ME TIME DI IKEA TEBRAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


TAK sangka tindakan spontan Sk mengajak kawan sepejabat mengambil cuti hari ini semata-mata untuk menemankannya shopping di Ikea menjadi kenyataan. Kak Narimah yang bercadang untuk membeli single sofa untuk rumahnya bersetuju untuk belanja Sk meatball Ikea jika Sk membawanya ke sana.  Amboiii Sk,  kemahen dengan kawan-kawan pun nak berkira ya,  hahaha. Terima kasih Kak Imah sudi belanja kami bertiga sarapan di Ikea Restaurant tadi pagi,  muahhhh! 


Kami order dua pinggan meatball 20pc. Apa taknya,  masing-masing belum sarapan lagi,  sampai Ikea ngam jam 10 dan meatball baru sahaja dihidangkan di kaunter restoran.  Tengok ramai yang makan Bihun Goreng Ikea RM1, teringin jugak tapi takut tak habis pulak nanti. 


Set sarapan Ikea,  yang ni Kak Imah order,  nasib baik dia yang tukang makan,  masa ni semua dah mengalah kekenyangan. 


Apa tidaknya,  dengan meatball,  kepak ayam,  kek,  mushroom soup dan garlic bread..  Haaa..  Siap ada popiah sayur. . Sk main ambil jer,  amboii. . Mentanglah orang belanja ya 🙈🙈🙈


Wajah yang kekenyangan tapi masih mampu tersenyum.  Sk paling risau kalau tetiba perut memulas masa tengah shopping,  jenuh karang berlari cari tandas 😂😂😂


Cubaan mengepau ni namanya. 
Setiap kali tengok singa mesti teringat kucing Sk,  Zonan yang dah tinggal kenangan. 


Bergambar sikit di showroom. Memang seronok jalan di Ikea ni lebih-lebih lagi di hari bekerja.  Masa kami sampai tu carpark punyalah lengang siap letak kereta sampai depan pintu Ikea 😆


Dah puas cuci mata,  jomlah cari barang yang dah berkenan tadi di stor department. Penuh dua troli kooo. . Hahhaa. . Alah. . Bukan penuh pasal banyak barang tapi pasal barangnya besar-besar.  Lupa pulak nak ambil gambar troli.  Barang Kak Imahlah tu yang banyak. . Kui kui
Jangan serik tau Kak Imah
😆😆😆

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bila Mak Inche nak ajak kita teman? KIta nak pau juga Mak Inche hahahahaha

    ReplyDelete
  2. lama x makan kat Ikea. cepatlaaa Ikea Penang bukak ngeh2..
    tapi nk kena tunggu lama2 sikit baru bleh p. kalo x ramai leee manusia =D

    ReplyDelete
  3. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete
  4. untung la kalau ada masa me time ni...

    bukan selalu ada peluang begini

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!