MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Wednesday, November 30, 2016

ASAM PEDAS TELUR IKAN IBU

Assalamualaikum...

SIAPA suka makan telur ikan?
Sk sejak kecil memang suka makan telur ikan, sukaaaaa sangat.
Orang kata, benda yang sikit ni memang sedap.
Kalau ibu masak ikan ada telur, pehhhh, syok giler la..
tapi yang sedihnya telur ikan bukanlah banyak
Terpaksalah kongsi lima beradik.. hehehe
Dapatlah hujung sudu sorang.. hahaha
Makan sikit-sikit.. sebab takut cepat habis
Kadang letak tepi pinggan untuk makan last sekali
aduyaiiii...

Malah sampai sekarang Sk masih sukakan telur ikan
Tapi.. lain pulak ceritanya
Sebab ER dan Iman pulak tak suka telur ikan
Jadi.. kalau masak telur ikan tu, kita ngadaplah sorang-sorang
sampai nak muntah.. hahaha

Sejak tu.. kalau betul-betul teringin jer baru beli telur ikan
Telur ikan bukan macam telur ayam, kan
Dia datang sepasang, dua kantung
Kenalah beli dua-dua kantung
Sampai mabuk-mabuk makan telur ikan dibuatnya, hahaha.

Masa ke Pasar Tepi Sungai Pontian hari tu
Terliur-liur tengok pelbagai jenis telur ikan
bersusun-susun dalam pinggan
Ada telur tenggiri
Ada telur mayong
nak beli ke tak..
nak beli ke tak..
Urmmm.. tak yah belilah.. tak berhabis makannya nanti

Lepas tu nampak dua bahagian ikan mayong
Kiranya dua bahagian dari dua ekor ikan mayong
Kepalanya dah tak ada
Pelanggan sebelumnya beli kepala aje.. kata kakak jual ikan
Dan ikan tu bertelur.. kakak jual ikan bahagi dua telur
Satu untuk orang yang beli kepala
Satu untuk orang yang beli ekor
Teringat ibu Sk yang suka masak asam pedas ikan mayong
Dan teringat Iman yang suka makan asam pedas ikan mayong
aaaahhhh.. semualah suka makan asam pedas ikan mayong.. hahahha
Ambil dua-dua bahagian tu
Akak tu tambah lagi sekantung telur.. free katanya
Alhamdulillah.. 

Lepas tu..
pergi pulak ke Pasar Borong Pontian
layankan ajelah Pak Inche sorang ni
pasar memang tempat kesukaannya

Ternampaklah pulak ikan parang sebesar peha
Eh, peha cam besar sangat ke?
Tapi besarlaaaahh.. puas makan ni
Apek kata, ikan besar isi banyak
tulang kasar-kasar, senang makan
Mintak buangkan perut dengan muncung.. tak payah potong
Bagi ibu juga sebab ER tak berapa makan ikan parang

Minggu lepas, ibu suruh tunggu sebab dia masak asam pedas
bila jenguk ke dapur, wallaaaaaaaaa
ikan parang ada telur rupanya
patutlah besar
bunting rupanya.. muahahaha


Nasib Si Ikan Parang
belum sempat bertelur
belum sempat menimang anak
dah kena gulai

Sedapnya masakan ibu
tiada tandingan
Iman kata asam pedas nenek terbaekkk
Asam pedas bonda???
Sedap juga.. tapi nenek terbaekkk.. 
gituuuu...


Ibu beberapa kali meluahkan ralat
Telur mayong memang agak renyah memasaknya
Akibatnya, ada telur yang pecah
sehingga asam pedas jadi macam masak lemak
Ibu lupa nak asingkan kuah
atau rebus siap-siap telur 
tapi bagi Sk tetap lazat
sampai menjilat jari

Ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku




4 comments:

  1. assalamualaikum seri...mmg terbaik kalau dpt telur ikan mayong ni...ni yg boleh buat mkn bertambah2...sepinggan mmg x cukup kalau mkn dgn nasi panas2...:)

    ReplyDelete
  2. CH baru masuk telur ikan kerapu SK..
    Buat asam pedas gak..
    Isi lembut kan ..

    Ikan mayong sedap juga..
    sedap bila kunyah meletup pecahnya :)

    ReplyDelete
  3. Kakcik suka telur ikan. Tapi, macam itulah juga, hanya kakcik yang suka...yang lain-lain tu tak pandang pun mereka...

    ReplyDelete
  4. Pakcik minat giler dengan telur ikan mayung ni.
    Kalau jumpa mesti beli.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...