UDANG LEMAK CILI PADI TANPA SANTAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

SEKARANG ni Sk tiap-tiap hari masak. No.. no.. no makan kedai. Pagi ke.. tengahari ke.. malam ke.. masak. Itu antara sebab kenapa Sk sekarang dah tak berapa rajin sangat nak buka tempahan. Penatlah.. mana nak masak.. mana nak siapkan tempahan. Zaman rajin dah lama berlalu. Sekarang ni tahu-tahu sebelum sebelas malam dah berlayar sampai ke tengah lautan.. hahaha. Kalau dulu-dulu, tidur sampai pukul 2 3 pagi sekarang paling lambat pun pukul 1 pagi itupun pasal tengok dvd :)))))

Jadi, bila dah hari-hari masak, otak ni pun dah jadi tepu apa yang nak dimasak. Nak masak kari... hari tu baru masak kari. Nak masak asam pedas.. baru tu hari masak asam pedas. Nak masak sambal, takkan hari-hari masak sambal. Kadang tanya ER, dia pun dah tak ada idea. Tanya Iman, selalu pulak tak dapat kelulusan dari ER. Apa taknya, nak makan... maggi... spaghetti... mee... eh, orang lapar nasilahhhh.. hihi.

ER pulak jenis yang tak makan tengahari. Cuma ambil makanan berat waktu sarapan pagi. Nampak jer lubang hidung Sk terus mengaduh lapar. Sebagai isteri mithali, yang hendak merembeskan peluh menjadi parit yang menjadi sempadan antara diri dan pintu syurga, kita taat setia. Memasaklah kita apa yang ada.

Ini kisah minggu lepas. Udang setipuware yang dah hampir sebulan membeku dalam peti ais. Kawan-kawannya dah habis dibedal. Ada yang masak sambal, ada yang goreng kunyit. Yang ini nak diapakan??? ER suruh masak sambal (sambal lagik?) Kebetulan lada giling dah habis (malas nak giling cakap jer habis) fuhhh lega tak yah masak sambal. Tiba-tiba mentol atas kepala Iman menyala baik punya sambil angkat tangan,"Yaya tahu... masak lemak cili padi!"

"Haaaaaa.." Sk setuju. ER menurut sambil menjungkitkan bibir. Dengan semangat berkobar Sk terus ke dapur. Air batu yang menyalut udang hampir lebur. Sk siapkan bumbu...

Bawang merah*kisar
Cili Padi*kisar
Halia**ketuk
Serai**ketuk
Serbuk kunyit

Campak dalam kuali... bersihkan udang, tos.. masukkan dalam kuali. lepas tu nak ambil santan...

Errrr.. kenapa tak ada???

Santan??

Santan???

Tiga empat pintu kabinet dibuka.. termasuk kabinet sabun. Agagaga.. kenapa tak ada. Bukan hari tu ada ke??? Baru teringat.. dah pakai masak nasi lemak... rasa nak nangis... sebab malas nak pergi kedai. Bongkar lagi kabinet dengan doa yang tak putus, jumpalah sekotak. Huwaaaa.. memang tak ada.

Teringatlah Kak Zana PB pernah guna susu pengganti santan. Sk tak biasa buat untuk masak lemak cili padi. Masak kari pernah jugak. Tak pelik ke rasanya. Ahhh.. belasah ajelah. Dan akhirnya.. Alhamdulillah.. rasa tak pelik pun. Sk guna susu cair carnation. Fuhhhhh! Nasib baik. Ketul-ketul tu pasal masa masak tu, sibuk dengan benda lain.. haishhhh...

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. besar nampak udang tu.. udang segar mesti fresh
    manis je kan

    ReplyDelete
  2. wahhh... laparrrr tgk udang tu... hehehe

    jom sggah tpt sy lak..then follow.... ^_^

    http://cikanozzshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ha, nasib baik mentol menyala terang...hehehehehe. Pakai susu pun sodap gak kan kak?

    ReplyDelete
  4. Haha....baru tau jd chef masak hari2 naik berputar kepala ni mikir masak apa. Tanya dua mamat tu, ikut suka kita la katanya.
    Best tak guna susu? Lagi bagus susu kotak tu. Sihat ER...haha. Beli stok santan dlm tin pun ok.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!