AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH... Setahun menghilang kini kita dipertemukan kembali dengan bulan yang paling mulia di antara seribu bulan. Tetiba hati ini rasa sebak pulak menjelangnya Ramadhan. Bulan yang penuh berkah ini akan dilalui selama sebulan. Semoga kita semua diberi keafiaatan dalam menyempurnakan ibadah wajib dan sunat dalam bulan ini sebelum Syawal menjelang.

Maaf, Sk hilang lagi beberapa hari ini... hihi. Sebenarnya beberapa hari sebelum Ramadhan, ER dah bersuara hendak keluar kota. Nak tengok tempat orang.. nak rasa makanan orang. Kiranya Sk direhatkan dari tugas masak-memasak dan cuci mencuci. Bagi menggembirakan hati encik suami, kita turutkanlah kehendaknya. Dan pada Khamis lepas pula, warga Johor diberikan cuti peristiwa atas kejuaraan pasukan JDT merangkul piala Liga Super. Cuti panjang sungguh.. nasib baik tak sampai lemau.

Semalam.. berlalulah sudah 1 Ramadhan. Alhamdulillah, cuaca semalam pun yang sedang-sedang sahaja. Pagi tu agak terik jugak matahari, kan.. dalam pukul 10 lebih hujan membasah bumi. Sk mendobi dan gantung baju di yard. Lepas tu baring-baring sambil baca novel. Kalau nak tahu, Sk ni dah baca tiga novel tapi semuanya separuh jalan. Yang satu tu, dah sedap-sedap baca.. tetiba ada pula maki-memaki.. Sk tak suka. Jadi, berhenti. Baca novel kedua, alahai.. memang indah bahasa tapi mengantuklah pulak. Buka pula novel ketiga, urmmmm... yang ni boleh tahan tapi macam klise pulak dengan novel-novel yang biasa Sk baca. Amboiiiii.. banyak komplen pulak ya.. huhu.

Baiklah, cerita pasal hari pertama berpuasa, sahur kami sangatlah mudah. 14 tahun berumahtangga, Sk dah faham sangat, tak perlulah nak bersusah payah memasak yang enak-enak dan lazat-lazat untuk bersahur. Cukup satu lauk jer.. kalau ER tu bukan jenis berselera pagi-pagi. Sk cuma goreng alat-alat daging + kicap + bawang. Jangan tambah lain-lain, karang masak sedap-sedap buat penat jer tau. Azam Sk pulak tak mahu ambil nasi sepanjang Ramadhan ini. Nak ambil protein dan sayur-sayuran sahaja :p Jadi, Sk cuma ratah daging tu dekat setengah mangkuk juga. Betul satu fakta yang pernah Sk baca sebelum ini, pengambilan protein yang tinggi semasa bersahur boleh melambatkan rasa lapar. Memang sampai ke waktu berbuka, langsung tak berkeroncong perut Sk ni. Jadi, Sk berazam waktu buka tu nak ratah-ratah lauk jugak. Nak bertahan tanpa nasi, hihi.

Tapi... nampaknya azam tu terkandas di hari pertama lagi. Semalam, kami berbuka beramai-ramai di rumah Angah. Errrr.. takkanlah pulak Sk nak makan lauk ajerkan. Jadi, terpaksalah makan nasi jugak. Kami dihidangkan dengan Asam Pedas Ayam, Ayam Goreng dan Sayur Peria. Alah.. lauk biasa jerkan. Sejak dulu pun puasa atau tak puasa memang macam tulah kami. Tak ada yang luar biasapun. Cuma adik Sk tambah karipap yang dibeli di pasar Ramadhan. Sk sendiri semalam tak pergi pun pasar Ramadhan tau.  Kemudian, Sk bungkus dua tiga ketul ayam buat bersahur pagi ni. Lepas tu, Sk buat jugaklah daging goreng kicap tu. Seeeee... lauk tu jugak yang dimakan ER. Nasiblah Iman tu peminat asam pedas. Tupun Sk yang habiskan semua lauk. Nasib baiklah lauk jer.. huhu. Harap-harap hari ni berjaya misi tanpa nasi Sk tu tau. Doakan Sk ya..

Akhir kalam, Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Sk sekeluarga.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ramadhan kareem..
    Selamat berpuasa kak SK :D

    ReplyDelete
  2. Wah...nak follow jugaklah kak.....

    Selamat berpuasa, kak.

    ReplyDelete
  3. Saya sendiri pun, kurang nasi di bulan puasa. Lebihkan lauk. Tapi yang sebenarnya, air juga yang menang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!