MAKAN DI LEMON TREE RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum…

KISAH Sabtu lepas, selepas mengambil Iman pulang kerja perut ni rasa macam lapar semacam pulak. Sk tanyalah Iman, nak pergi makan tak? Macam biasalah jawapannya, tak kisah. 
Nak makan kat mana? Pun tak kisah. Sk bab orang jawab tak kisah ni agak menyampah sikit, hahaha. Cubalah kasi idea. Dia kata, kalau kasi idea pun nanti bukan bonda terima, muahaha.
Eh, bagilah idea dulu, mana tau bernas, bolehlah cadangan ditutup, kannnn.

Lepas tu, Sk kata, jomlah kita makan di Kopok Losong Skudai.
Iman kata, okey aje. Kat situ pun ada banyak makanan lain. Sk pula terasa-rasa nak makan nasi goreng cili padi. Tapi sebaik sahaja masuk Jalan Skudai, eh.. tetiba teringat pulak nak makan di The O Ais 50 sen Taman Nusantara. Iman pun macam teruja la sebab memang dah beberapa kali nak makan di situ tapi tak jadi jer.

Entah macam mana, sebelum sampai Tun Aminah, terfikir nak makan di Lemon Tree Restaurant. Terngiang-ngiang suara Sis Lin bagitahu cawangan Lemon Tree yang paling dekat dengan Sk terletak di Mutiara Rini. Isk isk isk.. macam tulah tekak kalau tengah lapar. Otak ni macam-macam idea keluar, hahaha.



Rezeki memang tak pernah salah alamat. Google maps terus menemukan kami dengan Lemon Tree Restaurant yang terletak tidak jauh dari Mydin Mutiara Rini. Senang sangat nak ke sini rupanya, maknanya bolehlah dating selalu.. hahahah. Tapi… nak dating selalu tu, sedap ke sedap??
Jom kita tengok dulu…



Belek-belek buka menu, Nampak Grilled Chicken Salad ni.
Kiranya sesuailah untuk orang yang sedang menjaga diet.
Ingat tau, diet tu bukannya tak makan langsung.
Diet tu adalah corak pemakanan, adalah penting menentukan diet yang sesuai supaya kurus sihat bukannya kurus tapi sakit macam orang aneroxia.


Wahhh.. Ada pasta yang sungguh menggiurkan.
Tapi hati macam tak teringin nak makan pasta mengenangkan gaji lagi sepuluh hari.
Mak oiiii… Rindunya kat gaji.. kuang kuang kuangggg


Iman kata, jomlah makan pizza, kita share.
Share bayar ke? SK tanya..
Iman senyum kambing terus.. 


Pelbagai jenis Chicken Chop dengan hidangan sampingan yang pelbagai juga.
Sk bukan peminat Chicken Chop.. ada masa aje terngin, biasanya tidak.



Selain tu ada juga Salmon dan Lamb Chop.
Juga dengan pelbagai pilihan hidangan sampingannya.
Tepuk dada tanya selera.
Tapi kalua Sk, kena tepuk wallet dulu laa.. resit lama jer tebal ni tak audit audit.



Untuk membangkitkan selera anak-anak, disediakan juga Kids Meal.
Tak pasti adakah memang dihidangkan dalam bekas macam tu.
Eh, rasa lain kali nak datang bawa Zulaikha laaa..


Iman kata, dia tengok jer gambar ni terus tau dah bonda mesti pilih!
yaaa.. selain pasta, Sk ni penggemar mee mamak.
Mee mamak.. pasta.. mee mamak.. pasta.. mee mamak.. pasta.. hurmmmm



Juga pelbagai jenis nasi goreng. Oh ya, kalau kita ambil menu ni boleh addon Ice Lemonade dengan hanya RM2.80 sahaja.



Terbuntang biji mata nampak ada kek.
Macam nakkkk..



Lagi terbuntang bila membayangkan menghirup kopi sambil menjamah sepotong demi sepotong kek.
Eh, sepotong demi sepotong tu bukan jamah lagilah Sk...



Tak jadi mengopi la.. mengenangkan dah petang dan esoknya nak kerja.
Karang ada yang tak tidur malam, hahaha..


Mee Goreng Mamak yang tak berapa nak mamak.
Bukan tak sedap tapi tak capai kepuasan, hahahaha.
Tapi.. kenapa pulak telan-telan ailio sambil taip ni.. adeh!


Thai Style Chicken..
Iman memang pemakan nasi lagi-lagi kalau hari masih siang.
Padahal tadi dia kata dah makan nasi lemak, huhuhu.



Tenang suasana makan dalam ni dengan restoran yang luas dan perudaraan yang baik.
Okey, lain kali kita datang makan pizza dan pasta pulak ya.
Yang penting harus mengopi sekali..

InsyaAllahhhh.

Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nanti try la Special Fried Rice tu..sedapp 👍

    Island seafood pizza pun saya rekemen 👍👍

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak makan spageti alio olio dan pizza!!!!
    Kompom malamnya datang lagi hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Kat KL takde kot cawangan Lemon Tree ni...kalau ada boleh la SA cuba jugak..harga not bad..berpatutan..terliur tengok mee goreng mamak but knowing me la..bab mee goreng mamak ni high expectation skit..

    ReplyDelete
  4. boleh gi terjah ni nanti... menu pun nampak menarik

    ReplyDelete
  5. eeeeeeeeee,,, lemonade dia dengan tiramisu kek dimakan sepotong demo spotong.. ya allah terlupa tengah diet 😂

    ReplyDelete
  6. tetiba nak makan mee goreng mamak..malam nanti cari mamak la...haaha

    ReplyDelete
  7. Ordwe mee mamak satu.
    Tapi tak mau mamak yang buat.

    ReplyDelete
  8. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

  9. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!