HI TEA DI BERJAYA WATERFRONT

Assalamualaikum…


JUMAAT lepas, masih melayan mood cuti sempena Tahun Baru Cina, Sk menerima pelawaan Sis Lin untuk sesi Hi Tea di Berjaya Waterfront Hotel, Stulang Laut, JB.
Sebenarnya, mereka-mereka ni (selain Sk) sebelumnya telah menghadiri LEGOLAND® Malaysia Lancar LEGO® City 4D Movie - Officer in Pursuit!
Jadi, selepas puas berjimba tu, Sk datang menjemput Iman dan Sis Lin ajak minum-minum dulu.
Masa tulah dia tunjuk dengan Sk voucher BELI SET HI TEA MURAH DI FAVE

RM22 sahaja untuk dua orang, mana tak terbeliak bijik mata, kan teruslah Sk setuju jer..


Begitulah ceritanya macam mana terjadinya kisah kami bertujuh Hi Tea di BWH ni.
Semuanya Sis Lin yang uruskan, Sk macam biasalah orang yang paling akhir sampai. Tapi akhir tak bererti lambat tau cuma dorang ni semua memang selalu cepat aje sampai, hahaha.


#sismakanaje
#ainkunyahtelan
#makanmakankurus
#anytimeismakantime

hashtagnya

Terdapat tiga pilihan menu untuk Hi Tea ini iaitu Fushion, English dan Johorean.
Nak tahu lebih lanjut bolehlah baca di blog Sis Lin


Set Johorean
Ada kacang panggang.. Sk syak ini sebenarnya kacang pool
Keledek Goreng takde sambal kicap
Ondeh-ondeh
Ketayap
Otak-otak
Roti Jala 


Menu Fushion
ada sweet pastry
dan makanan barat



Menu English
ada burger, pizza, pai dan scone
Semua ini dihidangkan Bersama tea
Sk tanya dengan Lin, kopi takde ke?
Dia jawab, dah namanya hi tea, mana ada kopi??
Loyaq sungguh jawapannya kan..

Sebab apa tak ada kopi?
Tu kena baca kat blog Sis Lin


Meraikan hari lahir seketul Ain yang ke 18 dan Kim yang ke 15.
Dengan disertakan lagu Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap..
(Sila sambung sendiri)

Ain.. gelaklah tukan…


OOTD katanya bersama Sis Lin.
Terima kasih atas undangannya Lin
Lain kali ajak lagi tau..



OOTD bersama Geng Berudu
Rasa nak picit seorang seorang kan



Feeling retis ko.. hahahha.
Masuk majalah Glam sesuai sangat kan.. kahhhhh


Meh baca lebih lanjut Kisah Hi Tea di BLOG SIS LIN

6 comments:

  1. Hahahahahhahahhaaaa... Macamm tau2 ajeee seketul ain akan tergelakkkk.. Hahahhahaha. 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, biasanya plan yang tak jangka tu le menjadi..
    Next time kita berspa pulak reramai yek...

    ReplyDelete
  3. yeehaaaaa...fefeeling gila memasing ootd bila da kenyang kannn...

    ReplyDelete
  4. Ada terbaca kat entry Sis Lin pasal ni..kalau dekat SA dah terjah dah..

    ReplyDelete
  5. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih