Gambar Hiasan Imej dari teman FB Yana Shaiful.. tenkiuuuu |
Sk berdiri di hadapan gerai Hot Plate sambil merenung menu yang terpapar di bahagian atas gerai. Ada mee... ada yee mee.. ada nasi juga. Seorang tukang masak berbangsa Bangladesh sedang leka meletakkan pinggan-pinggan panas di atas dapur-dapur gas yang menyala kebiruan. Sk pandang sekilas. Orangnya sekitar 40-an, cukup kemas, tiada misai, janggut, bulu tangan atau bulu telinga. Rambutnya hampir botak sepadan dengan usianya. Okey, bersih.. luluslah ni.. boleh order.
Sk menghafal-hafal menu takut tersasul. Iman kata nak makan Nasi Cendawan. Sk nak makan Yee Mee. 'Yee Mee satu... Nasi satu... yee Mee satu... nasi satu...' Abg La tengah sibuk nampaknya macam tak nampak jer Sk terpacak di situ. Tahulah Sk ni mak orang kan.. buat macam tak layan ajerkan. Dua pelanggan baru sahaja berlalu mungkin hendak pergi beli air dulu. Sk hafal balik menu... ooo, Yee Mee menu nombor dua, Nasi menu nombor empat. Kali ini Sk tukar hafal... 'no 2 satu, no 4 satu... no 2 satu.. no 4 satu.'
"Mahu apa?" tanya Abg La sambil menghalakan player pemegang hot plate ke arah Sk. Amboiii, main kasar nampak Abg La ni...
"No 2 satu... No 4 Satu," jawab Sk penuh yakin. Ialah, dah tua-tua ni rasa macam janggal beno makan kat gerai layan diri macam ni, huhuhu.
Abg La letak beberapa pinggan panas atas dapur. Sk terpandang bersusun dulang dan kayu pelapik pinggan panas depan gerai. Salah satunya telah diletakkan cili merah dihiris dalam piring plastik kecil besar tapak tangan kucing... meowwwwwwww. 'Oh, nak kena amek cili sendirilah ni..' Oh, lupa nak cerita.. Iman ada jer kat sebelah Sk. Diapun samalah macam Sk, janggal bab-bab macam ni, hiks.
Sk ambil piring kecik dan letak cili hiris dan letak dalam satu dulang yang siap diletak pelapik pinggan panas. Sk ambil lagi piring cili jeruk pulak dan nak letakkan dalam tray lain. 'Alamak! kenapa pelik sangat tray ni??? ... aish.. kejap tray kejap dulang...
Pilih punya pilih, akhirnya dapatlah satu pelapik yang elok sikit. Lepas tu terdengar Abg La tanya sambil tunjuk dalam tray yang dah siap cili tadi.
"Ini lada awak taruk?" Tanya dia. Sk tak sedar tetiba sahaja ada seorang lelaki melayu sama-sama masak bersama Abg La itu. Agaknya masa leka sangat pilih tray dengan pelapik dan ambil cili tadi dia datang.
"Bukan... ini saya punya, "sambil tunjuk dulang Sk.
"Tadi awak mahu empat kan?" Sambil angkat empat jari, Abg La tu pandang Sk muka agak garang. Sk tengok bersusun sederet Abg La masak EMPAT PINGGAN MEE HOT PLATE.
"EMPAT??? SAYA KATA SAYA NAK NO 2 SATU, NO 4 SATU!!!" Haaaaa... kan Sk lagi garang dari diakan...
'Ko ingat.. ko jer tau garang?? Aku lagi garanglah!'
Lelaki melayu yang sama memasak tu menjeling Abg La. Abg La takut kena marah lari masuk dalam. Dalam hati Sk, padan muka. Ya, mentang-mentang kita ni tak cantik,
Nasiblah pelayan gerai Melayu tu tak marahkan Sk atau tuduh Sk salah order. Pelanggan sentiasa benar gitu. Siap! Sk angkat satu dulang, Iman angkat satu dulang bawa ke meja. Iman kemudian pergi beli air. Barulah Sk perasan, mak aihhhhh... berlumutnya dulanggggg.
Berhati-hati Sk angkat pelapik kayu tu keluar dari dulang. Takutnya terlepas. Dulang Iman pun sama jugaklah. Eiiiiii... tak sanggup rasa nak makan mengadap dulang tu. Sk letak jauh dekat meja lain. Iman sampai bawa air, terus Sk bagi tazkirah.
"Iman, cuba Iman tengok dulang tu?" Sambil hala muncung kat dulang.
Iman toleh. Lepas tu Sk tanya, nampak tak?
"Nampakkk... Janji.. ini pertama dan terakhir. Serik."
"Tulah, sebab tu berapa kali Iman ajak pun bonda tak nak pergi. Tapi sebab Iman nak pergi sangat, jadi hari ni bonda bawa. Nasib baik pinggan ni elok. Nasib baik bangla tu bersih."
"Okey," Sedih tau tengok muka Iman masa ni. Memang nampak sangat muka serik dia tu. Tapi baguslah sekurang-kurangnya jadi pengajaran pada dia tak semua yang kawan-kawan cerita tu seronok bagi mereka dan seronok bagi kita. Dan taklah rasa bersalah sangat sebab tak bawa-bawa Iman merasai keseronokan menikmati hidangan dalam hot plate :))))))))
macam tau aja kedai mana ni...hi..hi...
ReplyDeleteSeb baik dulang je yg blumut he3...yg penting hot plate dia tk sempat nk blumut....dulu2 peberet kak dgn ank2. Skrg dh kurang sikit.
ReplyDeleteAlahai..sedapnya. Dah la tengah puasa ni...kalau makan letak cili potong banyak2 baru mantap..
ReplyDeleteyg ptg , iman tak merengek minta lagi ... nasib baik . dah la service lambat , samtu lak jadinya ya .
ReplyDeleteDulang berlumut..? Mak aiihhh.. saya dah boleh imagine dah....
ReplyDeleteTakut nak makan kedai2 macam ni walaupun dulang berlumut..ish geli!
ReplyDelete