NUTELLA POD COOKIES

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...


SANA-SINI nampaknya dah mula bereksperimen dengan Pod Cookies ni. Sk pun agak kurang pasti siapakah yang mula menyebarkan virus ini tapi yang pasti ianya menarik untuk dicuba, heheheheh. Sk buat separuh adunan pun dah dapat banyak cuma podnya gedabak tebal semacam pulak, huhuhu. Sk rasa kalau guna kayu yang lebih lebar diameternya untuk membuat lubang pada cookies tentu pod Sk akan lebih menyerlah.. Atau Sk kena gunakan muffin tray yang lebih kecil lubangnya, hehehe. Jadi yang ini nampak macam 'thumb print' jerlah kan. Yang sedapnya tentulah kerana ada Nutella tapi cookies tu pun sedap jugak tau sebab ada campuran serbuk walnut. Disebabkan Sk tak ada stok serbuk walnut tu jadi Sk gantikan dengan almond ground... kita yang buat diakannnnn...

Untuk rakan facebook Sk, Shima Maz.. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ini. Sk kongsikan di sini pula.

Nutella Pod Cookies
Sumber : Shima Maz Fb & Ida Osman

Bahan-bahan :

2 3/4 cwn tpg gndum*
1 st soda bikarbonate*
1/2st baking pwder*
50 gm serbuk walnut*
1 cwn butter
1 1/4 cwn gula castor
1 bj telur
1 st esen vanilla

Caranya :

1.  Ayak bahan bertanda*
2. Putar butter dan gula hingga gebu.

3. Masukkan telur diikuti esen.
4. Masukkan serbuk walnut.
5. Masukkan tepung dan kacau rata hingga menjadi doh.
6. Gris muffin tray.
7. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin tray.
8.Bakar pada suhu 170 slama 8-10 min atau sehingga masak.

9. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi untuk membuat lubang(gunakan hujung kayu penggelek atau apa saja alat yg boleh ditekan untuk membuat lubang)

** jangan biar cookies sejuk..sebab ia akan jd retak bila ditekan
** Pipekan nutella ke dalam pot bila cookies dah sejuk

 
 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alahaiii....cookies pulak. Sedapnyaaaaa.....

    ReplyDelete
  2. mcm teringin nak mkn cookies plak bila nampak nutella pod SK buat ni...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...fenomena bru ke ni...kita je yg xthu psal ckut ni...memang slalu ketinggalan pun...hehee...ni dh ada rspi bleh la try...

    ReplyDelete
  4. Salam.... Lama kita tak whatsapps kan, busy beno..... Ni kuih mkn sekali gus ye, ada nutella tu tak boleh masuk botol.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya..butter satu cawan tu yg dah dicairkan ke?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!