JALAN MELENGGANG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

JALAN MELENGGANG

Assalamualaikum...

KELANG kabut (Eh! Kelang kabut ke kelam kabut???)

KELAM kabut Sk pagi ni gara-gara terlambat bangun. Ni penangan minum Nescafe 3 in 1 pagi semalam la ni. Atau penangan masak macam restoran malam semalam agaknya. Sudahnya, alarm tu dah menjerit-jerit.. lepas tu off dan sambung pejam mata. Kununnya sekejap jer (macam biasa buat) sekali terbabas.. huwa huwa huwa.

Keluar rumah, hari dah terang-terang tanah. Cekalkan hati bawa kereta macam biasa dengan tagline, biar lambat asal selamat. Tapi, kalau lambat, nanti Iman kena ambil nama.. terpaksalah pecut juga. Tapi, kan.. manalah boleh pecut pagi-pagi ni kereta banyak dan ada pula yang memandu slow motion macam makan angin tepi pantai dalam kereta tak berbumbung sahaja gayanya. Geram.. geram.. geram! Eh, sendiri yang lambat nak salahkan orang pulak.. huhuhu.

Sampai simpang ke sekolah Iman, jam di dashboard menunjukkan jam 7.10. Nampak seorang budak perempuan memakai pakaian sekolah..

Sk : Amboiiii... jalan melenggang, rilek jer dia ek
Iman : Memanglah bonda, bonda tahu tak.. nak turun bukit tu semua jalan slowwww aje
Sk : Ni mesti dari zaman mak bapak dia sekolah pun jalan slow. (ekekeke)
Sk : Lagi kalau nak pergi makmal sains tu, jalan melenggang jer.. rasa nak sepak (ops!)

Terlebih sudaaaa...

p/s orang gemuk pun jalan laju tau!




4 comments:

  1. Hihi... kira oklah tu on time Iman tiba sekolahnya.

    ReplyDelete
  2. Hehehe tak lambat lah Iman tu ye SK..
    Boleh lah ber lenggang kangkung kata orang tua-tua tu nak turun bukit tu :)

    ReplyDelete
  3. Assalam.. standardlah tu he3

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih