Malam-Malam La Makanan Sedap, Macam Mana Nak Buat Intermittent Fasting (IF)?

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

SEKARANG ni IF memang agak tidak asing lagi di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa senaman, pengambilan ubat dan supliment.

Sk rasa tak perlu la bagi Sk untuk menghuraikan tentang IF ni sebab kalau anda google jer perkataan ni memang ramai yang sudah membincangkannya dan ada juga yang berjaya melaluinya dan mendapat hasil yang diinginkan.  Sk cuba jugalah buat IF ni pada November tahun lepas cuma Sk tak mampulah nak berpuasa sampai 16 jam.  Biasanya waktu sarapan Sk akan bermula jam 7.30 pagi dan Sk tidak mengambil makanan bermula jam 6.30 petang.  Kalau ikut definasi IF memang tak betullahkan. Sebabnya yang Sk baca,  pengamal IF ni biasanya akan skip pengambilan sarapan.  Sk ni kalau tak sarapan boleh jadi amukan tau,  hahaha.  Jadi,  tak bolehlah nak panggil IF agaknya. Cuma Sk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap petang. Tengahari wajib makan nasi, ikan,  sayur dan ulaman. Hasilnya berat Sk turun jugak 5 kg tau.  Tapi..  Masa bercuti ke Penang dan Kelantan tu bukan main pulaklah Sk melantak. Balik JB terus lupa daratan. Bersenam tu dahlah tidak,  matilanakkkk!
Memang tak berani nak naik penimbang sekarang.  Penimbang pun takut kalau nampak Sk agaknya 😝😝😝



Berbalik kepada tajuk di atas tukan,  haaaa..  Macammana nak buat IF,  kalau waktu malamlah ada banyak makanan yang sedap-sedap? Lagi pulak,  Sk dan Pak Inche sama-sama bekerja di siang hari.  Jadi,  waktu malam sajalah yang ada untuk kami bersama makan-makan seisi keluarga. Kalau tak memasak di rumah,  kami makan di luar. Pak Inche pulak memang tak suka kalau Sk tak makan.  Nanti mulalah dia buat loqlaq.  Jadi,  macam mana nak buat IF ya.

Elehhh..  Hendak seribu daya..  Tak hendak seribu dalih la Sk.. Kui kui.

Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. haahhahhaa.. pak inche buat loqlaq lagu mana ceq oi. haahhhaa. 🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Makan aje selagi gemuk Kak ..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum seri...tak payah lah nak diet-diet seri, masa makan makan jer la...

    ReplyDelete
  4. ada jugak kak IF yang tak skip sarapan...mula makan 8 pagi, berhenti makan 4 petang..dia ada macam2 jenis dan fasting window..gituhhhhh

    ReplyDelete
  5. suami cakap kalau gemok there's more of you to hug

    ReplyDelete
  6. SA ada gastrik, tak boleh x makan..sebab tu lately ni badan makin naik..percaya tak now dah cecah 60kg, pening fikir...kena kurangkan portion makan ni..sarapan kena amik between 9am, lunch 12.30 dan makan malam sebelum 8pm..kena work out jugak nanti ni...skrg tgh gigih brisk walk..bagi badan ok semula...

    ReplyDelete
  7. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

  8. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan semat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!