ASSALAMUALAIKUM...
DAH beberapa hari rasanya SK menggantung kuali dan segala periuk. Menjerang air pun tidak. Kalau penting nak guna air panas, guna cerek elektrik jer. SK sebenarnya lebih suka jerang air di dapur gas tapi sebab air dalam peti sejuk masih banyak yang tak luak, jadi kalau nak minum air panas untuk seorang dua, memang macam tulah. Kalau tak, tak tahu mana nak simpan air masak banyak-banyak. Maklumlah, dapur besar sangat, hehehe. Kenapa SK tak masak??? Entahlah, rakyat jelata dalam rumah ni sibuk bebeno dengan urusan masing-masing nampaknya, huhuhu.
SK singgah di DAPUR JENDELA ni pada hari minggu lepas. Sebenarnya ini pertama kali SK pergi ke Dapur Jendela ni selama ni SK cuma dengar-dengar jer cerita kawan yang makan lempeng dan ubi rebus di sini. Haiiiiii, lempeng dengan ubi pun nak makan kat kedai ke, SK?? Haaa.. yang sebenarnya dalam rumah SK tu cuma SK seorang saja yang tahu makan ubi rebus, jadi memang tak berbaloi nak merebus ubi untuk makan seorang, hehehe.
Disebabkan masa SK sampai tu malam pun masih muda, jadi kedai memang masih tak berapa ramai pelanggan lagi. Oh, ya.. bagi yang belum tahu, lokasi DJ ni adalah di Bazar Karat, JB. Haaaa.. siapa orang luar yang datang JB, mesti wajib pergi Bazar Karat tau. Memang tempat yang paling 'happening' sekali, makin malam makin meriah!
Seperti kembali ke sekolah rendah bila melihat papan hijau yang tergantung di dinding DJ ni yang dituliskan menu DJ menggunakan kapur. Tapi, ada juga buku menu yang pada mulanya SK ingatkan buku cerita, konon-konon sementara tunggu makanan dihidang, bolehlah baca buku cerita tu.. membaca tukan jambatan ilmu :-)))) Rupa-rupanya ada menu yang ditampal dalam buku cerita tu, aiiii.. rasa macam jakun pulak SK ni, hehehe.
SK suka sangat melihat keunikan DJ ni sampai berpuluh-puluh keping gambar yang SK snap. Nasib baiklah orang tak ramai sangat, yang duduk di luar tu ramai jugak. DJ ni memang membahagikan ruang kedai kepada dua iaitu dalam dan luar. Kami pilih duduk di dalam, sejuk sikit sambil mengimbas kenangan silam.. hehe.
Entah kenapa SK jadi penamak sangat malam tu. Mula tu SK mintak lempeng.. lepas tu SK rasa macam tak boleh jadik, SK nak jugak makan ubi rebus. Jadi bila adik kedai tu hantar lempeng, SK mintak pulak lagi ubi rebus.. huhu.. mesti dalam hati dia cakap, patutlahhhhh kakak ni gemmmm..... (sila sambung sendirik). Iman mintak roti jala.. sebab apa tau, dia kan 'hantu' kari.. hihihihi. EP macam biasa makanan kesukaannya adalah mee hoon soto. Sedap jugak, boleh tahan tapi tetap tak boleh lawan
Lempeng SK tu memang sedap sebab dia agak garing tapi lembut dan gebu cuma agak berminyak. Ubi rebusnya pulak, SK pelik kenapalah diletakkan margerin. Sudahnya SK yang biasa sayang nak buang-buang makanan ni terpaksa tak habiskan makan sebab rasa ubi tu melekit kat tekak. Kalau direbus macam biasa pun SK rasa dah cukup untuk menarik pelanggan datang lagi. Yang SK nampak, ramai pelanggan yang makan nasi kukus.. mungkin sedap kot (nampak macam pelanggan tetap) atau mungkin jugak mereka lapar, hahaha.
SK nak datang lagi tak??? Ehhhh, mestilah.. sebab SK suka dengan suasana di sini. Tapi kalau mintak lempeng atau ubi rebus, kena ingatkan awal-awal jangan boh margerin atau guna minyak yang banyak... Ok, bagi siapa yang nak datang sini, Sk cadangkan letak kereta di pejabat pos besar dan kemudian terus susur lorong ke bazar karat (dulu Bank Islam). DJ ada di sebelah kiri anda. Jumpa di sana! Di sana! Di sana!!
best nyer menu pun menarik huhuhu klu ler dpt pi :)
ReplyDeletemehlah datang JB, Delima Zamrud :-))))
ReplyDeleteWow kak, antik n klasik...
ReplyDeleteSaya tak pernah ke pasar karat. Puas round, tapi asyik x jumpa jer. Ada rezeki nanti nak redah lagilah. Sambal kicap tu nampak mabeles.. dengan air bergelas2 tu. Sedapnya.
ReplyDeletePengenalan yang baik. Saya suka.Terima kasih berkongsi awak. :-)
ReplyDelete