BEG TANGAN

Assalamualaikum…

KELAKO giler pulaklah baca entri Sis Lin hari ni pasal Beg Tangan ke Tong Sampah?
Ini gara-gara Sis Lin meminta anaknya mengambilkan power bank dan anaknya terjumpa resit berhelai-helai yang tidak dibuang dari dalam beg.
Hahahahaha.. Dan diajaknya pulak kita untuk tunjukkan apa ada dalam beg kita, sama tak perangai dengan dia, meh kita tengok.



Hahaha.. Jangan pulak tanya, ini beg tangan ke?
Yang sebetulnya Sk tak suka pakai beg tangan… hahahha.
Sling Bag jer yang Sk suka pakai sama ada pergi pejabat atau berjalan.
Pernah Sk pergi dinner, Sk cuma bawa handphone aje tau.
Dan Sk pulak jenis tak kisahlah sama ada beg tu jenama terkenal atau pun pasar siam, hahaha.
Cuma kalau beg tu berjenama terkenal okeylah.. tapi kalau dia ada print Ah Tong ke.. Tong Ah ke… Play Girl ke.. Sk tak suka, Sk suka yang kosong macam dalam gambar ni.
Dan Sk jarang ada beg warna hitam. Kalau Sk dah berkenan, warna hijau ke, merah ke, Sk balun jer
hahahah.

Pernah aje Pak Inche belikan beg datin-datin tu..
Seminggu jerlah Sk pakai, lepas tu simpan dalam almari
Tau tau dah kering kulitnya, merekah-rekah.. hurmmm..



Nahhh.. ini ajelah isi dalam beg kita. Wallet, kunci kereta, tisu, tisu restoran tu kalau tak habis pakai pun kupungut masuk beg, senang lain kali tetiba lupa bawa tisu ada tisu spare, hahahaha.

Lipstick dan bedak memang tak masuk dalam beg, kita simpan kat tepi pintu kereta, kat laci pejabat dengan kat rumah je. Oh ya.. resit macam Sis Lin tu kadang simpan juga terutama resit restoran supaya senang ingat harga masa nak buat entri. Siap entri terus buang. Kalau resit beli barang selit dalam wallet. Jadi yang penuh resit dalam wallet la, tak nampaklah sampahnya, hahaha.

p/s Zaman suka tukar beg dan kasut dah lama berlalu

9 comments:

  1. Assalamualaikum seri....biasa la kan kalau bab2 resit ni mmg org pompuan ni yg suka simpan...baik kat purse atau hand bag...penuh semua resit ada...

    ReplyDelete
  2. bab resit tu memang kan..Tapi satu masa kita kemaskan jugak beg tu..buang resit yang dah tak pakai..

    ReplyDelete
  3. bab resit tu Uyui pun banyak dalam purse...sampai naik tebal dah purse tu...bila skali buang rasa purse tu dh macam tong sampah...^_^

    ReplyDelete
  4. Hahahaha alahai kemasnya bag tangan Mak Inche..
    Comel plak tu, kalau kita tu, dah serba tak kena nak isi menyumbat segala hahahaha

    ReplyDelete
  5. Orang pompuan kenalah pakai beg tangan

    ReplyDelete
  6. tisu restoran tu kalau tak habis pakai pun kupungut masuk beg..haahhhaa. perangai ni sebijik arwah ibu ain.. dan sekarang turun ke ank pompuan dia ni. ain lerrr.. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  7. resit kadang2 simpan, takut LHDN tuntut declaration bisnes..hahahah...tapi kalo da banyak sangat, jenuh jugak nak simpan...penuh beg dengan resit aje...semak pulak rasanya

    ReplyDelete

  8. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih