MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, April 27, 2017

KETAM BLACK PEPPER DI MAKANAN LAUT SERI BAHAGIA

Assalamualaikum...

Image may contain: 1 person, standing, ocean, sky and outdoor

KALAU ditanya warga JB, di mana tempat yang paling best untuk makan ketam
dan makanan laut yang murah
tentunya ramai yang tahu tentang Makanan Laut Seri Bahagia yang terletak di Tanjung Langsat.
Restoran terbuka yang terletak di atas air ini
sangat popular dengan masakan ketamnya.
Sk sendiri kalau nak ke sini memang semata-mata nak makan ketam.
Selain itu dapat juga menikmati pemandangan laut lepas yang indah 
lebih-lebih lagi menjelang petang.


Apabila tengok laut, langit dan awan
terus rasa damai
ditambah tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Kadang-kadang banyak kapalterbang leintas atas kepala
Sayupppp jer.


Ketam Black Pepper
kalau nak ke sini biasanya Sk akan telefon dulu
sebab pernah sekali pakai terjah
ketam habisssssssss.

Sedap tu subjektif.
Karang cakap sedap, ada orang kata tak sedap.
Cakap tak sedap, dikata tutup periuk nasi orang.
Tapi bagi Sk sekeluarga sedap, Alhamdulillah.


Rasa bahagialah sangat.. gitu.




Wednesday, April 26, 2017

PERENCAH DAGING BAKAR YANG SEDAP

Assalamualaikum...

SELALU rasa beruntung bila berjodoh dengan orang utara ni.
Sebab di belah-belah utara ni banyak IKS yang menawarkan rempah ratus yang sedap
yang sukar ditemui dijual di pasaraya-pasaraya besar.
Setiap kali balik ke kampung Encik Rizar
Setiap kali itulah masanya untuk membeli pelbagai jenis rempah dan belacan
Ikan kering, ikan masin dan ikan pekasam.
Beli aje dulu
Masaknya entah bila, hahaha.

Image may contain: drink and food

Perencah Daging Bakar ni kami beli di Pasaraya Mutiara 
yang terletak di Kuala Ketil.
Memang tak ada cawangannya di JB
Jangan terperanjat jika ke sini
kerana harga barangnya lebih murah jika dibandingkan dengan pasaraya gergasi
yang mendakwa menawarkan harga terendah.


Walaupun namanya perencah daging bakar
tapi Sk gantikan daging dengan ayam
sebab tak dan nak tunggu daging beku cair
Mudah saja, cuma perapkan sahaja rempah bersama ayam
sekurang-kurangnya setengah jam sebelum dibakar.

Tips :
Semasa mengangkat daging/ayam dari perapan
tentu ada bahagian rempah yang berair
yang tu ketepikan dulu,
Dan semasa membakar daging/ayam, kadang-kadang berkuah, kan
kuah tu keluarkan dari pemanggang dan ketepikan.
Bakar daging/ayam  dan balikkan sekali sekala sehingga masak 
Kemudian bolehlah diangkat dan diletakkan dalam pinggan.
Akhir sekali lebihan perapan yang berair dan kuah daging/ayam yang dipanggang tadi
Kita panaskan semula dalam kuali sehingga mendidih dan pekat
Kemudian curahkan atas ayam
Sedapppppp.. sehingga menjilat pinggan tau.
Hahahaha.

Jumpa lagi di sesi masak dan makan yang lain.
Wassalam.

Tuesday, April 25, 2017

MAKAN-MAKAN DI HARI CUTI

Assalamualaikum...

BERAKHIR sudah cuti panjang hujung minggu.
Cuti sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong yang jatuh pada hari isnin lepas
telah mempengaruhi Sk untuk mengambil cuti tahunan pada hari ahad.
Kiranya bersambung cutilah.
Disebabkan Iman kata dia tak mahu ponteng sekolah (walaupun dipelawa, hahaha)
dan Encik Rizar pun tak mahu mengambil cuti,
maka Sk berseorangan di rumah.
Dari lepas mereka keluar, Sk habiskan masa menonton rancangan-rancangan tv
yang dirakam Iman.
Sampai naik lemau badan dibuatnya.
Sudahnya, Sk ke dapur mengemas.
Kemas punya kemas, macam tu jugak rupanya, kah kah kah.

Disebabkan dah puas berehat pada hari ahad tu
maka tak sampai hati pulak nak sambung rehat pada hari isnin, hahaha.
Sk menawarkan ER untuk memasak masakan yang diidamkannya sejak hari sabtu
tapi Sk tolak dengan 1001 alasan, kekeke.

ROTI JALA CICAH KARI DAGING


Ini cerita pada hari Sabtu pagi.
Baru Sk perasan dalam peti sejuk ada lauk kari daging kelmarin punya marin.
Lupa masak bila, tapi rasanya memang masih baru lagi.
Aiseh, buat roti jala pun sedap kan buat sarapan.
Lalu menjalalah Sk pagi-pagi tu, hihi.


BINDU CURRY HOUSE


Disebabkan ER dah terjanji nak bawa kami jalan-jalan
Maka tengahari tu Sk sengaja tak memasak.
ER ajak pergi makan Nasi Daun Pisang di Bindu Curry House.
Sk pernah beberapa kali makan di sini dolu dolu dolu
Lepas tu lama giler tak datang sini
Rasanya sejak beranakkan Iman, huiiii dah 16 tahun, hahaha.
Yang best di sini, ayam gorengnya di goreng bila ada permintaan sahaja.
Dan bukannya ayam goreng kefsi macam di sesetengah kedai mamak.
Lepas makan, Iman ajak pergi window shopping
Hurmmm.. layankan ajelah, siapa lagi dia nak ajakkan.
Balik, tapau kfc sebab Sk malas nak masak.
Enjoy terlampaulah tu kan.. hahaha.


BEEF KUEY TEOW


Haaa.. ni yang diidamkan ER.
Macam Sk cerita sebelum ini
disebabkan badan jadi lemau kerana terlalu banyak baring hari ahad tu
Jadi, hari isnin adalah hari masak memasak.
Tengahari tu, Sk tak masak nasi.
Tak pernah-pernah rasanya masak kuey teow untuk menggantikan nasi
Tapi ER okey, Iman okey, Sk lagi okey.. hahaha.
Resipi boleh selongkar dalam ni.. kalau nak lah.. hehehe.


LAMB CHOP


Dah macam restoran pulak dapur Sk semalam.
Siang masakan Cina
Malam masakan Mat Saleh.
Resipi yang biasa Sk guna jugak
Tak rajin nak godeh-godeh resipi.


Erkkkkk!!










Friday, April 21, 2017

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum...

Image may contain: food

Nahhhh.. Sambal Tempoyak.
Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal.
Sukacita dimaklumkan, tempahan untuk stock Ramadhan sudah dibuka tau.
Pastikan SAMBAL TEMPOYAK SUFI'S FOOD 
berada di atas meja hidangan anda 
bukan saja kerana kesedapannya 
tapi kerana ianya sangat mudah disediakan 
pada setiap hidangan sama ada waktu berbuka atau bersahur. 
Sambal yang ready to eat
 Buka penutup saja dan boleh terus di nyuuummmm....

Image may contain: food

 Kalau rajin sikit,
boleh olah jadi Udang Sambal Tempoyak.
Tambah pulak dengan petai..
Wallaaaaaaaaaaaaaaaaa.. pengsan!!
Hahahaha.

Image may contain: food

Sambal Tempoyak Sufi's Food
didatangkan dengan dua perisa.
Sambal Tempoyak Bilis
dan Sambal Tempoyak Daun.
Pilih yang mana anda suka
Atau keduanya.
Sebotol RM20 sahaja tau, boleh makan ulang-ulang, hehehe.

Sempena Ramadhan yang akan menjelang,
Sk jual cuma RM18 sahaja sebotol.
Kalau kawan2 ambil 1 set, bayar RM35 sudah.
Harga sehingga 1 Ramadhan sahaja ya
lepas tu balik harga asal RM20 sebotol.

Boleh pos, tapi kena bayar postage la ya.
RM10 sebotol dan RM15/ 2 botol.
Untuk pembelian, boleh whatsapp Sk

  0127844524

Thursday, April 20, 2017

E-BOOK ANAK ANUGERAH DAN UJIAN: MENGESAN KELAINAN DAN RAWATAN ANAK (DISLEKSIA & SENSORY PROCESSING DISORDER (SPD))

Assalamualaikum...
TAHUKAH anda bahawa bulan April merupakan bulan kesedaran Autisme.
Apakah dia Autisme?
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggerispsychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. sumber : wikipedia
Sebagai tanda sokongan kepada bulan kesedaran Autisme pada bulan ini, Sk ingin  kongsikan satu e-book penulisan dari seorang ibu tunggal yang mempunyai anak istimewa ini
“Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi. Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada  umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini,”- Emycakes Lovette

 Anak Anugerah & Ujian


Ibu tunggal ini ingin berkongsi tentang bagaimana menghadapi atau berdepan dengan anak Autisme ini. 

Hanya mereka yang mempunyai anak istimewa ini sahaja yang mampu mengatasi anak-anak ini kerana mereka 

berhadapan dengan anak istimewa ini setiap hari.


Bagaimana Untuk Mendapatkan E-book Ini?
Anda berminat untuk mendapatkan ilmu tambahan tentang kelainan ini? 
Jom isi form di SINI. E-book ini berharga RM50. Pihak admin akan menghubungi anda sejurus anda mengisi form.
Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian
Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)
  1. Dari hati
  2. Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
  3. Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
    • 7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
    • Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
    • Teknik mengesan kelainan anak
  4. Punca anak kelainan upaya
  5. Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
  6. Pendidikan anak Istimewa
    • Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
    • Pendidikan pra-sekolah
  7. Rawatan
    • Rawatan Moden
      • Pakar Perkembangan Kanak-kanak
      • Occupational Therapy
      • Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
      • Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
      • Jenis-jenis Terapi lain
        • Terapi Visual
        • Terapi bercakap & bahasa
        • Terapi Fizikal
        • Terapi Mendengar
        • Terapi Nutrisi
        • Terapi Perceptual motor
    • Rawatan Syifa
      • Amalan doa
      • Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
      • Terapi menghafaz Al-Quran
    • Rawatan Tambahan Di Rumah
      • Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
      • Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
    • Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
  8. Rumusan & Penutup
Semoga perkongsian yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada mereka di luar sana.
Wassalam.

(Entry ini merupakan entry sumbangan Sk sebagai seorang blogger. Tiada bayaran dikenakan bagi mempromosikan e-book tersebut. Harap maklum)

AYAM KARIPULAY

Assalamualaikum...

Image may contain: food

DAH lama teringin nak rasa masakan yang dikongsikan 
Aunty Nanie Blogger Values Of Life ini.
Disebabkan semalam, Encik Rizar kata nak makan ayam bakar
dan dia minta buatkan kari jugak untuk kuah
Maka terhasillah Ayam Karipulay ni.
Haaaaaaa.. bunyi tu ada sebut kari
tapi tak ada guna rempah kari langsung ya
Tak silap Sk, Ayam Karipulay tu maksudnya
Ayam Daun Kari
Ini mungkin disebabkan penggunaan daun kari yang banyak dalam masakan ini.
Sangat mudah memasaknya
Tak payah nak bertukang sangat di dapur, haha.
Tuuuuu Sk suka
Disebabkan stok cili kisar Sk dah habis
maka Sk gunakan cili kisar yang siap jual di kedai 

Jom semak resipi.
Kata Aunty Nanie, resepi ni untuk 6 orang makan (jika ayam seekor)
Tapi bagi Sk, 10 orang pun boleh.
Sk masak setengah ekor ayam sahaja maklumlah..
hidup tiga beranak ajekan, kih kih kih.

Ayam Karipulay 
Resipi : Aunty Nanie

(mengikut sukatan Sk)

Bahan-bahan:
(A)
1/2 ekor ayam (dipotong 6)
1 kotak santan (200ml)
2 cawan kecil air
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1" halia*
1 senduk kecil cili kisar

Kisar semua bahan bertanda.
Masukkan semua bahan kisar dan bahan lain ke dalam periuk atau kuali.
Biarkan mendidih dan ayam agak masak.
Kacau-kacau sikit.


(B)
1/3 st serbuk kunyit
1/2 sudu garam
1 keping asam keping
15 tangkai daun kari (boleh ambil daunnya sahaja atau dengan tangkai sekali)

Masak sehingga pekat.
Tutup api.

Hidangkan bersama nasi putih atau roti.
Gantikan ayam dengan udang galah pun sodapppp!!

Wednesday, April 19, 2017

SIAKAP KUKUS STAIL NYONYA LAGI

Assalamualaikum...

Image may contain: food

ANTARA masakan yang menjadi favourite Sk anak beranak.
Rasanya dah berpuluh kali masak Siakap Kukus Stail Nyonya ni.
Kalau dengar aje Sk nak masak macam ni
Bersinar-sinar mata Iman tau, hahaha.

Bila dah siap, Encik Rizar akan datang ke meja makan dengan penuh semangat 
Sebab masakan ini kena makan panas-panas
Dari kukusan ke meja berasap-asap lalu terus disantap
gitu....

Siakap ni ER beli masa kami ke Pasar Orang Asli di Bakar Batu tu la
Ikan masih baru, belum masuk peti atau kena ais
Insangnya masih merah jambu lagi
Yang best, ini siakap laut yang dipancing orang asli tu
Lepas tu dah balik rumah, pening cemana nak kukus
sebab tak muat periuk dan pinggan

Image may contain: food

Alternatifnya, Sk potong dua dan tindihkan
Kali ni Sk kukus lama sikit
Maklumlah, isinya tebal
takut pulak kalau tak masak sampai ke dalam.

Macam biasa, setiap kali masak stim nyonya ni
Sk akan gunakan paste nyonya
Tapi tak boleh lebur gitu aje
Kena tambah-tambah bahan juga
barulaa wallaaaaaaaaaaaaaa

Nak resepi ke?
Meh salin :)))

Siakap Stim Stail Nyonya

Bahan-bahan :
Seekor siakap sederhana besar
(Bersihkan, potong berkepak, taburkan serbuk lada sulah, letakkan dalam pinggan tahan panas)

3 sb perencah sambal ikan kukus nyonya*
3 -4 biji limau nipis diambil jusnya*
1/3 cwn air*
1 sk gula*
1/2 sk garam*
2 pokok daun ketumbar

Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Dalam mangkuk, kacau rata semua bahan bertanda*
Tuang semua bahan dikacau tadi ke dalam pinggan yang diletakkan ikan.
Taburkan batang pokok ketumbar yang dipotong seinci seinci.
Daunnya ketepikan.
Kukus ikan 10 - 15 minit.
Keluarkan dan taburkan daun ketumbar semasa menghidang.

Senang saja bahhhh.



HADIAH KE NI???

Assalamualaikum...

PAGI ini terima bingkisan dari Negeri Terengganu Darul Iman
kiriman dari seorang sahabat fb, Norhayati Idris atau Sk panggil Yati.
Lama jugak kami berkawan di muka buku
Pernah bertemu sekali ketika Yati datang ke JB
dan menempah cheese tart dengan Sk.
Yati ramah orangnya di laman sosial atau di alam realiti.

Image may contain: 1 person, shoes

Terima kasih Yati
Semoga Allah swt membalas segala kebaikan Yati
dan sifat murah hati akan digantikan dengan yang lebih baik serta
Pahala berlipat kali ganda.
Akan kukenangmu dalam setiap langkahku
apabila memakai kasut ini.. hehehehe.
Maceh tauuuuu!

Tuesday, April 18, 2017

STABLES BOUTIQUE & CAFE

Assalamualaikum...

Image may contain: night and outdoor

MALAM semalam, dapur Sk tak berasap.
Walaupun pada awalnya Sk merancang nak masak ikan siakap
Tapi bila ada orang tawarkan untuk makan di luar
Sk memang tak menolak
Bolehlah jadi mem malam semalam
hahahaha.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Kali ini Encik Rizar memilih untuk makan di Stables Boutique & Cafe
yang terletak di Taman Sentosa.
Sk yang menge'tag' ER dalam satu post yang dikongsikan rakan fb
tentang cafe ini yang baru dibuka pada penghujung Mac lalu.
Rakan fb Sk ni, namanya Ct Sweetie.
Bila dia kata sedap, Sk memang percaya
Maklumlah, Ct ni pakar masak jugak tau
Walaupun usianya masih muda
tapi macam-macam yang boleh ditukangnya
dari masakan tempatan, tradisional hingga antarabangsa.

Image may contain: one or more people and night

Pelbagai hidangan tempatan dan barat
boleh didapati di SBC
Hidangan baratnya pula bercitarasa Argentina
kerana latar belakang pemiliknya
yang banyak berdamping dengan masyarakat di sana
Tapi Sk kecewa sikit
sebab tak ada pasta..
Sk kan peminat pasta, hehehehe.

No automatic alt text available.

Meh Sk belanja gambar sikit.

Image may contain: people sitting, table and food

Lamb Grill
tak ingat apa nama dalam menu.
Yang ini Sk kongsi berdua dengan ER.
Sk tak pasti daging kambing ini dari bahagian mana.
tulangnya kecil aje dan isinya banyak
Setiap hidangan ada tiga ketul
disiram dengan sos lada hitam citarasa Argentina yang sangat-sangat sedap
rasa masin dan manis serta lada hitamnya seimbang
ada juga sos pudina
yang diperah dengan lemon
wallaaaaaaaaaa.. memang tidak menghampakan.

Image may contain: food


Lamb Grill ini dihidangkan bersama kentang putar yang disiram sos cendawan
hirisan tomato dan salad yang dipercikkan dengan satu benda yang sangat sedap.
Sk tak tahu nak terjemahkan rasanya, hahaha.
Lepas tu tak teringat pulak nak tanya, huhu.
Kentang putar tu agak kasar sikit tapi tetap sedap kerana sos cendawannya sedap.

Image may contain: food

Mee Goreng Mamak yang sedap
sebab tak ada rasa mee kuning
dan rencahnya yang seimbang.
Sk kongsi berdua jugak dengan ER.
Sebabnya nak makan banyak benda yang berbeza
tapi kalau ambil sampai dua hidangan sorang
tak larat pulak nak membayarnya menghabiskannya kan.. hahaha.


Image may contain: food

Disebabkan terliur dengan Sirlon Steak yang ER makan di Ejohng Concept
maka inilah yang dipesan Iman.
Sk sengaja mintakan panggangan sederhana
supaya dagingnya tetap juicy dan tidak kekeringan.
Memang sungguh lembut dan juicy
Potongan dagingnya juga lebar dan tebal
ditambah sos lada hitam yang sedap tukan..
Iman kata lepas ni dia dah tak nak ambil Lamb lagilah..
nak makan sirloin aje kalau ke western
Habislahhhh.. hahaha.

No automatic alt text available.

Selain dari menyajikan makanan yang sedap dan lazat
Sk juga sukakan dekorasi restoran yang agak klasik
tetapi masih menyelitkan ciri-ciri moden.
Daripada kerusi, meja, tingkap dan hiasan
simen dinding yang sengaja dibiarkan kosong tidak bercat.

Image may contain: indoor

Membuatkan hati rasa nak datang selalu
menjamu selera dan mata
sambil mengimbau kenangan lama.

Image may contain: people sitting

Sehingga jumpa lagi di siri makan yang lain..
InsyaAllah.
Wassalam.

MEE TARIK WARISAN ASLI

Assalamualaikum...

SELALU dengar tentang Mee Tarik
Tapi tak pernah berpeluang melihat cara pembuatannya betul-betul
dan menikmati keenakan masakan Mee Tarik yang sebenar.
Memang dah nak rezeki agaknya
Masa jalan-jalan di AEON Kulai berdua beranak dengan Iman
Cadangnya nak makan di Medan Selera yang terletak di tingkat atas
Rupanya kebanyakan gerai tidak beroperasi
kecuali Subway dan gerai minuman.
Sebab perut memang betul tengah lapar
Kami turun ke bawah
makanan segera pun makanan segera lah
asal kenyang

Masa lalu depan KFC
Nampak Kedai Mee Tarik Warisan Asli ni
Dalam ruang kaca ada uncle yang sedang menguli tepung
dan menarik-nariknya
Peliknya rasa, macam mana adunan doh sebesar lengan budak
boleh menjadi helaian mee yang begitu banyak
Selepas diperhati.. barulah faham
Oh.. gitu.. hahaha. 
Patutlah dipanggil mee tarik
Kesian.. dah tua baru tahu.. huhu.

Image may contain: text

Di sini, konsepnya secara layan diri
Dapatkan meja untuk duduk
dan pelayan akan menghantar buku menu berserta borang pesanan.
Borang pesanan yang dah siap diisi
dibawa sendiri ke kaunter untuk dibuat bayaran
Makanan akan dihantar ke meja oleh pelayan
Konsepnya sangat mudah dan berbaloi di kedua-dua pihak.

Image may contain: food

Wet Mee With Mushroom Meat, pilihan Iman

Boleh juga jika nak gantikan mee dengan nasi
Tapi.. dah datang ke kedai mee tarik kan
kenapa pulak nak makan dengan nasi? Hahaha.
Sedap mee ni.. dan banyak
Siapa yang tak kuat makan tu, baiklah kongsi berdua
jangan tamak nanti tak habis, rugi!

Image may contain: food

Pilihan Sk, Fried Lamen With Beef

Mee Tarik Goreng ni ada sejenis aje tak silap.
Meenya kasar sikit dari Mee Basah tadi
dan tersangattttlah sedapnya.
Tekstur mee yang kenyal dan memang tak sama macam mee kuning atau spaghetti
Mula Sk macam kecewa jugak sebab tengok mee Iman banyak daging, kan.
Sekali bila selak mee sendiri, bawah mee tu penuh dengan daging.
Memang best giler la makan.. hahaha.

Image may contain: food

Sebab sedapppppp sangat
Minggu depannya paksa Encik Rizar datang makan di sini, hahaha.
Kali ini Sk order Toothpick Lamb ni
Sebab hari tu rasa nak..
tapi duit tak berapa banyak, kah kah kah.

ER pulak lapar nasi
Jadi dia minta Rice with Fungus & Meat
tapi nak jugak makan mee
kita mintakkan jugaklah semangkuk Mee Sup untuk dia.
Sk tukar selera, minta Wet Mee with Ziran Mutton.
Maaf tak sempat nak bergambar sebab mood sikit lari
bila mana staf MTWA ni salah hantar makanan
Nasib baik lepas tu dia gantikan dengan yang baru.

Hurmmmm.. bila nak ulang ni????

Monday, April 17, 2017

KEKAPIS MASAK CILI

Assalamualaikum...

LAMA tak post resipi di sini.
Kalau tengok di side bar Blog Che Mat Gebu
CMG ada letakkan link Blog Sk sebagai Blogger Dapur
Ya Allah, malunya... ni Blogger Dapur Tak Berasap namanya
kah kah kah
Eh, macam best pulak nama Blogger Dapur Tak Berasap tukan..
hahahaha.

Image may contain: food

Nahhhh..
Sk nak kembali perasapkan blog ini dengan resipi-resipi
Tak kisahlah kalau tak ada siapa yang heran
atau tak ada sesiapa yang nak tiru resipi Sk
kikikiki
Sebab ini masakan favourite Iman dan Encik Rizar
jadi kita tampal resipi di sini.

Kekapis ni Sk beli di Tapak Jualan Makanan Laut Orang Asli
yang terletak bersebelahan Bayu Marina Resort di Bakar Batu.
Sekilo RM14, tak ingat dulu beli berapa
Sk pernah post di sini
Kekapis ni sedap dari kebanyakan haiwan laut bercengkerang
yang bersepupu sepapat dengannya tau
Sebab dagingnya tebal dan berisi
Kali ni Sk kopek semua kulit siap-siap
Senang kerja nak makan.. hehehehe.

Kekapis Masak Cili
Resipi : Sk

Bahan-bahan:
1 kg kekapis (kopek kulitnya siap-siap, bilas dan toskan)
Sedikit minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
5 tangkai cili hidup*
3 - 4 hirisan halia
3 - 4 pokok daun ketumbar
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
1 sb sos ikan
3 sb jus limau nipis
1 sb cuka makan
2 sb gula pasir

Cara-cara:

Kisar halus bahan bertanda * dengan sedikit air.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar dan hirisan halia hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan.
Kacau rata.
Masukkan gula dan biarkan ia merenih sekejap.
Masukkan jus limau nipis dan cuka makan.
(Tidak perlu masukkan garam sebab semua sos dan bergaram)
Masukkan tangkai pokok ketumbar, 
(asingkan daunnya untuk ditabur bila hendak dihidangkan)
Kemudian masukkan kekapis, gaul rata.
Biar ia masak anggaran 6 - 8 minit.
Tutup api.
Taburkan daun ketumbar ketika menghidang.

Selamat mencuba.
Wassalam.





Sunday, April 16, 2017

CHEESE TART KEMBALI

Assalamualaikum...

No automatic alt text available.

AKUR dengan kehendak pelanggan yang dah serasi dengan Sk
Sk dah mula kembali berjualan Cheese Tart sejak awal Mac lalu.
Itupun bukan main payah nak hidupkan enjin
Maklumlah enjin dah lama sejuk
Kena ganti bateri
Tukar minyak hitam
Starter pun buat pe'el jugak
Jadi dah tukar starter baru
Alhamdulillah.. semua berjalan lancar dan dipermudahkan.
Ngeeee.
Image may contain: food
Tart Telur
Yang ini tak buat banyak
Saja nak pratikkan kembali resipi yang dikongsikan sahabat dari Kota Singa
Ramai sangat yang minta Sk kongsikan resipi tart telur ini
tapi ini amanah kawan Sk, memang Sk simpan ketat-ketat
Jangan marah ek

Image may contain: food and text

Tak tahu kenapa dah tak mampu melorek macam dulu, hahaha
Malasnya Ya Ampunnn
Alaaa.. nanti masuk mulut jugak kan
Kunyah-kunyah telan jugakkan.. hahahha.

Image may contain: food

Ada kawan yang cakap
Rindu dengan cheese tart Sk yang jelita
Alahhhh.. terus rasa bersalah, huhuhu.

Image may contain: food and text

Yang ini favourite Iman
Kalau buat, mesti kena cukai
Bagi Sk Nutella Cheese Tart antara tart yang paling sedap
walaupun harganya sedikit mahal
Tetap ada permintaan.

Image may contain: food

Blueberry Cheese Tart yang dibungkus secara mini
menyeberang Tambak Johor petang semalam
Untuk dihantar ke Pusat Tahfiz
Tempahan pelanggan dari Kota Singa.
Dalam masa seminggu, dua kali sis ini menempah cheese tart dengan Sk
Terima kasih kerana sukakan cheese tart Sk.

Anda nak rasa juga?
Boleh whatsapp Sk di 0127844524
Tapi untuk orang JB saja tau...

Wassalam.

Thursday, April 13, 2017

INTERNATIONAL BUFFET DI PRA-FINAL EXAM

Assalamualaikum...

Image may contain: people sitting, table, food and indoor

KELMARIN, Sk tidak melepaskan peluang untuk membeli meja apabila 
Pelajar Tahap 3 Kursus Penyediaan Makanan & Pastri 
di Kolej Kemahiran & Teknikal Johor membuat buffet lunch bagi pra peperiksaan akhir tahap 3. 
Tak silap Sk, pra peperiksaan ini dilakukan agar apabila tiba tarikh peperiksaan yang sebenar mereka tidak perlu memasak menu berat yang mengambil masa lama. 
Hampir 30 menu termasuk pencuci mulut disediakan semasa buffet lunch ini dengan hanya membayar RM15. Jadi, bila lagikan??? Kih kih kih.
Soalnya,mampukah nak menghadap semua??? Errrrrr

Image may contain: food and indoor

Masakan barat menjadi pilihan pertama Sk untuk juadah tengahari itu.
Mengikut arah jam.. Sk memilih Aglio Olio Spicy Pasta
Stuffed Egg
Chicken Boxing
Kerabu Mangga
Butter Prawn
dan Lamb Grill With Black Pepper Sauce.
Semuanya sedap-sedap belaka, rasa kagum dengan kebolehan mereka ini
tentunya kerana pengajar mereka juga terbaik.

Image may contain: food

Seafood Cocktail.. wow... Sk suka sangat.
Udang dan Sotong dengan perahan lemon segar
dinikmati bersama salad berkrim..
waduh waduh waduh... 

Image may contain: food

Stuffed Egg atau ada jugak yang panggil Deviled Egg (Telur Berhantu)
Mana tak berhantu, tak cukup makan dua ketul, hahaha.
Dah tu, kalau dah makan banyak-banyak..
hurrmmm.., bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri.. huwa huwa huwa.

Image may contain: food

Chicken Boxing
Isi kepak ayam yang dilondehkan dari tulangnya
Isinya diperap pula dengan rempah kemudian disambungkan balik dengan tulang tadi.
Nampaklah macam penumbuk gitu, hahaha.
Inipun sedap.
Tapi segan nak makan banyak-banyak, huhuhu.

Image may contain: food

Kerabu Mangga
Sayang mangganya agak masak
Mungkin kerana dibeli terlalu awal semasa membuat persediaan bahan mentah.
Sudahnya ia sedikit lembik dan berair.

Image may contain: food

Fried Wantan
Entah macam mana Sk boleh lupa nak ambil
padahal dah bangun, tapi pergi ambil benda lain.
Paling kecewa bila kawan Sk cakap sedap, huhu.

Image may contain: food

Canape Tuna
pun sama lupa nak ambil.. 
jadi.. no komen, hehehe

Image may contain: food

Nasi Minyak dan lauk pilihan Sk
Daging Black Pepper
Ayam Masak Merah
dan Acar.
Sebab malas nak bangun banyak kali
Sk ambil sekali Chicken Chop with Mushroom Sauce
yang ini pun sedap semuanya
Lepas tu makan Sup Tulang pulak
dagingnya relai dari tulang
supnya berempah secukup rasa
yang itu lupa nak ambil gambar, hihi.

No automatic alt text available.

Apam Mawar yang dibuat ala Ais Krim Cornetto
Disebabkan Sk bukan sejenis penggemar apam.. hehehe.
Jadi Sk tak makan :))))

Image may contain: food

Tiramisu
Yang ini memang favourite la kan
Comel dan cantik
rasanya juga terbaik

No automatic alt text available.

Kuih Tako
Yang ini mungkin boleh bagi lulus aje
sebab tiada kelainan dengan rasa kuih tako yang biasa Sk beli di Pasar Ramadhan.

Image may contain: table and food

Brownies
yang harus diakui sedap.

Image may contain: food

Blueberry Cheese Tart
Kena lebih praktis cara memicit krim ke dalam crust
supaya inti blueberrynya tidak kelihatan.
Tapi rasanya tetap sedap
seperti menikmati blueberry cheese tart air tangan sendiri, kikiki

Image may contain: dessert and food

Two Tier Wedding Cake
juga antara tugas wajib terampil bagi pelajar-pelajar ini
Dalamnya Rainbow Cake yang sangat sedap.
Sk bagi 5 bintang sebab Sk pun tak mahir buat kek rainbow, hihihi.

No automatic alt text available.

Huhuhu..
banyaknya menu yang tak makan
Sebab Sk mengejar masa
kerana ada tugas lain yang lebih penting menunggu
selain makan, hahahaha.

Sehingga jumpa lagi di sesi makan yang lain.
Wassalam.

MAJLIS KAHWIN DI CYBERJAYA

Assalamualaikum... MASIH TERASA manisnya majlis perkahwinan antara Nasreen & Amin di Cyberjaya ini kerana di waktu beginilah semua ...