MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, June 23, 2014

MUNDUK... TAKDIR YANG TERTULIS

ASSALAMUALAIKUM...

ECECEH... TAJUK ala novel gitewww. Baiklah, ini sambungan dari entry Munduk yang Sk post minggu lepas. Maaflah kerana iklan panjang sangat. Eh, iklan pun tak ada. Errrr... apalah nak jadi dengan Sk ni ya... huhuhu.

Ketika melalui jalan ke Pengkalan Kubor, biasalah, mata ni terang bila sampai ke tempat orang yang tak pernah dijejaki. Kalau tak memang membuta sahajalah kerja Sk dalam kereta. Tapi tidur-tidur ayam ajelah. Nanti, bila ER bertanya apa-apa, eh, terus jawab macam tak tidur gitu. Pura-pura berjaga, haha. Tapi ada masanya ke laut juga. Mimpi sampai ke bulan bintang. Bila orang tanya terus mamai. Jawapan memang melalutlah, huwa huwa huwa. Jadi, sebab tak tidur, SK leka memerhati di kiri dan kanan jalan, tiba-tiba sahaja Sk terperasankan satu kawasan lapang dan ada seorang remaja lelaki yang melambai-lambai mengajak singgah masuk.

"Eh, tempat apa tu??" Sk mencuri perhatian ER yang sedang memandu perlahan. ER ni memang suka menikmati suasana pemanduan di kampung-kampung.

"Tempat apa?" tanya ER sambil terus memandu.

Tidak jauh di hadapan, Sk nampak lagi satu kawasan lapang. Sk minta ER perlahankan kereta. Ada satu papan kecil bertulis 'Munduk' dengan tanda anak panah ke kiri.

"Eh, rasanya tempat ni yang Aziela cerita dalam blog tulah. Yang dia masuk Siam ikut sungai tu... jom.. jom pergi." ajak Sk.

"Boleh ke??" Pemanduan tetap diteruskan tapi agak teragak-agak.

"Bolehlah.. jomlahhh.. tengok, tu ada kereta masuk lagi tu," Sk terus mendesak sambil melihat cermin sisi. Sebuah kereta dari arah kanan memandu masuk ke arah kawasan lapang. Remaja tadi menunjukkan isyarat ke mana kenderaan harus diletakkan.

"Takpelah, tak nak pergi pun kita tengok jer tempat tu cemana?" Rayuanku... hahaha.

"Nak tengok? Jom," ER memperlahankan kenderaan dan masuk ke satu simpang. Kami buat pusingan balik dan mencari kawasan lapang yang belum jauh ditinggalkan lagi. ER membuka tingkap kereta dan bertanya kepada remaja penjaga tanah lapang tu.

"Dik, ni nak pergi mana ni, Munduk eh?" tanya ER. Remaja lelaki itu terangguk-angguk. "Bleh masuk ke? Tak yah pakai pasport? Tak kena tahan?? Ni masuk parking eh??? Bayar tak???" tanya ER lagi. Amboiii, banyak tanya, kan. Yelah, kita tak biasa, takut jugak karang jadi apa-apa pulak.

"Tak.. tak... masuk jer naik sampan," bagitahu remaja tersebut.

Kami meletakkan kereta di kawasan tersebut. Sebatang sungai terbentang di depan mata. Uiiiiiii... mak aihhh! Derasnya air sungai tu. Beberapa buah sampan yang menggunakan enjin (sampan ke bot??) sedang menurun dan mengambil penumpang. Sungai yang tidaklah berapa lebar tetapi air yang deras dan berwarna teh tarik itu sudah cukup menggerunkan  kami tiga beranak. Kalau jatuh.... agagaga.


Kami memandang ke seberang sungai. Seperti terdapat kampung di seberang sana dan jelas nampak urusan mereka di sana yang sedang berjualan. rasanya, kalau kita jerit dari seberang sini, seberang sana boleh dengar pun. Sk mengajak ER turun ke pelantar. Iman pula tak mahu ikut, takut katanya.

"Apa nak takut.. tengok orang lain tu naik relak jer. Siap berdiri lagi," kata Sk. ER pula dua kali risau sebab kami tiada pasport. jadi yang beriya-iya cuma Sk seorang... urmmmm... 1 lawan 2.. kalahlah kita. :-((((

Oklah, tak nak pergi kita bergambar ajelah. Kemudian datang sebuah kereta dan parkir berhampiran kereta kami. Turun sepasang suami isteri dengan anak lelaki lingkungan lima tahun. Dia tersenyum ketika melintasi kami, mungkin hendak turun ke pelantar dan menyeberang ke sana.

Bagai membaca hati Sk, ER menegur mereka. "Assalamualaikum, Bang, boleh pergi ke sana ke bang?"

"Bolehhhh.."

"Tak payah cop pasport."

"Tak payah.. masuk jer."

"Sana ada apa? Memang murah ke?"

"Murahlah, maghilah. Dah lama tak boleh masuk sana. Hari ni je dapat masuk ni. Lain hari belum tentu dapat masuk lagi. Marilah."

"Nak pergi?"Tanya ER pada SK. Pucuk dicita ulam mendatang, kan... maka jomlah.

Iman menarik-narik tangan Sk tak mahu turun ke pelantar. Eh, takkan nak tinggal seorang, kan... jommmm... Sk memaksa. Ni dalam hati berbisik juga, kalau jadi apa-apa haruslah penyesalan seumur hidup.. huhuhu.

Eh... ada kelaslah.. nanti Sk sambung ya.

4 comments:

  1. Saya sendiri dh lama x ke munduk. Skrg ada hari2 je boleh masuk. Selalu x kena time cuti. Mmg murah kat sana..yapi bila tengok polis askar pegang senjata terus kecut perut

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...