MAKAN DI SUP LEMBU TANGKAK MELAKA

Assalamualaikum...

SETELAH beberapa kali percubaan untuk makan di Sup Lembu Tangkak gagal akhirnya berjaya juga menembusi restoran sup lembu yang agak femes di Melaka ni.  Ya,  namanya aje Sup Lembu Tangkak tapi kedainya di Melaka,  hehehe.


Masa kami sampai ni dah jam 12.30 tengahari tapi yang bestnya taklah penuh. Tapi tengah-tengah makan tu tetiba jer makin ramai yang datang.
Atas meja seperti kebanyakan restoran berkonsepkan sup mesti ada lada sulah, kicap cair, cuka dan sambal lada. 


Bihun Sup pilihan Pak Inche. Sk macam biasa suka pilih Kuey Teow tapi macam mana boleh tertukar masa ambil gambar ni, belasah ajelah, hahaha.
Mula-mula sudu sup ke mulut terus teringat Sup Kemboja yang Sk selalu pergi di Tiram.
Hammmmmmmmmmpir sama rasanya tapi yang ni macam lagi power la.. Cuma kalau kat Tiram tu muai oi dagingnya, yang ni cukup makan jer, hehehe.



Sedap ke sedap??
Sk bagi 4 bintang!!

Restoran Sup Lembu Tangkak Melaka
8C, Jalan Laksamana Cheng Ho
Melaka

Tel : 012 7893768





3 comments:

  1. Nanti nak cuba jugalah ke sini..
    Kita memang suka makan me ala-ala mee celup ni..
    Rindu mee celup mesjid Bukit Indah...

    ReplyDelete
  2. sis lin tu semua dia suka makan...tiberrr..hahahaha larikkkk

    ReplyDelete
  3. Kena google la kalau sesi jjcm nanti kat Melaka..menarik ni...Sa suka makan simple2 macam ni

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih