Kerabu babat letaknya dihujung meja memang tak sampai nak cedok sendiri. Kakak tauke itu cedokkan hujung senduk. ER minta tambah sikit. Dia tambah sikit lagi hujung senduk. ER tanya berapa semua.

"RM18"

Nak kata apa, bayar sajalahhhhhhhhhhh...

Mesti kakak tu kaya di hari raya.. lalala...

P/S Saya sempat tanya harga gulai kawah tu.. kakak tu jawab RM12. ;p

berbaloi ke macam ni RM18, ke saya jer yang kecoh.. tapi kalau dari awal kakak tu beritahu satu senduk contohlahhh RM10 mungkin kita ada pilihan hendak beli atau tak, betul tak???
Errr... lokasi??? Pasar Ramadan Taman Sri Pulai.

TEPUNG PELITA CAIR DI MULUT & NASI AYAM IPOH

ASSALAMUALAIKUM...

TIGA TOLAK DUA TINGGAL SATU... agaga.. ;p

MENU Istimewa untuk orang yang berpuasa. Selepas berkali-kali tertunda untuk membuat Nasi Ayam Ipoh (beriya-iya Yaya nak makan) ni akhirnya selamatlah ia menjadi santapan pada sabtu lepas. Kemudian saya cuba godek-godek tepung pelita kegemaran Yaya yang khabarnya cair di mulut resepi Yani MyR. Memang marbelous dan tidak syak lagi. Terima kasihlah sangat kepada IzahDaut kerana promosikan resepi yang sangat-sangat senang ni. Saya kan suka yang senang-senang saja.. ekekeke. Saya ikut juga tips Izah untuk taburkan sedikit gula (saya guna gula halus) sebelum menuang lapisan santan. Dan saya campurkan dua sudu tepung jagung juga untuk lapisan pandan (Izah guna tepung ubi). Bagi peminat nasi ayam yang inginkan resepi nasi ayam yang boleh bawa ke mimpi bolehlah tengok resepinya di SINI. Dan saya salin pula resepi Tepung Pelita di sini supaya senang dirujuk pada masa akan datang. Untuk memudahkan saya tulis dalam versi saya sendiri untuk rujukan Yaya (lepas ni nak suruh dia buat sendiri).


KUIH TEPUNG PELITA
Resepi : Yani MyR
Sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan :
Lapisan Hijau :

4 helai daun pandan*
sedikit garam*
sedikit kapur*
sedikit air* (kisar bersama bahan bertanda* perah/ ambil airnya)
1 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung/ tepung ubi
1 cawan gula
5 cawan air

Cara - Satukan semua bahan lapisan hijau. Kacau rata dan sebati. Masak dan sentiasa dikacau atas api sederhana sehingga berkilat dan meletup-letup. Tuang dalam bekas/ acuan disukai sebagai lapisan bawah. Taburkan 1/2 sk gula pasir di permukaannya.

Lapisan Putih/ Santan :
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (saya guna santan kotak -tipsnya di bawah)
sedikit garam

Cara - Kacau rata dan sebati. Masak dan sentiasa kacau atas api sederhana sehingga pekat dan mendidih. Tuang atas lapisan hijau tadi. Biarkan sejuk/ suam seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

Resepi asal guna sebiji kelapa yang diperah menjadi 4 cawan santan.
Tips untuk Yaya : Masukkan 2 sb santan kotak dalam cawan penyukat, tuang air sampai penuh, kacau rata. Buat 4 kali dapat 4 cawan..;p

P/S : Semalam ulang lagi buat tepung pelita ni tapi sebab daun pandan dah habis saya letak perisa jagung dan letak juga jagung dalam tin. Yaya kata sedap juga.. Dia apa tak sedap??? hehehe... Tapi saya lebih suka versi tepung pelita yang asli. Untuk berbuka semalam masak biasa-biasa jer, ikan stim nyonya, malas nak ambil gambar ;-))))

Sunday, July 29, 2012

MENCUIT HATI

ASSALAMUALAIKUM..

DUA post mencuit hati hasil kuiz suka-suka di fb

tak kuasaaaaaaaaaaa!! hahaha

Dan....

hehehehehehe...

Saturday, July 28, 2012

PANTUN UNTUK KAK SHA

ASSALAMUALAIKUM...

MENGADA-NGADA tau... 

Dahlah penat bermarathon cari soalan yang terlepas.. lepas tu disuruh pulak buat karangan.. eiiiii..... pakkal jer kita nak menang novel tu tau... ekekeke ;p

/http://shashasuka.blogspot.com/
Hobi dan koleksi ditulisnya di SINI,
Tiada rahsia semuanya dikongsi,
'Takcuba Tak ler Tahu' motto tersendiri,
Hobinya berderet tak terkira dek jari jemari.... hihihihihi..... ;p

http://shahriahnovelis.blogspot.com/
 Orangnya periang tetapi jiwang,
Novel dikarang isinya tebal,
Menjadi catatan yang paling mahal.

http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/
 Orangnya peramah senyumnya santun,
Novelis tersohor itulah Shariah,
The Writer's Cooking resepi dihimpun,
Berkongsi resepi dapat pula hadiah.

http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/
Membuat ku tergelak sampai berairmata...

Errr.. rasa pantun ni ada sikit lari.. ah! lantaklahhh..

http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com
Jauh berjalan luas pengalaman,
Diiring pula anak dan suami,
Sentiasa tersenyum hingga tak kering gusi.

Penat sudah berpantun seloka,
Kalau tak menang novel menangislahku tak berairmata...



Friday, July 27, 2012

FRIED DUMPLING GYOZA.. KUIH JEPUN BEROPOL

ASSALAMUALAIKUM...

TU DIA.. bukan langsir raya jer yang beropol, kuih pun beropol ;p


Pertama kali menikmati keenakan gyoza yang diwar-warkan oleh Tun Telani dan setelah dihasut berkali-kali oleh Kak Suheila akhirnya saya terjebak dengan juadah enak dari negara matahari terbit ni. Sudahnya semalam nasi yang dimasak langsung tak bersentuh. Lepas tu boleh sambung lagi mengadap sambil tengok cerita Waris kat TV3 (iklan) sampai tak sedar habis satu tipuware. Bukan peminat makanan Jepun, sushi tu memang tak lalu kat tekak saya ni tapi gyoza ni benar-benar memikat hati pasti ada siaran ulangan. Tun dengan Kak Suheila pun dah dua tiga kali buat tau.. maknanya memang sedaplahkannnn.. Terima kasih dulu untuk Hana & Puan Ros (sumber resepi), Tun & Kak Suheila yang jadi batu api yang baikkkk ;-))))

Tapikan.. ni akibat terlalu yakin sebab 'gyoza skin' aka 'dumpling skin' pun dah beli (maklumlah.. rajin..) jadi yang lain-lain tu memang saya tak ambil pot sangat. Rupanya bawang besar sebiji pun takde.. lupa baru habis buat kisar lada kelmarin, ekeke. Belasah jer.. Di bawah ni resepi suka hati dari Alam Sari untuk inti gyoza dan bagi sesiapa yang nak mencuba resepi yang original ada juga saya sertakan di bawah.

Jom semak bahan-bahan di Alam Sari :
  • Kulit gyoza secukupnya (saya guna dumpling pastry yang ada dijual di bahagian frozen Giant - tengok gambar bungkusannya di bawah, satu pek tu ada 30 helai kulitnya)
Inti :
  • 3 keping dada ayam atau bahagian isi dihiris kecil-kecil
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 tangkai cili padi*
  • sedikit halia* (tumbuk halus bahan bertanda)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk pati ayam (lain kali nak letak daun bawang hiris halus lagi sedap rasanya)
Cara : Tumis bahan ditumbuk halus sehingga naik bau. Masukkan ayam yang dihiris kecil dan serbuk pati ayam, masak sehingga ayam 3/4 suku masak. Biarkan sebentar sebelum diisikan ke dalam dumpling pastry.

  • Cara menyediakan gyoza : Ambil sekeping dumpling pastry dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI atau boleh gunakan acuan gyoza. (acuan gyoza ni adalah rupanya macam acuan karipap, tak tahu sama ke tidak sebenarnya).
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (saya guna air biasa sahaja lebih kurang tak sampai suku gelas), kemudian tutup kuali tersebut (bagusnya gunakan non-stick pan). Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan . Hidangkan dengan sos gyoza. 
Sos Gyoza / Dumpling Dipping Sauce
Sumber : Tun Telani 
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/2 inci halia-  tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 biji cili padi- tumbuk
  • 1 sb cuka- tun guna apple cider vinegar (saya guna cuka masak)
  • 1 sb minyak bijan

Cara-cara:
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati. 
DI BAWAH ADALAH RESEPI ORIGINAL TAPI SAYA KURANG PASTI INTINYA ITU DIMASAK TERLEBIH DAHULU ATAUPUN TIDAK. ORANG JEPUN MEMANG SELALU MAKANANNYA MENTAH GITU-GITU KAN...

GYOZA
Resepi : Hana's Family
Sumber : Tun Telani & NShafeareen

Bahan-bahan

Untuk kulit gyoza :
  • 250g tepung gandum
  • 1/2 - 3/4 cawan air sejuk - setengah resepi guna air panas dan ada setengah campuran sejuk+panas
  • 1/4 sk garam
  • Extra tepung gandum untuk canai
  • 1/2 sudu kecil baking powder (P.Ros tambah)

Untuk Inti
  • 250g daging kisar/ ayam/ udang (P.Ros guna 200 grm daging hancur)- tun guna ayam
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil (P.Ros ganti dgn daun bawang)
  • 50g kubis - cincang dadu halus- tun guna kobis ungu
  • 1 sudu makan halia parut
  • 2 sudu makan bawang putih parut
  • 1sk minyak bijan (Puan Ros guna lbih kurang 1 1/2 sudu)
  • 1sk gula
  • 1/4 cawan bawang besar - potong dadu
  • Daun negi - jika suka (tak masuk)-  tun xtau apa nih.. saya pun tataw
  • garam dan pepper
  • Puan Ros masukkan 1 sudu kecil tepung jagung kedalam adunan filling- tun pun
  • 1 sm tepung jagung/katakuriko + air - bancuh utk stim gyoza (Puan ros stim guna air tampa tepung jagung) 
  • tun tambah shredded carrot and mushroom

Cara-cara
  •  Untuk membuat skin - Uli semua hingga elastrik (P,Ros rehatkan selama 10 minit dan tutup mangkuk dgn tuala lembab. Taburkan tepung gandum di atas papan canai. Canai nipis kemudian terapkan dengan cutter atau muncung gelas/cawan. Buat sehingga abis dan taburkan dengan tepung jagung/ubi (hana gune tpg gandum je) supaya setiap keping tidak melekat antara satu dengan lain.  - tun guna ready-made dumpling skin
  •  Untuk Inti - Campurkan semua bahan inti sebati. Ambil sekeping skin gyoza, dan masukkan inti kemudian kelim seperti SINI. atau boleh gunakan acuan gyoza.
  •  Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Susun gyoza, tuang air bancuhan tepung jagung (boleh juga guna air sahaja), kemudian tutup kuali tersebut. Biarkan sehingga air kering dan bawah gyoza keperangan. Bila dah masak, ambil pinggan, terbalikkan kuali ke atas pinggan .Hidangkan dengan sos gyoza.
  •  Nota dr chef jepun, stimkan dahulu baru masak hingga kering utk mengelakkan gyoza `kotor` bila tuang air kemudian
rupa bungkusan kulit gyoza / dumpling pastry dan kanan - gyoza yang baru siap dikelim

Thursday, July 26, 2012

PENNE & CHEESE

ASSALAMUALAIKUM..

TAYANG makanan lagi.. errr..


SAYA ni penggemar pasta tau tak kiralah yang panjang, lebar, kurus, gemuk, yang macam skru, yang berpintal, macam kerang, macam straw.. pendekkata asalkan pasta tak berkelip saya membelek. Kadang tercegat lama di rak pasta tu belek-belek, suka tengok bentuk dia. Makan?? Haaa.. yang itu pasti. Bagi satu mangkuk besar pun boleh habis ;p

Masih menggunakan PM, saya cuba buat Penne & Cheese ni dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tak perlu menumis bagai, semua segera. M besar masih belum hilang lagi, adeh!

PENNE & CHEESE
Bahan-bahan :)
2 cawan Penne atau sebarang pasta direbus mengikut arahan pada bungkusan
1 tin Sos Prego Keju & Herba
Parutan Keju Cheddar secukupnya (atau sebarang keju yang sesuai)
Daun Parsley Cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Daging lebih buat pie entry lepas ;p (tak letak tak apa)
Baking paper untuk mengalas PM atau loyang muffin. Boleh juga gunakan cupcakes liner saiz L.
Cara-cara :
1. Gaul rata pasta dengan setin sos prego keju & herba.
2. Alaskan baking paper pada loyang PM atau loyang muffin. Atau alaskan dengan cupcakes liner.
3. Sudukan pasta yang sudah digaul tadi ke dalamnya. Letakkan sedikit daging cincang jika ada. (saya guna lebihan daging cincang dari resepi pie daging) Taburkan parutan keju, serbuk lada sulah dan daun parsley.
4. Rapatkan PM, 'on' suis dan biar hingga lampu hijau menyala. Set sekejap.
5. Atau bakar dalam oven 15 hingga 20 minit suhu 180 darjah.
6. Atau boleh juga dituang terus dalam loyang besar yang disapu mentega, bakar 40 minit atau sehingga masak, tunggu suam barulah dipotong.

guna cupcake liner pulak.. ;-)))).. yang ni letak inti sotong carbonara ada lebih ri tu, hihi


Wednesday, July 25, 2012

PIE DAGING ALAM SARI

ASSALAMUALAIKUM...


ADA yang tergugat iman ke tengok Pie Daging ni?? Pastinya tak, kan.. baru beberapa jam tadi kita bersahur, ada yang masih sendawa lagi tu, hihi.

Suka sangat bila ada 'Pie Magic' ni sebab semua hidangan pie boleh siap dalam sekelip mata dan semudah ABC. Terap, isikan inti pilihan dan bakar. Saya sebenarnya seorang yang 'simple', ada M besar, juga jenis yang nak cepat dan tak suka membuat kerja yang remeh temeh ni. Oleh itu saya lebih suka membeli pastry 'ready made' di pasaraya. PM mencadangkan 'Short Crust Pastry' sebagai 'base' pie tetapi disebabkan saya tak jumpa 'SCP' tu, jadi saya beli Flexi Pastry Jenama Kawan. Pastry ini memang sesuai untuk membuat apa sahaja jenis puff, nak gulung, nak lipat.. suka hati ;p Untuk bahagian atas pie, kita masih boleh menggunakan flexi pastry ini tapi sebab saya ada stok Puff Pastry (setia dengan jenama Kawan sebab tu jer yang ada), saya mengikut cadangan PM untuk menggunakan Puff Pastry sebagai 'top' pie.Bagi yang tiada PM, anda masih boleh praktikkan dengan konventional oven okey.

PIE DAGING ALAM SARI
Short Crust Pastry secukupnya*
Puff Pastry secukupnya*
*boleh juga gunakan Flexi Pastry sekaligus untuk dasar dan tutup pie

Bahan Inti :
200 gm daging lembu cincang
5 sb Sos Pasta Prego (saya guna Roasted Garlic Parmesan)
sedikit minyak zaitun
Cara - Panaskan minyak zaitun, masukkan daging cincang, masak sehingga daging bertukar warna dan hampir masak. Masukkan sos pasta. Kacau rata dan sebati, tutup api.

Bahan lain :
Parutan sebarang jenis cheese (Cheddar, Mozarella, Parmesan atau boleh juga guna slice cheese) saya guna cheddar sebab murah ;p
Daun parsley cincang


Cara menyediakan pie :
1. Terapkan pastry menggunakan penerap yang disediakan. (base dan top)
2.  Letakkan base pastry ke dasar 'PM'.
3. Isikan inti. Taburkan cheese dan daun parsley cincang.
4. Tutup dengan top pastry rapatkan penutup PM.
5. Masak sehingga lampu hijau menyala.

Menyediakan pie dengan oven biasa.
1. Panaskan oven 180 darjah selsius. Terapkan pastry dengan penerap yang besar sebagai base dan kecil sedikit sebagai top.
2. Letakkan base pastry ke dasar loyang muffin.
3. Isikan inti. Taburkan cheese dan daun parsley cincang.
4. Tutup dengan top pastry, tekan kelilingnya dengan garfu supaya melekat dan bercorak.
5. Bakar 20 minit atau sehingga pie bertukar kuning keemasan.

Ops! Ada permintaan dari seseorang untuk tunjukkan rope PM tu...Puan Mazlina.. inilah Pie Maker atau Pie Magic tu ya ..
PM ini didatangkan dengan plug tiga pin standard Australia jadi disebabkan cari extension plug tu tak jumpa, saya zasss jer dengan plug standard Malaysia.. yang disahkan oleh SIRIM (tengok gambar nombor 2


P/S Daging cincang tu ada lebih... urmmm.. nak buat apa yek???

Tuesday, July 24, 2012

LUPA KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ASSALAMUALAIKUM...

BAGAIKAN tradisi semua adik beradik saya dilantik menjadi pengawas di sekolah. Saya sendiri dilantik menjadi pengawas sejak menjejak kaki Darjah Empat sehinggalah ke Tingkatan Satu. Cuma apabila berpindah ke sekolah baru menengah yang lain di Tingkatan Dua, saya tidak lagi menjawat jawatan tersebut tetapi berbakti dalam bentuk yang lain pula.

Semasa saya di dalam Darjah Enam di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, setiap kali perhimpunan sekolah kami pengawas-pengawas yang paling senior dikehendaki mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara. Ikrar Rukun Negara yang tertulis di belakang buku tulis garis-garis itu memang dah lama kami hafal. Tak adanya nak tengok-tengok buku tu dan pengawas lelaki selalunya akan membaca ayat-ayat intro sebelum pengawas perempuan membaca ikrarnya. Cuma yang mengelatnya yang lelaki tu boleh pula tengok buku. Ini diskriminasi namanya ;p

Entah bagaimana nak dijadikan cerita, pada suatu hari malu sedunia bagi saya....

Saya terlupa betul nama kawan (pengawas lelaki) ni.. Hisham ke apa, lupa. Tugas dia ialah membaca intro Rukun Negara tu..

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Sampai giliran saya baca ikrar... yang huruf besar tu saya diikuti suara murid-murid lain...

MAKA KAMI
Maka Kami
RAKYAT MALAYSIA
Rakyat Malaysia
BERIKRAR
Berikrar
AKAN MENUMPUKAN
Akan Menumpukan
SELURUH TENAGA
Seluruh Tenaga
DAN USAHA KAMI
Dan Usaha Kami
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT
Untuk Mencapai Cita-cita Tersebut
BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT
Berdasarkan Atas Prinsip-prinsip yang berikut

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan Kepada Tuhan
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan Undang-undang
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG..
??
ERRR.. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
?????
Masa ni ramai yang dah mula membisik-bisik dan memberi-beri isyarat prinsip yang seterusnya tapi..

Isk3!! Masa tu memang blur, terus blur, betul-betul blur dan saya tidak boleh mengingati langsung prinsip yang seterusnya... blur dan blurrrrrrrr.. mujur tak pitam... hahahaha..

Dan..

Beberapa minggu selepas itu saya tengok beberapa cikgu membawa cat, Cikgu Ahmad Sidek, Cikgu Lokman.. oh, cikgu nak lukis mural kat dinding sekolah di tepi tapak perhimpunan. Dan di dinding itu tertera ikrar RUKUN NEGARA.. hehehe.

lama dah tak melawat tugu negara.. imej dari yahoo
P/S Cemanalah boleh lupa KESOPANAN DAN KESUSILAAN... agaga

Monday, July 23, 2012

BILA KAK SHA BAGI SOALAN KUIZ.. KU PENING LALAT SEKEJAP

ASSALAMUALAIKUM...

Entry kali ini mungkin mengandungi bahasa pasar dan bahasa rojak serta warna yang berlebihan .

MERUJUK kepada tajuk yang tersebut... hehe, dah macam nak menulis surat rasmi.. Apalah yang saya peningkan ya. Nilah nak join GA Kak Sha tapi ku pening sebab Kak Sha ada lima blog yang suka melompat-lompat dalam laptop.. hehehe. 

Takpe.. Pelan-pelan kayuh ya...

Mehlah join, bak kata 'motto' Kak Sha Novelis Masterchef kita..

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :D

Adohai, pening Kak Sha oiii.. dah berapa belas soalan keluar, mengagau nak carik balik, nak tiru sape nih?? (sambil garu-garu kepala)

Siapa yang rasa nak pening-pening lalat tu bolehlah klik dan follow link-link di bawah ni ya..


dan jangan lupa like facebook Shahriah Abdullah Masterchef Malaysia... daaaaaaaaa..

 

Sunday, July 22, 2012

MENGASAH SKILL PANTUN YANG DAH TUMPUL

ASSALAMUALAIKUM...

mukasurat 3


Orangnya comel bertudung litup,
Tambah ayu berseri-seri,
Peminat cerita Korea dan juga K-Pop,
Shuhada Salleh empunya diri.

Namanya garang tetapi baik,
Tambah cantik berkaca mata,
Cheetah yang manis ketawa mengekek,
Ramai nak tahu sudahkah berpunya.

Ibu Yusuf dan juga Maryam,
Jemari Asmara anugerah Ilahi,
Tuturnya tersusun semua terdiam,
Mendengar bicara ibu mithali.

Katanya Zurina insan biasa,
Tersenyum simpul bila berbicara,
Reenorcollection sudilah singgah ke sana,
Membaca coretan merehatkan minda.

Anggun bertudung cantik disimpul,
Peminat Siezuka dan juga Doraemon,
Blogger popular itulah Nurul,
Adik angkat kepada BroFramestone.

Dua hari kita berpuasa,
merebut ganjaran di bulan mulia,
Tamatlah sudah cerita GA kita,
Salah dan silap janganlah dicerca.

dari kiri Nur, Aziela, Sari, Suzlin (tengah), kanan baju putih, Salmi, ArifShah. Duduk depan dari kiri, Nurul, Cheetah dan Su Manis. Di sebelah Arif, kawan Su manis. Arif.. akak tak sempat karang pantun untuk awak, hehe
pelengkap acara GA 1001 Resepi
bersama.. Chef Dr Ezani, Chef Zam, Chef Florence dan Dato' Chef Ismail
bersama.. KKida, Nur-NBA, Arifshah dan Abang K
anak KKida yang manis.. gambar kiri, rakan semeja Aziela
terima kasih kepada penaja.. En Fairuz dari myChef dan Restoran Rebung

baca mukasurat 1 di SINI

baca mukasurat 2 di SINI

Saturday, July 21, 2012

SALAM RAMADHAN DAN KISAH MALAM SEMALAM

ASSALAMUALAIKUM...


SEMOGA amalan kita di bulan yang mulia ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT dan semoga di penghujungnya nanti kita akan beroleh kemenangan sebulan Ramadhan. Saya gantungkan kad pemberian dari Tun Telani di sini. Ada sesiapa lagi nak beri kad ;-))))

Kad comel pemberian Tun Telani, maceh Tun

Ya Allah
Jadikan permulaan hari ini dengan penuh kebaikan
Pertengahannya membawa kejayaan
dan bahagian akhirnya suatu keberuntungan...

Ya Allah
Jadikan awalnya rahmat
Pertengahannya nikmat
dan penghujungnya penuh berkat

KISAH MALAM SEMALAM

Kami tidur awal semalam. Biasanya di malam Sabtu yang esoknya tak ada siapa nak pergi kerja dan pergi sekolah, pukul 1 pagi pun belum tentu kami tidur, semua sibuk dengan hal sendiri. Ada yang tengok bola, tengok cerita gaduh-gaduh (tamil), tengok cerita nangis-nangis (hindustan), tengok cerita tembak-tembak (orang putih), kadang-kadang tengok cerita Melayu juga yang papar banyak sangat masalah keruntuhan institusi keluarga hari ini.

Sedang enak melayan mimpi, rasa baru tidur tak sampai setengah jam, saya terdengar hujung-hujung alarm handphone berbunyi. Alamak, kenapa macam cepat jer alarm dah berbunyi, dah nak kena bangun sahur. (Saya set alarm jam 4 pagi sebab belum masak nasi dan potong daging - nak masak daging kicap ;-))) Errr.. saya tak pasti sebenarnya, bunyi macam ringtone nokia pun ada (maknanya ada panggilan masuk), tak macam bunyi alarm. Bunyi telefon mati, saya nak sambung tidur tiba-tiba telefon rumah berbunyi. ER cuit-cuit saya. Saya capai handphone, ada satu missed call dari Cik Embun dan satu mesej dari seorang kawan ucap Selamat Berpuasa. Dalam mamai-mamai saya telefon Cik Embun, jam menunjukkan 11.11pm, macam mustahak aje sebab selalunya Cik Embun hantar mesej aje.

"De, kau kat mana? Kat rumah??? Kau boleh tolong aku tak? Bla.. bla.. bla..." Cik Embun minta saya tolong ambilkan kawannya yang dalam masalah yang berat yang (berapa kali yang daa) berada di kawasan taman rumah saya dan bawa balik ke rumah sementara dia datang ambil kawannya tu. Saya tengok jam, dah malam benar, suasana sunyi di luar.

Saya serba salah, macammana ya saya nak tolong orang yang saya tak kenal, nak pergi ambil dekat bus stop yang saya baru cerita dalam entry terbaru dan bawa balik rumah. Saya memang tak kenal langsung orangnya, dibuatnya yang saya jumpa tu 'bukan orang' macammana. ER pula macam tak menyokong. Takut gitu nak campur hal rumah tangga orang. Err.. nak pergi tak.. nak pergi tak... Saya telefon semula Cik Embun.

"De, kalau kau tak nak ambil dia bawa balik rumah kau, kau tolong tunggukan dia kat bus stop tu. Tolonglah, dia kata sunyi sangat kawasan tu, dia dengan anak-anak dia kecik-kecik."

Hati saya jadi belas, saya nekad keluar. Saya suruh ER tunggu rumah. Sarung tudung lebih kurang, capai wallet dan handphone, kunci rumah, kunci kereta, buka pintu, sarung kasut, buka pagar, masuk kereta, 'gostan' bila sampai keluar pagar terus perut saya memulas-mulas. Haiiiiiii, masa inilah dia nak buat hal dari tadi elok jer. Sabar perut, sabar. Saya tutup pagar cepat-cepat, dalam keadaan perut yang adoi sakit yang amat, dahi saya dah berpeluh-peluh rasa nak demam. Sabar ajelahhh.. saya terus tuju ke bus stop yang sunyi sepi tu. Di seberang jalan sana  ada dua tiga kereta dan lori yang masuk. Tengok bus stop tak ada orang. Ish! Cik Embun ni biar betul, bus stop mana? Dahlah aku tetiba sakit perut.

Tiba-tiba saya nampak seorang perempuan bertubuh kurus dan mendukung seorang bayi di belakang bus stop. Dia terus keluar bila nampak saya dan sepertinya Cik Embun ada memberi clue jenis kereta yang akan menjemputnya. Saya buka cermin tingkap, saya sebut nama dia. Dia angguk, saya ajak masuk kereta. Tak boleh nak tanya banyak-banyak sangat sebab saya menumpukan pada perut saya yang sakit, hehe. Terus bawa balik ke rumah. Baby tu comel sangat okey, walaupun mula tu saya takut juga baby tu tukar jadi batu nisan tapi sebab sakit perut tu lebih kuat dari rasa takut saya bawa balik ke rumah ;p.

Malam itu juga Cik Embun dan Angah datang ambil dia. Saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku tapi nanti lainkalilah ya saya tanya dengan Cik Embun. 

Akhir kalam, selamat meneruskan ibadah puasa kepada pembaca blog Alam Sari.

Wassalam.

P/S Hikmah dari kedatangan kawan Cik Embun tu, saya sempat juga masak nasi dan hiris daging untuk lauk bersahur. Jadi pagi tadi tak adalah kelam kabut sebab semua dah 'standby', Alhamdulillah.

Thursday, July 19, 2012

DISKRIMINASI TERHADAP BUDAK TINGGI

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH, esok kita akan kembali menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Masih terasa-rasa lagi meriahnya suasana Ramadhan tahun lepas dan belum hilang lagi penat meredah kesesakan lebuhraya pulang ke kampung sempena Aidilfitri, baju raya tahun lepas pun masih elok lagi. Begitulah masa sekarang berlalu begitu pantas, saya masih ingat lagi kata-kata Ustazah Ju semasa saya bersekolah menengah dulu, 'Masa itu ibarat pedang, kalau kita tak potong ia, ia potong kita', masih terngiang-ngiang suara beliau yang tegas setiap kali mengajar. Kepada sahabat-sahabat, saya mohon maaf sekiranya sepanjang saya berblog dan meninggalkan komen ada kata-kata saya yang mengusik hati. Kita manusia tak dapat lari dari kesilapan dan ketersasulan.

Urmmmm...

PAGI semalam saya keluar agak lambat, kalau dah lambat tu faham-faham sajalah, sesak juga nak lepaskan pondok pengawal tu. Berhampiran pondok pengawal tu ada sebijik perhentian bas. Kelihatan berpuluh juga murid-murid sekolah rendah yang mungkin dikumpulkan dari satu jalan/ lorong taman di situ bagi memudahkan pemandu bas mengangkut mereka tanpa perlu berhenti-berhenti di setiap rumah. Selalunya saya jarang terjumpa mereka ni beramai-ramai, biasanya baru seorang dua yang menunggu bas di situ sebab saya keluar awal. Saya perhatikan murid-murid ini dah siap-siap beratur walaupun bayang bas pun tak nampak lagi. Murid sekolah rendah memang berdisiplin, kan. Tak tahulah kenapa bila berada di tahun kedua atau ketiga di sekolah menengah disiplin itu tidak diterapkan lagi. Bila masuk Tingkatan Empat tanduk masing-masing dah mula tumbuh. Makin lama makin panjang. Makin lama makin panjang. Bila dah masuk Tingkatan Lima, dah masuk kolej/ IPTA/ IPTS, tanduk mereka ni dah jadi macam tanduk rusa. Berbelit-belit dan memang degil kalau nak diluruskan alamat boleh patah.. tapi tak semuanya macam tu. Ada juga yang tanduknya tak tumbuh-tumbuh, yang itu Alhamdulillah, saya memang kagum bagaimana didikan yang diterima. Bukan nak kata anak orang, anak saya sendiri pun bab melawan boleh tahan juga ;p

Errr.. sebenarnya bukan nak cerita bab disiplin tapi...

Saya terus tergelak bila tengok cara mereka beratur tu, urmm, yang rendah (ketinggian tubuh badan) depan, yang tinggi belakang. Erkk!! Ingatkan dekat sekolah jer kena begitu, rupanya nak naik bas pun macam tu. Maknanya nanti kalaulah bas tu penuh dan tak cukup kerusi, rata-rata murid yang tinggi kenalah berdiri sebab semua kerusi telah diduduki oleh murid-murid yang kurang ketinggian ini. Ini namanya diskriminasi, okeyyyy.

Pengalaman menjadi budak yang tinggi sejak zaman tadika hinggalah ke sekolah menengah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sebagai budak yang paling tinggi saya selalu merasa dibuli. Kalau beratur mesti kena beratur belakang sekali. Begitu juga kalau duduk dalam kelas, wajib duduk belakang sekali (kecuali dalam kelas malam Cikgu Samad) di mana kalau cikgu tu jenis yang pemalu, yang macam ada emas dalam mulut, suaranya akan terdengar bagai angin lalu, orang kata sepoi-sepoi bahasa. Paling bosan kalau cikgu tu lebih menumpukan pada murid di depan dan amatlah berat kakinya untuk mengajar sambil berjalan-jalan ke belakang. Begitulah juga dalam perhimpunan dan sebagainya. Nak ambil gambar ramai-ramai pun macam tu sampai sekarang pun... ;p

Nasib yang sama menimpa Yaya. Selalu sangat dia mengeluh kerana terpaksa duduk di belakang sekali, beratur belakang sekali, masuk koir berdiri belakang, ambil gambar berdiri belakang.. urm. Mujur juga Yaya ni Penolong Ketua Darjah, jadi kalau ambil gambar kelas dapat duduk sebelah cikgu. Tapi ada juga bagusnya, dalam satu persembahan pentas tu disebabkan cikgu nak buat gimik seorang murid bermain gitar dan semua murid saiznya lebih kecil dari gitar jadi Yayalah yang melakonkan watak pemain gitar.. hehe.

Apapun, saya tetap bersyukur, walaupun dulu saya selalu mengeluh kerana sering dilabel sebagai zirafah, galah panjang, papan lapis dan ada juga yang kata saya ni 'bini popeye' kerana kekurusan yang terlampau (sebab kurus tinggi), tapi sehingga ke detik ini saya dikurniakan tubuh badan sihat dan banyak juga kelebihannya yang dianugerahkan Allah SWT terhadap orang-orang yang tinggi ni. Jadi, kalau Yaya mengeluh saya selalu mengingatkan dia supaya bersyukur dengan kelebihan yang ada padanya dan menyedarkan kebaikan-kebaikan yang ada pada orang yang tinggi ni.


P/S Walaupun saya tinggi tapi saya tak kuat lari... hihihi
P/S Ada sesiapa yang nak bagi komen.. err.. diskriminasi terhadap budak rendah???

BROWN RICE PILAF & SEMUR DAGING BETAWI.. myChef

ASSALAMUALAIKUM...

ORANG kata tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal boleh jatuh cinta pandang pertama ;-)))

Alhamdulillah, setelah menempuh perjalanan tujuh jam dengan Keretapi Tanah Melayu, saya yang agak risau dengan produk myChef yang berkotak-kotak dibawa pulang akhirnya dapat menarik nafas lega kerana produk tersebut masih dalam keadaan baik yang amat. Untuk pengetahuan anda, semua produk myChef merupakan makanan sejuk beku yang perlu disimpan di bawah suhu -18 darjah selsius. Sebab tu saya agak risau takut tak sempat sampai ke JB. Yang muat masuk beg (alaaaa.. beg yang boleh simpan benda sejuk-sejuk tu.. ;p) tu okeylah, yang selebihnya mujur saja adik saya Azwa tolong balut dengan suratkhabar tebal-tebal. Jadi, alangkah gembiranya bila semuanya okey-okey belaka ;-)))


Yang dalam gambar ni merupakan 'Brown Rice Pilaf' yang saya gandingkan bersama Semur Daging Betawi yang merupakan salah satu 'signature series' dari Dato' Chef Ismail. Gandingan yang serasi juga di tekak saya ni, nak siapkan pun mudah, cuma masukkan bekas makanan (keluarkan dulu dari kotak) dalam ketuhar gelombang mikro tanpa ditebuk. Panaskan selama 4 minit (800W) atau 3 minit (1200W).  Lepas tu, buka pembalut plastik tu, kacau-kacau sikit dan masukkan semula dalam ketuhar gelombang mikro selama seminit... siap!! Kalau nak makan sendiri, hidang ajelah terus dalam container tu tapi kalau untuk suami, untuk tetamu, masuklah dalam mangkuk yang paling cantik korang ada, kalau suka, hiaslah pula dengan bunga raya, erkkkkkkk!!

Eh! Sari, kita tak ada microwave (cakap omputih pulak) macammana? Urmmm, memang tak boleh belilah myChef ni.. :-(

Meh sini nak bagitahu... sebenarnya saya pun tak ada microwave... huhuhu.

Yang tak ada microwave, siapa kata tak boleh beli produk myChef ni. Kalau nasi tu, masukkan jer dalam rice cooker, tambahkan dua atau tiga sudu besar air dan masak nasi macam biasa. Kalau lauk-lauk tu gunakan kuali, bilas dulu kuali, jangan dilap, terus tuangkan produk myChef ni dalam kuali dan panaskan dengan api kecil. Tambahlah dua atau tiga sudu besar air tapi jangan dikacau dulu. Nanti bila nampak air tu dah mula mendidih, barulah kacau rata sampai lauk mendidih. Api kecil tau, nanti hangus pulak dan hendaklah dikacau selalu. Tak sampai lima minit dah siap.. apa lagi.. makanlahhhh!!

Jangan lupa dapatkan produk-produk myChef yang lain di SINI dan di SINUN ;-))))


Wednesday, July 18, 2012

MALAM YANG BERTUAH

ASSALAMUALAIKUM...

mukasurat 2 ;p

"SIAPA punya purple?" Tanya KKida sambil menggoyang-goyangkan kad kecil warna ungu muda di tangannya. Kad kecil bertulis 'Congratulations' itu merupakan cabutan yang pertama dilakukan Dato' Chef Haji Ismail Ahmad yang siapa tak kenalkan, Celebriti Chef dan Pemilik Restoran Rebung yang beroperasi di Jalan Maarof, Bangsar.

Cik Embun tanya kad saya warna apa, saya hanya geleng-geleng. Memang langsung 'blurrr' warna kad yang saya tulis tadi.
Cik Embun yang bakal jadi duta produk myChef... erkkkk! Eh, KKida tengah TARAKUCA CA!!
"Sari," suasana hening sekejap tiba-tiba jadi riuh rendah. Saya terperanjat, langsung tak menjangka nama saya akan naik sebegitu cepat. Pengalaman hadir ke pelbagai acara yang ada sesi cabutan bertuah sebelum ini jarang sekali nasib menyebelahi saya. Kalau ada pun hanya hadiah yang biasa-biasa sahaja, paling saya sayang sebuah 'Mini Chopper' jenama 'Moulinex' yang sudah pun berusia lebih 10 tahun namun masih ligat membantu saya memasak.

Okeyyy.. konsep cabutan untuk hadiah GA 1001 Resepi tu begini sebenarnya. Kami diberikan sekeping kad dan dikehendaki menulis tiga nombor hadiah yang menjadi pilihan hati dan kad-kad tersebut akan dicabut oleh chef-chef jemputan. Sekiranya nama peserta itu dicabut, secara automatik pilihan hadiah yang pertama akan jadi miliknya. Jika pilihan pertama tu dah dimenangi oleh peserta lain, peserta akan mendapat hadiah pilihan kedua dan seterusnyalah jika hadiah kedua itu sudah ada pemenang. Dan bila cabutan pertama adalah nama saya, maknanya senang-senang sahaja saya akan dapat pilihan yang pertama tu, errrr... faham tak?? Tak faham pun buat-buat ajelah faham ya ;p Pilihan pertama saya tentulah 'Magic Pie' atau 'Pie Maker' walaupun sebenarnya saya langsung tak terfikir atau berharap untuk menang 'Pie Maker' tu. Saya juga tak menjangka nama saya akan dapat cabutan pertama. Sebab apa? Sebab jarang sangat saya menjadi orang yang bertuah ;-)

Begitulah sebenarnya realiti dalam hidup saya. Susah betul doa nak menang 'lucky draw' tempat pertama tu makbul. Jangankan tempat pertama, nak dapat yang ketiga pun alahai susahnya, macam tak ada 'ong' pulak. Tapi ka'dang-ka'dang (baca ikut style Ahli Nujum DiRaja dalam cerita Nujum Pak Belalang) saya masih bernasib baik, masih lagi dapat hadiah saguhati (nombor belakang-belakang), hehehe.

Berpinar-pinar jugalah mata malam tu bila banyak cahaya kamera yang ditembak ketika menerima hadiah dari KKida. Mujur saya tak migrain kerana saya memang agak kalah dengan cahaya yang terlampau terutamanya flash camera iphone. Rasa macam fofular sekejap... errrr.. sekejap ajelah ;p

Tapi, kan.. dalam ramai-ramai tu, saya memang tabik spring toing2!lah dengan blogger Suzlin. Orang Pasir Gudang yang duduknya di Ipoh ni (satu negeri kita rupanya ya, Suzlin ;)). Orang lain punyalah 'aim' 'Pie Maker tu sebagai pilihan pertama tapi Suzlin bolehlah pulak letak 'PM' tu sebagai pilihan ketiga. Jadi, masa nama Suzlin dipanggil dan KKida sebut pilihan pertama tu, dah ada blogger lain ambil, pilihan kedua pun sama, pilihan ketiga (tak silap nombor 13 kot), rupanya 'PM' koooo. Haaaa, Cik Suzlin pun dah menayang pie dekat blog Monolognya tu.. sila rasa cemburu, okeyyyy ;p

Errr... KKida, kita tak reti tulis pendek-pendek.. dah biasa jadi juara tulis karangan Bahasa Melayu dari zaman sekolah.. hehe...

Sambung...
 
Malam itu saya duduk semeja dengan Nur-NBA. Kelakar betul sebab saya dengan pemilik blog Cetusan Rasa NBA ni alkisahnya rumah kami ni sebelah-sebelah taman je, tak pernah pulak rasanya tergesel bahu dengan Nur di Giant ke.. Tesco ke... Jusco ke... tetiba jer bolehlah pula berkenalan dengan Nur di Rebung padahal satu kampung. Laaaaaa.. dunia ni kecik ke.. besar ya??? ;-)))

Turut semeja, Aziela yang alahai, handsome betul anak bujangnya tu, dah sama sebijik dengan Dato' Chef Ismail, siap gambar peluk-peluk lagi tu, bolehlah jadi ayah angkatkan, dapatlah makan free selalu kat Rebung ni, hihi. Bila dengar cerita tentang Aziela yang turun naik KL - PD - Kuantan tu rasa kagum betul dengan Aziela. Kita ni had memandu yang dibenarkan jauhnya sehingga 50 km sahaja, lebih dari itu memang mimpilah kalau dapat. Sebab tu pergi KL ni pun kena beli tiket keretapi, kononnyalahkan dah lama tak naik keretapi, adoilaaaaaaa.. nasib tak kena batu karang menahan @#$%&**!! (faham-faham sajalahhh). Memang sesuailah nama blog Aziela tu 'Myrainbowjourney' mesti selalu jumpa pelangi, kan Ziela.

Ni nak cerita pulak tentang peminat barang antik kiranya sekepalalah dengan Encik Mat Gebu kita, Salmi Khairil. Sebenarnyakan, bila tengok Salmi ni saya teringat Sal ni ada sangat iras-iras kawan lama saya. Muka seakan-akan, suaranya pun agak-agak nak dekat sama. Tapi macam terlupa nak tanya sebab Salmi ni datangnya dari Putrajaya. Nanti lain kali nak tanya, kot-kotlah Sal ni orang Johor, kan.. tapi takkanlah Sal tak kenal saya ;p Kalau pergi blog Salmi mula-mula mesti terliur tengok gambar kat bawah ni... agagagaga...
Sal... pinjam gambo.. ;-)
Yang paling peramah dan happy go lucky, manis sangat orangnya tak lokek dengan senyuman (malam tu memang semua tak lokek senyum okeyyy) tentunya Susu Manis. Mula-mula sampai saya dah disambut oleh Su, terus terkeliru, errrr.. rupanya Su juga merupakan peserta GA. Su pun menang 'PM' jugak tau, memang malam tu tepatlah dengan url blog Su, 'jikaduniaakuyangpunya' kan, Su, nanti kita sama-sama cuba resepi yang banyak dalam kotak 'PM' tu ya. Banyak ni.. ada 101 idea menggunakan 'PM' tu.

Sebenarnyakan, bila bercerita tentang malam GA 1001 Resepi ini, saya amat kagum sekali dengan kesungguhan KKida menganjurkan majlis ini. Malah, bukan sahaja KKida tetapi family KKida juga turut turun padang terutamanya dua anak dara dan anak bujang KKida dan masing-masing memberikan komitmen yang jitu dan tidak berbelah bahagi. Cuma yang ngelat tu.. sorang tu.. ngelat.. tak aci.. hihi. Aunty gurau saja ya adik encem..

Begitu juga dengan orang kuat myChef, En Fairuz yang saya perhatikan (ini bukan sekodeng ya) bertungkus-lumus sejak mula lagi dengan dibantu kakitangan beliau iaitu Azam, Ina dan termasuklah Abang K MasterChefMalaysia yang pandai berkokok tu.. hihi.

P/S Pesanan KKida, tulis nama myChef dan Rebung BESAR-BESAR.. baiklahhhh.. hehe

Apa kisah blogger-blogger lain, Zefa Nor Asmara, Syuhada, Cheetah, Zurina dan Siezuka???
Mana gambar Puan Sari??? Mana gambar Chef-chef lain????
Entry bersambung di mukasurat 3 ;p




P/S Baca mukasurat 1 di SINI



Tuesday, July 17, 2012

PIE SOTONG CARBONARA

ASSALAMUALAIKUM...

TADAAAAAAAAAA!!
percubaan pertama.. kurang lawa sebab kurang yakin bila lampu hijau tu nyala.. betul ke dah masak?? jadi tutup balik.. hehehe
RASMILAH sudah 'Pie Maker' hasil merempit di GA 1001 Resepi malam kelmarin ;-))))). Dan maaflah, saya menggunakan resepi campak-campak sahaja, tak sukat-sukat langsung, tapi memang laris, buktinya saya cuma dapat makan secu-bits di sana.. dan secu-bits di sini. Habis disapu licin ER dan Yaya, selebihnya saya hantar kepada Cik Embun, upah teman saya ke GA... ;p
panassssssss!!

PIE SOTONG CARBONARA
Resepi : Alam Sari
Catatan : semuanya adalah anggaran sahaja ya, bukan tepat

1 sb margerin atau mentega
2 sb tepung gandum
1/2 tin susu cair
3/4 cwn air
4 ekor sotong dihiris nipis dan direbus 3-4 minit
sedikit daun parsley cincang (saya guna ready made dalam botol)
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit sos tomato
sedikit cheddar cheese disagat
8 keping short crust pastry
(dicadangkan guna puff pastry untuk tutup pie - saya guna crust pastry serbaguna jenama kawan)

CARA-CARA :

1. Panaskan margerin atau mentega. Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat sehingga kental.
2. Masukkan susu cair dan air serta garam, kacau selalu dengan api sederhana. Bila bancuhan semakin pekat, kecilkan api dan terus kacau sehingga pekat.
3. Masukkan serbuk lada sulah. Tutup api, ketepikan.
4. Terap short crust pastry dengan penerap bahagian base dan puff pastry dengan penerap bahagian top.
5. Letakkan short crust pastry dalam mangkuk 'PM'. Letakkan sedikit sos tomato, beberapa keping sotong dihiris dan masukkan 2 sudu bancuhan susu dan tepung gandum tadi.
6. Taburkan cheddar cheese dan daun parsley cincang. Tutup dengan puff pastry, dan turunkan penutup 'PM'. 'on'kan. Biar sehingga lampu hijau menyala, (memang cepat masak tak sampai 7 minit.. hehe) pie sedia dihidang. Buat sampai habis.

Nota : Bagi mereka yang tiada 'PM' ehemmm... boleh gunakan acuan muffin. Tutup pie dengan puff pastry dan tekankan sekelilingnya dengan garfu supaya melekat. Bakar 180 darjah selsius 20 minit atau sehingga masak. 'On'kan kipas ya.

Nyummy!!!!

P/S : ER dah request Pie Daging... urmmmm...

Monday, July 16, 2012

BILA KKIDA BUAT 'MAGIC'

ASSALAMUALAIKUM...

mukasurat 1... ngeeeeeee... ;p

KEMBALI bersiaran.. semalam saya sibuk dengan urusan rumah yang dua hari ditinggalkan, hari ini saya sibuk kerana ada lawatan verifikasi di kolej. Awal pagi sampai ke pejabat, saya curi masa untuk post entry ini. ;-))))

Alhamdulillah, perjalanan yang berbaloi-baloi. Dapat bertemu KKida yang disayangi dan dihormati, dapat bertemu empat mata dengan chef-chef popular yang selama ini hanya dilihat di kaca tv, dapat berkenalan dengan kawan-kawan maya yang sama-sama terpilih ke GA 1001 Resepi, dapat frozen food dari MyChef, dapat produk Babas dan yang paling bestttttttttttttttttttttttt sekali saya dapat 'Pie Magic aka Pie Maker ' yang diidam-idamkan oleh semua peserta GA.

Paling surprise sekali, nama saya merupakan nama yang pertama dicabut oleh Chef Dato' Ismail yang merupakan chef terkemuka yang juga pemilik Restoran Rebung. Cerita-ceritinya akan saya ceritakan kemudian, gambar-gambarnya juga... tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!

pinjam gambar KKida 1001 Resepi dulu, baca entry KKida di SINI ya

Friday, July 13, 2012

MENANTI HARI ESOK

ASSALAMUALAIKUM...

MOOD sekarang tengah berdebar menanti hari esok... hehehehe....


Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah swt kerana menganugerahkan rezeki ini kepada saya. Walaupun kalau dilihat kepada print screen yang KKida 1001 Resepi postkan di entry beliau bahawasanya blog saya tidak tersenarai sebagai penyumbang traffic (ni sape yang tak klik nih??? hihi) namun entry saya tentang GA WOWWW 1001 Resepi itu telah berjaya menembusi hati KKida, macehhhhhhhh KKida ku cayang.
Lihat entry saya yang mencuri hati KKida di SINI.

Baru sekejap saya jenjalan ke blog blogger pilihan dan tembus traffic tu, pehhhhhhhh!! Semuanya wanita Melayu Terakhir, okeyyyyy... Nampaknya esok kena pakai spek hitamlah di Rebung sebab pastinya semua akan lip lap tudung dan bajunya termasuklah saya. Menurut KKida, majlis akan bermula sekitar 6 petang jadi kita jumpa di sana ya!! Aziela, Nur, Shuhada, Suzlin, Cheetah, Suriani, Ibu Yusuf (Zefa Nor Asmara), Salmi, Nurul, Zurina dan Kak Shahriahhhhhhhhhhhhhhh Masterchef kita tu....

Walaupun agak sedih juga kerana ER tidak dapat menemani saya esok kerana beliau ada tugasan di Seberang Tambak sana dan juga terpaksa meninggalkan Yaya yang ada kelas tuisyen penting, namun saya kuatkan semangat. Saya amat menghargai pemilihan ini dan rugilah kalau saya mempersiakannya, betul tak??? Untuk KKida, sekali lagi terima kasih dari Alam Sari dan untuk kawan-kawan yang tolong klik banner 1001 Resepi kat atas tu, semoga Allah mengurniakan rezeki dalam bentuk yang lain pula kepada anda, Aminnnn.

Wassalam.

P/S Kisah kawan saya tu ada sambungannya ya...

Wednesday, July 11, 2012

YA ALLAH, AKU NAK SANGAT PEGANG DUIT

ASSALAMUALAIKUM...

25 TAHUN saya tak dengar suara dia. Jumpa apatah lagi. Kali terakhir saya tahu tentang dia bila kisahnya keluar di akhbar tentang bantuan persekolahan yang diberi kepada anak-anaknya yang dah bergelar anak yatim sejak 10 tahun lalu. Teruk betul saya, langsung tak jenguk dia sejak saya tahu suaminya hilang di laut. Rasa malu untuk dipanggil kawan jika jadi kawan yang lupa dengan kawannya sendiri. Dulu kami sangat akrab. Hobi membaca menjadikan kami sering bertukar-tukar buku yang dipinjam dari perpustakaan bergerak. Tapi jarak memisahkan kami apabila bersekolah di sekolah menengah yang berlainan. Jarak kami semakin jauh apabila saya mengikut abah berpindah ke Johor Bahru sejak Tingkatan Dua dan sejak itu kami terus terputus hubungan. :-(

Malam semalam seperti biasa, bila dah selesai segala urusan barulah saya dapat membelek telefon. Ada mesej yang belum dibaca. Urmmm.. mesti Cik Embun, saya meneka. Satu nombor baru, saya baca ' Salam... masih ingat kawan2 di skrt?' Mesej yang dihantar dua jam yang lalu itu saya balas, ' Salam, Masih, cuba sebut nama :-)

Saya baca balasan mesej sepintas lalu, hati saya melonjak. Kawan yang saya rindu, kawan yang dulu sangat lokek air orennya yang sedap tu. Jangan haraplah untuk mengecek air dalam tupperware tinggi tu walaupun saya kawan baik dia. Kalau nak, sila cari cawan sendiri, huhu. Saya semak baki kredit, ada 59 minit untuk buat panggilan. Saya terus dail...

Manis suaranya di hujung talian. Inilah kali pertama saya dengar suara dia melalui corong telefon. Zaman kami sekolah mana ada telefon, internet jauh sekali. Jauh berbeza dengan anak saya. Tiap malam kawan telefon tanya kerja rumah ;p

Kami saling bertanya khabar dan merisik berita kawan lama. Banyak nama yang disebut. Realitinya ingatan dia lebih kuat dari saya. Dia menyebut setiap nama termasuk bin atau bintinya sekali. Hebat kawan saya yang seorang ini. Lama berborak, saya ingin sangat bertanya tentang arwah suaminya yang hilang di laut. Ingin sangat.. saya cuba jolok-jolok.. akhirnya jatuh juga.

Arwah suaminya ditemui tiga hari selepas hilang. Rupanya dia kahwin hasil kenen-kenen kawan-kawan. Orang yang jodoh-jodohkan dengan suaminya yang masa itu bergelar duda. Arwah isteri dan anaknya meninggal dalam kemalangan. Kawan saya yang baru berusia 20 tahun ketika itu jodohnya dengan duda 29 tahun. Seorang nelayan tapi pandai cari wang.  Tapi...

Kawan saya disimpan di dalam rumah, langsung tak bagi keluar takut orang nampak. Langsung tidak bagi ke kedai, takut orang pandang. Langsung tak bagi jalan-jalan, takut diurat orang. Kawan saya, hari-harinya terperuk di rumah. Kalau keluar pun tak boleh turun dari kereta. Nak makan apa cakap, nak baju, kasut, barang kemas, sebut sahaja, semua suaminya belikan. Peluang dia keluar tunjuk muka pada orang hanya bila dia mengandung. Empat kali mengandung, empat kali dia dapat tengok dunia luar. Lepas bersalin, dunianya seperti asal langsung tak dapat bercampur dengan orang. Hidupnya mewah serba-serbi. Ada kereta, ada rumah batu, suaminya ada bot sendiri. Suaminya kata, rumah, kereta dan bot untuk kesenangan anak-anak. Di rumah suaminya yang memasak, yang membasuh kain. Kawan saya ada asma, tak boleh buat kerja berat, dia cuma tolong mengemas sikit-sikit, yang lain semuanya suami buat. Yang dia tidak merasa.. pegang duit. Dia tak pernah pegang duit sejak kahwin, dia tak juga pernah merasa berbelanja sendiri sehinggalah suatu hari..

"Aku bosan sangat, satu hari tu entah mengapa hati aku boleh terdetik, YA ALLAH, AKU NAK SANGAT PEGANG DUIT,"... berulang-ulang permintaannya dalam hati dia nak sangat rasa pegang duit walaupun sekejap, teringin sangat nak merasa berbelanja di kedai macam orang lain, ingin sangat... Ya Allah.

Pada hari lahir si suami, tanpa disangka si suami tak pulang seperti biasa. Dia mendapat khabar suaminya dipukul ribut di laut, hanya bot yang ditemui. Tiga hari kemudian jenazah suaminya selamat tiba di rumah. Dia buntu mengenang nasib empat anak, yang sulung masa itu baru nak masuk 7 tahun, si bongsu baru mencecah 7 bulan. Bagaimanakah dia akan menampung hidup setelah 7 tahun tak bekerja. Dia bergelar balu dalam usia 27 tahun, masih muda dan mentah untuk mengerti asam garam hidup sebagai ibu tunggal.
 Angka 7 menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Rumah, kereta dan bot diambil oleh adik-beradik si suami begitu juga dengan anak-anak. Bagaimanakah dia akan meneruskan hidup tanpa anak-anak. Apa yang perlu dibuat untuk meneruskan hidup. Hampir sahaja dia menghiris urat nadi dengan pisau belit mengenangkan nasib yang menimpa.

"Ya Allah, kalau beginilah yang akan ku terima untuk memegang duit, aku rela tidak pegang duit selamanya. Biarlah suami aku yang berbelanja pun, aku tak kisah aku terima Ya Allah," tapi.. menangis airmata darah sekalipun suaminya sudah pergi tak akan kembali lagi.

* Kini anaknya yang sulung telahpun berusia 17 tahun, tiga anaknya telah ditempatkan di Asrama Anak Yatim manakala seorang lagi sedang belajar di Sekolah Menengah Berasrama di Johor. Saya amat mengharapkan doa anda agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kawan saya ini dan doakan kejayaan anak-anaknya...

Terima kasih sahabat.


BATINKU BERLAGU PILU

Di mana.. langkah terhenti
Di situlah akan tertumpu pandangan yang keliru
Bicara menikam kalbu

Tak guna.. aku bersuara
Cuba tegakkan kebenaran tetapi kelemahan ada pada diri ini
Yang hangat menjadi bualan..

Sebenar kita ini serupa saja
Yang ada kelebihan serta kekurangan
Pada mata zahirnya kau berpunya
Tapi hatimu berlagu pilu

Sungguhpun laluanku sering terhalang
Kerana kejujuran yang ku pertahankan
Biarpun lambat biar tertekan
Penghujungnya adalah ketenangan

Biar penghinaan datang bertandang
Dan kepedihan ku rasa sampai ke tulang
Aku berkeyakinan keikhlasan
Pasti mengatasi keegoanmu..

Sungguhpun laluanku sering terhalang
Kerana kejujuran yang ku pertahankan
Biarpun lambat biar tertekan
Penghujungnya adalah ketenangan

Mungkinkah sudah tertulis
Tiap lurah yang aku daki
Dan cerun ku turuni
Pastinya ku temui
Jalan lurus berduri di hati....


Tuesday, July 10, 2012

DEKAT SINI... ADA AIR SIRAP TAK???

ASSALAMUALAIKUM...

SETIAP kali saya bercerita tentang kisah air sirap ni pada sesiapa pun, saya rasa macam sakit betul rahang ni menahan gelak. Masih saya ingat lagi peristiwa air sirap ni macam baru sangat berlaku padahal orang yang terlibat tu dah lama pun tamat pengajiannya di kolej tempat saya mengajar ni. Apa nak buat, siapa suruh cakap pelan-pelan dengan saya. Saya ni jenis yang cakap kuat dan agak kuranglah dengan orang yang cakap bisik-bisik ni.. huhu.

Hari itu saya menerima kehadiran tetamu di pejabat. Seorang lelaki anggaran awal 50-an, isterinya bersama seorang anak lelaki yang masih kecil dan seorang lagi yang bakal menjadi pelajar saya. Tujuan encik ini ialah untuk meninjau keadaan di kolej. Memang prihatin sungguh, macam-macam yang ditanyanya tentang kolej, jadual kelas, pengajar, asrama dan macam-macam lagilah. Lepas tu dia cerita pulak tentang anaknya yang bakal belajar di kolej ini. Biasalah bapak, kan. Memang kadang-kadang tu suka kutuk anak sendiri depan orang walaupun dalam hati tu sebenarnya sekadar nak melawak kot sebab kalau tengok dengan mata kasar anak lelakinya tu memang nampak baik sangat, langsung tak ada ciri-ciri mat rempit sebagaimana cerita pakcik tu yang anaknya nak jadi mat rempit. Anaknya tu pun cuma tersengih-sengih malu jer bila dikutuk-kutuk ayahnya tu, langsung tak melawan. Kalau orang lain mungkin dah masam macam cuka kot.

Tengah-tengah rancak berbual.. tiba-tiba.. dengan suara yang agak perlahan, macam tak mahu bagi orang dengar padahal dalam bilik pejabat saya tu cuma ada saya dan encik ni sekeluarga yang macam saya sebutkan tadi ;-)

"Cikgu... saya mahu tanya sikit, boleh tak?" Lumrah kalau orang yang baru datang ke kolej memanggil pengajar cikgu. Saya tak kisahlah nak panggil cikgu pun boleh, puan, cik, tak kisah.

Bila saya tengok keseriusan encik ni, saya pun jadi serius juga. Errr.. macam ada rahsia jer, encik ni nak tanya apa agaknya.. huhu.

"Ya encik, apa dia tu??"

Bapa pelajar tadi semakin memperlahankan suaranya. Sebelah tapak tangannya dilindungkan di sisi bibirnya untuk bercakap. Ish! Ni betul-betul rahsia ni, orang lain jangan dengar.

"Dekat sini... ada air sirap tak?" Dengan intonasi yang laju, 'volume' paling minima okey ;p

Saya...??????? Ya, itulah yang saya dengar. Dekat sini... ada air sirap tak?" Errr, pakcik ni haus ke? Ke.. dia nak bagi anaknya yang kecik yang tak reti duduk diam dari tadi tu air sirap ke, biar duduk diam-diam sikit.. Tapi, soalan tu memang tak masuk dek akal saya.. huhu.

Saya tak puas hati, "Ya, apa dia encik??"

Dengan 'volume' yang lagi perlahan dari tadi dan tapak tangan di sisi bibir... tapi intonasi lambat sikit,"Dekat sini... ada air sirap tak???"

Ishhhh!! Betullah pakcik ni mintak air sirap. Saya menjeling sekilas 'kettle' dan mug yang bersusun dalam bilik saya. Dalam hati, 'mana ada air sirap kat sini, air masak, kopi, teh, milo adalah'. Eh, tapi saya tak puas hatilah.. takkan pakcik ni mintak air sirap.. huhuhu.

"Ya, apa dia encik????" Dengan harapan pakcik ni cakap kuat sedikit.

Adoi... tak faham kenapa encik ni masih lagi letak tapak tangannya di tepi mulutnya macam orang nak berbisik. Bukan ada orang lain, saya jer kat situ...

"DE KAT SI NI ADA IKTIRAF TAK??"

Muahahahahahahahahaha.... hihihihihihi.... saya rasa macam nak gelak guling-guling kat situ. Memang jelas walaupun suara pakcik tadi masih perlahan, adoiiii... macamlah rahsia besar sangat... wkwkwkwkwk..

P/S Nasib baik saya tak jawab... "AIR SIRAP TAKDE ENCIK, AIR MASAK ADALAHHH..."

kredit gambar http://www.sleeplessinkl.com/2009/10/10/air-sirap-ros

Monday, July 9, 2012

WOWWWW!! SAYA MENANG GA 1001 RESEPI

ASSALAMUALAIKUM...

TERKEJUT sangat-sangat bila baca entry bertajuk 'Calling.. Calling' dari 1001 Resepi semalam.

Siapa yang tak mahu menang bila masuk peraduan, kan. Jadi, apabila dalam salah satu entry KKida yang bertajuk 'Anda Dijemput' terpapar pada blog list saya, saya merasa hampa juga dan tertanya-tanya. Hampa kerana tiada pengumuman nama pemenang di situ dan tertanya-tanya siapakah yang bertuah itu kerana KKida cuma bagitahu beliau telahpun menghantar mesej kepada pemenang. Oleh kerana rasa hati nak menang itu masih ada, saya buka dua email milik saya yang jarang saya jenguk. Urmmm, tak ada email dari KKida, nampaknya saya memang tak menang. Tak apalah, lagipun KKida kata nak sampaikan sendiri hadiah kepada pemenang di Restoran Rebung milik Chef Ismail di Bangsar. Kalau menang pun, bolehkah saya pergi???Urmmm..

Errr.. sila baca balik perenggan satu ya. ;p

Apalagi, menggigillah sekejap bila baca link blog saya tertera di entry 'calling.. calling' tu. KKida terpaksa keluarkan post tersebut kerana tiada jawapan dari kami agaknya. Mana tidaknya, KKida rupanya hantar mesej di entry yang saya postkan untuk peraduan GA tu, patutlah saya tak jumpa sebab entry tu dah lama juga dan bukannye entry melekat. (Kan dah pernah bagitahu saya ni darah gemuruh, tu yang menggigil... hehe)



Untuk KKida, terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Saya sangat-sangat menghargainya, insyaAllah, saya akan sampai di sana nanti.

mesej dari KKida di http://sariyusa.blogspot.com/2012/06/mangsa-mandrem-ga-1001-resepi.html
Kepada blogger-blogger lain yang terpilih, jumpa di sana yaaaaa!! Dan tunggu entry saya di Restoran Rebung, tu ya...

Wassalam.

Sunday, July 8, 2012

HATIKU DI SANTUBONG

ASSALAMUALAIKUM...

meowwwwwwwwww  >_<
URMMM.. sekian lama hari ini barulah sempat nak upload gambar-gambar percutian di Sarawak dengan tiket 10 sen yang dah ditempah sejak tahun lepas. Percutian ke Bumi Kenyalang ini meninggalkan kenangan yang manis bagi saya kerana percutian kali ini lengkap bersama keluarga tersayang. Ibu.. Angah dan keluarga, Azwa dan Cik Embun. Kalau ada Along pasti lebih meriah tetapi memandangkan kakak saya yang di Melaka itu 'busy sokmo' saya pun serba salah juga.. diajak salah tak ajak pun salah.. huhu.
memang banyak kucinglah kat sini... meowwwwwwwwww >_<
Kita layan gambar sajalah ya ;-)))
istimewa santapan di Kuching.. mee kolok dan lobster... ngrawwwwwwww!!
seronoknya naik penambang menyeberang Sungai Sarawak
kami kucing di Kuching.. meowwwwwwwww >_<
dari kiri, ibu, Angah, Azwa, Cik Embun dan takkan tak kenalkan, Tuan Tanah Kedaung Alam Sari ;-))
tembam-tembam manja gitew
berlatarkan Santubong yang penuh lagenda dan misteri
Damai Laut, Santubong
Kenyalang
saya suka laut ;-)))))
ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku..
sempat juga menziarahi saudara, Alhamdulillah..
kami lagi... hihihi
depan Pasar Tamu, Kuching
Muzium, Kuching... p/s Muzium Johor pun tak pernah masuk lagi nih, camne??
di hadapan pintu masuk Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya yang mendapat pengiktirafan sebagai yang terbesar di dunia
tak lengkap kalau tak beli ikan terubok masin tau
dan tak lengkap juga kalau tak bergambar bersama kucing-kucing Sarawak.. hihi
dah nak balik JB... sedeyyyyyyyyy sehhh masa ni...  pemandu pelancong kami Encik Jumat empat dari kiri
Eh... eh! Jap... ada lagilah gambar.. meh tengok lagi.. ;-))))
kami tinggal di sini ;-)))) berbaloi-baloi!!
Botanical Research Centre Semengoh Sarawak.. tempat peliharaan orang utan..
kelakar bila baca nama-nama orang utan di sini.. Nora pun ada.. wkwk
kejakunan menunggu orang utan makan
Yaya lagi!!
mengumpat??? tak baikkkk tau...
terbang pulang
agagaga.. laparrrrrrrr
Eh! Belum habis... ada lagi.. hihi..
Indah, Ilham, Iman (Yaya) dan Izzat
kucing-kucing letih!
beg yang beranak-ranak ;p
Alhamdulillah.. selamat tiba
okey.. okey... last pic...
jika terjumpa di mana-mana sila pulangkan kepada Yusarima ya... ;p

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?