DAPUR PKP DAPUR RAYA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

DAPUR PKP DAPUR RAYA

Assalamualaikum...

BARU pakai dua tahun, tapi dapur gas stainless steel yang dibeli pada 1 Mac 2018 telahpun menunjukkan ragamnya apabila sebelah dapur tak menyala empat hari menjelang raya. Memandangkan Sk merancang untuk masak memasak di hari raya, memasak dengan sebelah dapur sangatlah tidak praktikal. Walaupun ada dapur elektrik, tapi kapasitinya terlalu besar tambah lagi Sk lebih suka memasak menggunakan periuk belanga, hahaha. Jadi, keputusannya, beli dapur barulah, kan.


Seperti sebelum ini, Sk masih mencari dapur gas stainless steel. Pengalaman menggunakan dapur gentian kaca sebelum ni membuatkan Sk lebih selesa guna dapur besi tahan karat. Walaupun tak secantik dapur kaca, tapi lebih yakin selamat semasa memasak tambah lagi bila memasak menggunakan periuk atau kuali yang besar dan berat.


Dapur PKP atau dapur raya.. hahaha. Puas hati sebab dapur ni besar dan boleh letak dua kuali besar serentak. Ada juga pilihan tiga tungku tapi Sk lebih selesa pakai dua tungku. Alah, bukannya nak masak lauk banyak sangat pun, kan.


Masak sirap untuk raya. Ni sirap royal resipi orang Kedah tapi bukan resipi ibu mertuakulah. Resipi dari mak blogger Cella yang masih remaja tapi kalau masuk blog dia, macam-macam resipi dan tips masakan ada. Tahniah, Cella, yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan bulan Ogos nanti.

Klik sini untuk ke Blog Cella 


Rendang sekuali beso untuk raya pertama. Tahun ini semua menyambut raya pertama di rumah Sk. Seronok rasa bila dapat berkumpul walaupun tak cukup korum kerana PKP.


Ni jawapan untuk soalan Sis Lin tentang frame yang digantung tu tak terpercik sambal dan minyak ke?
Sk letak penghadang minyak ni la, jadi dia terpercik kat situ jer, tapi Sk ni jenis masak api kecik jadi taklah merecik macam mesingan. Ada jugak gadjet lain tau untuk elak sambal terpercik, nanti akan datang Sk kongsikan. 

Sehingga berjumpa lagi di lain siaran, insyaAllah.



6 comments:

  1. ha tudia puas hati dapur stainless steel jugak kan kak hehe. maksy ada teringin nak dapur jenis kaca tu tapi sy mcm kurang yakin sbb risau takut kaca pecah ke ape ke nanti bahaya jugak kan hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik jugak ek dapur steel macam tu, nice choice :)

    ReplyDelete
  3. bila ada dapur baharu ni pasti semangat nak memasak tu membuak2 kan?

    ReplyDelete
  4. Oooo letak penghadang, tu le terfikir tu, kalau tak keje nak mengelap aje ekk...

    ReplyDelete
  5. Cantikk berkenan plak. Tunggu dah rosak baru tukar. Hehe.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih