NASI MANDHI KAMBING YAMAN AL-BAYT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...

DAH beberapa kali terliur setiap kali tengok ada post tentang Nasi Mandhi atau sebarang Nasi Arab yang dikongsikan kawan-kawan alam maya. Rasa macam susahnya nak masak walaupun mereka kata senang. Resepi dibaca berulangkali untuk cuba memahami tapi sememangnya Sk ni cuma mampu masak makanan melayu dan sedikit western.. yang Timur Tengah ni boleh sampai ke Laut Mati rasanya takkan jadi, hihihi.


Dah katanya rezeki, Sk ternampak post tentang Nasi Arab ini di blog Happy Irfa. Walaupun sebelum ini pernah beberapa kali nampak ada kawan yang post tentang Nasi Arab segera ni, ini kali pertama Sk terserempak terus dengan penjualnya. Apalagi, kita teruslah membeli. Dari raya puasa sampai dah nak raya haji.. haaaaaaaaa.. baru sempat nak buat selepas mendapat kambing idaman hati.

Sk jamin, kalau anda langsung tak pandai memasak pun anda boleh menyediakan Nasi Mandhi ini dengan baik sekali. Cara penyediaan yang amat mudah dan tidak sukar difahami.Semua rempah serbuk dan rempah tumis telah disediakan kecuali bawang jadi tak ada alasan untuk anda tidak mencuba. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set Nasi Mandhi ini bolehlah berhubung terus dengan Happy Irfa. Amat senang berurusan dengan beliau, terima kasih Irfa.

Nasi Mandhi Kambing

1 - 1 1/2 kilo daging kambing direbus sehingga empuk (Sk tambah beberapa hirisan halia)

Sementara merebus anda boleh sediakan Sos Harrah iaitu sos istimewa Nasi Mandhi. Ini kena beli sendiri di kedai ya, tak ada dalam kotak.


2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
5 tangkai cili padi
sedikit garam
3/4 sudu gula pasir (Sk tambah)
sedikit daun ketumbar (Sk tak letak)

Kisar semuanya sehingga lumat. Ketepikan.

Kambing belum empuk???

Jom buat salad dulu...


2 biji tomato di dadu
1 batang timun di dadu
1 tangkai daun ketumbar (tak ada)
1 biji bawang besar hiris halus
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

gaulkan semua. Sk tabur daun parsley kering cincang selepas salad siap.

Kambing dah empuk ke??
Kalau dah empuk, ambil 600 ml air rebusan kambing
Cuci beras yang terdapat di dalam kotak dan rendam selama 20 minit.
Sementara tu hiris :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih


Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis rempah tumis yang terdapat dalam set Nasi Mandhi. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Tumis sampai agak wangi dan garing kemudian masukkan rempah nasi mandhi (dalam set). Tumis sekejap dengan api kecil, matikan api.

Toskan beras, masukkan dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan daging kambing dan 600 ml air rebusan.
Masukkan rempah yang telah ditumis.
Masukkan 1 1/2 sk garam
Masukkan 2 tangkai cili hijau
Masukkan dua sudu kecil pewarna kuning
**Sk tunggu nasi 90% masak, dan ambil sedikit perwarna kuning dan renjis dan gaul ke nasi.

Hidangkan nasi  bersama sos istimewa dan salad.
Satu kotak set Nasi Mandhi ini cukup untuk 4 - 5 orang makan. Kiranya dekat rumah Sk ni ada yang makan berulang tak sampai pun dua jam, hihi. Sedap sangat katanya...
Siapa yang tak makan kambing, ada juga Nasi Mandhi Ayam. Selain itu terdapat juga Nasi Maqlubah dan Nasi Kabsah.

Untuk pembelian SILA KLIK DI SINI.




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap kak.. lya x pnh mkn lg nasi mandhi ni

    ReplyDelete
  2. alahai terharu sangat baca entri ni
    terima kasih kerana membeli dgn saya ;)

    ReplyDelete
  3. Oh... kakak pun teringin benarlah SK
    Nampak mudah sangat tu bila baca step yg SK berikan..

    ReplyDelete
  4. mcm tak percaya je😄 SK masak... nak juga merasa 😃

    ReplyDelete
  5. Amboi bernasi mandy... tapi kan..siapa tak makan kambing rugiii!! Hahaha.

    ReplyDelete
  6. KA tk makan kambing, mungkin leh cuba yg versi ayam. neway tq share resepi yer

    ReplyDelete
  7. Saya teringin juga tu. Dah masuk list.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!