CORAT-CORET MENGUNDI PRN NEGERI JOHOR KE 16

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 



TAK ada rahsia-rahsia, tak ada sembunyi-sembunyi. Ramai yang mengaku, memangkah nama calon Barisan Nasional pada kertas undi masing-masing dan kebanyakan berbuat demikian bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Menteri Besar kami, YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi. Tahniah, Dato', kerana Barisan Nasional menang bergaya dalam Pilihanraya Negeri ke 16, semalam. 


PI membuang undi di SK Kangkar Pulai, DUN Kota Iskandar manakala Sk membuang undi di SK Kampung Pasir, DUN Perling. Iman pulak bertugas sebagai kerani petugas PRN di SMK Mutiara Rini 2, jadi Iman lebih dulu membuang undi melalui pos DUN Kota Iskandar. Sementara tunggu PI pergi mengundi, Sk bancuh kopi Onde-Onde Zus.


Sebelum mengundi, kami singgah Kopitiam WR Rosse untuk bersarapan. Lama tak ke sini, ni pun tak plan, dah nak masuk highway terfikir.


Pesanan makanan dan minuman di sini secara layan diri. Buat pesanan di kaunter, bayar dan ambil buzzer yang akan berbunyi apabila pesanan kita siap. 



Sk ambil Set Nasi Lemak, Roti Bakar dan Kopi, PI ambil set Roti Bakar, Telur Separuh Masak dan Teh. Lepas tu PI nak mantao dan sebelum tu dia makan Kuih Kasturi dua biji. Roti bakar bun dan Roti Bakar keping tu PI makan sebelah, jadi ada baki dua belah, Sk masuk dalam paper beg pembungkus yang disediakan, bawa balik.



PI turunkan Sk depan pagar SK Kampung Pasir dan tak sampai 10 minit Sk dah siap membuang undi. Sebab tu la suka ngundi dekat Sk Kampung Pasir ni, cepat jer siap. Tu la tu malas nak tukar alamat ke DUN Kota Iskandar, heheh.


Selesai menjalankan tanggungjawab, PI ajak jalan-jalan ke Midvalley. Sebelum balik singgah Harvey Norman beli kipas sebab kipas dekat hall (tv) rosak). Dua kali guna tower fan, dua kali rosak, jadi kali ni beli kipas bilah. Kali ni beli model klasik. Dekat HN tu Angah whatsapp ajak makan kat Kueh Bakor cawangan Damansara Aliff.


Jadi, dari MV, kami terus ke Taman Damansara Aliff. Jammed la bandar JB semalam, orang kata gara-gara PRN tapi bagi Sk, PRN tak PRN memang manjang jammed kat bandar JB ni.


Wahhhh.. teruja tengok menu Kueh Bakor cawangan Taman Damansara Aliff dah ada Laksa Johor. Sk apa lagi, tak pandang yang lain dah.


Cik Ani tiga beranak.


Angah dan Abang Jem


Sk dan Cikwa. Tujuan ke Kueh Bakor ni sebab Angah nak celebrate birthday Cikwa yang akan tiba 4 hari lagi (16 Julai).


Tak perlu diperkenalkan lagi la ya yang sebelah ni.


Ilham dan Indah kali pertama menjadi pemilih pada PRN kali ini. Kedua-duanya mengundi di DUN Perling manakala Izzat membuang undi di DUN Senai. DUN Senai tak dapat kat BN pulak, huhu. 


Sudah diinai-inaikan

Dua jari tak berinai ialah jari Jaika yang belum layak memilih dan jari ayahnya. Che Li kena tunggu PRU dan PRN Terengganu la ya.


Kisha makan pulak, PI macam biasalah makan Wantan Thai Noodle.


Pedas sikit sup wantan ni tapi sedap.


Laksa Johor Sk. Daun-daunnya sikit sangat pulak tapi tak terfikir nak minta tambah. Sk kalau ke sini suka minum Barli.



Mantao dan Buttermilk Chicken untuk Jeika. Gambar makanan orang lain, mereka dah makan awal sebab mereka dah sampai awal, kan.


Cam ni la bila dah berjumpa, Sakan masing-masing tunjuk jari telunjuk berinai, hehehe.


Tak habis kat situ, malam, kami ke Restoran Thoufeeq pulak, hahaha. Cikwa dan Cik Ani sampai dulu.


Agaknya semua lapar, masing-masing makan nasi goreng, Cik Ani dan Cikwa makan nasi putih, Che Li dan Jaika makan Nan Tandoori.



Pagi ni ada live world cup kat TV, PI tak keluar ke pasar tani ya. Jadi, pagi-pagi Sk keluar beli sarapan roti canai dan nasi lemak di kedai Abang Lan, sebelah dobi, belakang rumah, hehehe. Dah kenyang ni masing-masing, jomlah kita jahit mata jom 💤.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!