PENGALAMAN MEMASAK SEBELUM KAHWIN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PENGALAMAN MEMASAK SEBELUM KAHWIN

Assalamualaikum...


APAKAH masakan yang Sk pandai masak sebelum kahwin?

Seingat Sk la kan, Sk mula memasak selepas arwah abah meninggal.
Arwah abah Sk dulu, lama menjadi sura rumah apabila tidak lagi boleh bekerja selepas mengalami penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes yang kronik. Arwah abah pernah menjadi pemandu lori askar (maaf kalau salah), pemandu bas awam, pemandu bas sekolah dan pekerjaan terakhir abah ialah pemandu teksi. Abah dah tak lagi boleh bekerja masa Sk di Tingkatan Satu. Abah dengan ibu lambat bertemu jodoh justeru tu masa abah sakit kami semua masih budak-budak lagi.

Jadi, bila abah tak lagi boleh bekerja, ialah, kaki dah tak rasa nak pijak pedal kereta, macam mana nak memandu, kan... sejak itu, ibulah yang mengambil alih tugas mencari rezeki. Masa tu, Along Sk dah pun tamat tingkatan lima dan dialah yang banyak membantu menyara keluarga. Jadi, bila ibu dah bekerja, abahlah pulak yang menyediakan makan minum untuk anak-anak.

Sk masih ingat lagi, sepanjang Sk di sekolah menengah, hampir setiap hari dikerah ke kedai, beli kelapa, beli tepung, tak beli kelapa, beli tepung, tak beli tepung, beli kelapa, hahaha.. sebab abah suka sangat buat kuih apam kampung. Sk pun tak pernah ambil tahu macam mana abah buat kuih tu, tau-tau bila petang dah kuih abah dah siap terhidang menanti kepulangan ibu bersama seteko air teh o panas, ngeeeeeeee.

Rasanya lauk-lauk ibu yang masak, abah suka buat kuih aje. Abah pandai ke masak asam pedas ek? Macam lupa pulak, hahaha. Nampak sangat anak tak guna… huwa huwa huwa. Oh, masa ni Along dah kahwin dan berhijrah ke Melaka.

Bila abah dah tak ada, masa tu ibu bekerja sebagai Tea Lady di sebuah kilang elektronik. Sk pun dah jadi minah kilang jugak masa tu sementara tunggu result SPM, dua adik Sk seorang sekolah menengah rendah yang seorang lagi di sekolah kebangsaan. Masa ni, Sk dah mula berjinak-jinak memasak. Masih guna dapur minyak tanah lagi tau masa tu, alaa.. dapur minyak tanah yang kaler biru putih tu, yang kita kena tonggengkan botol minyaknya cepat-cepat kalau tak tumpah mampus kena marah, ahahaha… jap.. cari gambar...



Berbalik cerita tadi, semasa jadi minah kilang tu, Sk bekerja shift. Masa tu, Angah masih belajar lagi di Politeknik di Kuantan. Sebab lapar, kan.. maka belajar-belajarlah masak. Apa yang Sk selalu masak? Kari dan asam pedas la, kadang-kadang masak lemak cili padi. Sebab nanti adik dan mak balik nak makan dan dalam masa yang sama, Sk boleh bawa bekal ke tempat kerja. Tapi tak selalu, lah masak, kad dang kad dang aje, hahahaha. Tu, masak aje tau. Bab siang ikan, ayam, udang, sotong, ketam ke, semua tak reti. Adalah sekali sekala tolong ibu siang ikan, macam nak pecah dapur sampai sepupu yang juga jiran sebelah tanya, Sari ketuk apa tu??? Hahahahaha..

Tulah yang jadinya, bila dah kahwin, pedal ayam pun tak tahu, hahahahaha.


Malah, Sk belajar siang ketam pun dari Pak Inche, belajar siang sotong dari maid mak mertua. Dan Sk pandai (pandai ke?) masak western pun belajar dengan Pak Inche, huhuhu. Sebab apa tak belajar menyiang semua dengan ibu? Sebab ibu tak suka kita kacau dia kat dapur. Laluan sinki tu muat seorang aje, tak leh ramai-ramai, hahaha.. alasannnn. Ibu jugak tak pernah masak western. Tak pernah tau. Spaghetti carbonara? Bolognese? Memang idok ler. Paling western, macaroni dengan santan, apa tah nama menu tu, hehehehe.

Pak Inche kata, dia dulu ada kawan chef, kawan dialah yang banyak ajar dia cara masakan western, gituuu. Tapi sekarang, kenapa malas haaa Pak Inche???

Haaa.. tu jerlah pengalaman memasak sebelum kahwin. Tak berapa ingat sangat sebenarnya tapi, ada satu yang tak boleh lupa masa belajar menumis bawang nak masak kari, punyalahh baik menumis sekali bawang tu semua jadi hitam sekelip mata, ko dah kenapa bawang, dengkilah tu saja nak buat orang kena marah……………. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

12 comments:

  1. Hahah pak inche malas masak sekarang sebab ada mak inche xD Syaza pun pandai masak lepas kahwin kihkihkih. Tapi still kalau masak depan Mak, kena macam2 jugak yang tak retinya hahaha. Masak dengan Mak, kena ikut 100% cara Mak. Mak mertua Syaza ok , sporting lagi dari mak haha. xD

    ReplyDelete
  2. Hehe kita baru kahwin kopek bawang, kupas kentang berjam2 baru setel haha

    ReplyDelete
  3. Kak, kita dah kawin baru pandai masak lauk berlauk, semua Suami kita jar termasuk masak rendang hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. Dah kawin mesti lagi rajin memasak ni ..hehehe

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. hehe kenangan yg takkan dapat dilupakan dengan mudah. hehehee

    ReplyDelete
  6. SA dah start pandai masak masa umur 12 tahun, masa tu mak SA kerja kilang bantu abah, zaman tu mmg kami hidup agak susah sikit, SA anak sulung kan...sebab tu banyak tanggungjawab...dari situ la SA pandai masak

    ReplyDelete
  7. rasanya saya dah mula pandai memasak sendiri bila da lepas spm kot? lambat sikit...hahaha...masa tu kan lama lagi nak sambung belajar..macam2 dibuat kat rumah...

    ReplyDelete
  8. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih