MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Sunday, September 4, 2016

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Assalamualaikum...

ANDA tentu masih ingat, semasa sekolah dahulu kita selalu ditugaskan untuk menulis sebuah karangan autobiografi dalam subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Ingat tak.. apakebenda karangan autobiografi tu? Alaaa.. yang nanti tajuknya, 'Aku Sebatang Pensil' la.. 'Aku Sebuah Basikal' la... 'Aku Sebuah Televisyen' la.. haaa.. tulah karangan autobiografi. Biasanya mengisahkan tentang riwayat hidup sesuatu benda. Ada juga yang mengisahkan tentang benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan.

Perasan tak, setiap kali kita menulis karangan macam ni, kebanyakannya akan berakhir dengan kesedihan... apa omputeh kata tu.. 'sad ending' kan. Sebahagiannya akan berakhir di tong sampah atau akan menjadi sesuatu yang tidak berharga lagi. Nak tahu tak, disebabkan karangan autobiografi nilah, Sk menjadi seorang yang sangat penyayang terhadap kebanyakan benda walaupun benda tu dah buruk. Tak kisahlah pensil ke.. pen ke.. berus lukisan ke.. bateri terpakai ke.. Ya Allah.. kalau nampak bersepah tukan, boleh bergenang air mata.. huwa huwa huwa.


Nah.. ni sebahagian dari berpuluh-puluh alat tulis yang Sk jumpa, dapat atau beli sepanjang Sk bertugas di kolej. Baaaaaanyak sangat. Tu belum lagi termasuk pemadam dan pembaris, dibuang-buang begitu sahaja. Kalau pun tak tahu betapa susahnya cari duit nak beli sesuatu tu, tapi kenanglah jasa dan riwayatnya.. ya tak? 

Haaa.. macam tu sekali pengaruh karangan autobiografi pada Sk tau.
Sk tak boleh tengok benda yang suatu masa dulu berguna tetiba jer dicampak merata-rata terutamanya pensil. Aduhhhh.. tersayat-sayat hati dibuatnya.. hahaha.

'Aku Sebatang Pensil'

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Pada hari aku dilahirkan, ada banyak lagi pensil yang dilahirkan bersamaku. Aku kemudiannya dipilih bersama lima batang pensil lain dan dibungkus dalam sebuah bungkusan yang sama. Kami diletakkan rapat-rapat dalam bungkusan itu. Kami kemudiannya diletakkan dalam sebuah kotak yang besar untuk diagihkan di pasaraya.

Suatu hari, datang seorang lelaki dan memegang kotak bungkusanku. Dia kemudian memasukkan kami ke dalam sebuah bakul. Tidak lama kemudian kami berenam telah dibawa ke rumahnya. Kami diberikan kepada seorang budak lelaki. Budak lelaki itu kemudiannya memasukkan kami ke dalam sebuah beg.

Esoknya kami mengikut budak lelaki itu ke sekolah. Budak lelaki itu mengoyakkan bungkusan yang membalut kami. Hatiku berdebar-debar. Aku terasa jari-jemari halusnya memegang tubuhku. Dia kemudian menconteng-contengku di permukaan sehelai kertas putih. Aku merasa seronok.

Budak lelaki itu terus menggunakan aku untuk menulis dan melukis. Aku merasa gembira membentuk lakaran demi lakaran. Lama kelamaan mataku menjadi tumpul. Budak lelaki itu merungut-rungut. Dia memasukkan aku ke dalam satu lubang yang di atasnya terdapat sekeping besi berkilat yang nipis dan tajam. Dia memusing-musing tubuhku di dalam lubang itu. Aku menjerit kesakitan namun dia seperti tidak mendengar jeritanku.

Aku merasa lega bila dapat keluar dari lubang itu. Aku kembali dilakarkan di atas kertas. Aku melakukan segalanya dengan rela. Selepas itu aku ditinggalkan di atas meja. 

Bila tiba waktu pulang, budak lelaki itu terlupa untuk mengambil aku dan memasukkannya ke dalam beg. Aku ditinggalkan begitu sahaja di atas meja. Kawan-kawannya berlari keluar kelas dan melanggar meja budak itu dengan begnya yang besar. Aku terjatuh ke lantai. Seorang lagi kawannya pula tanpa sengaja telah memijak tubuhku yang kurus. Aku meraung kesakitan. Dapat aku rasakan mata pensil dalam badanku mulai retak. Aku pastinya tidak berguna lagi kepada budak lelaki itu. Dia terus berlalu tanpa menghiraukanku yang terdampar di lantai.

urmmm.. sedihkan riwayat hidup pensil?
Sk rasa semua benda dalam dunia ni tak kisahlah ada nyawa ke.. tak ada nyawa ke.. semuanya akan berakhir dengan kesedihan.
Setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati apatah lagi riwayat sebuah pensil.. lama-lama akan patah. Riwayat sebuah basikal.. lama-lama akan berkarat.

Hanya kehidupan di syurga yang akan berbahagia selama-lamanya.


1 comment:

  1. Aku sebuah basikal karangan anak kakak terakhir masa sebelum UPSR tahun 2015
    Lebih kuranglah dgn aku sebatang pensil SK tu.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?