MAKAN-MAKAN DI RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT



KHAMIS lepas, semua staf diwajibkan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran syarikat. Buat pertama kalinya juga semua anak syarikat bergabung menyambut hari raya di bawah satu bumbung. Clock in dan clock out wajib dibuat di lokasi majlis sebagai bukti hadir.


Bergambar dahulu depan booth sebelum acara bermula. Naza tak hadir kerana kurang sihat. Acara dimulakan dengan marhaban, lupa nak ambil gambar masa tu cuma ambil live video dan post di fb.


Selagi belum makan, bergambar sajalah kerjanya.



Bergambar dengan rakan semeja saja, malu nak gerak meja-meja rakan lain.


Selepas marhaban, baru ambil makanan. Snap pic piring daging kambing bakar Azlina. Sk tak rajin ambil banyak makanan semalam. 


Ini sahaja yang Sk ambil iaitu Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Jelatah. Itupun sebab duduk sebelah meja buffet nasi, hehe. Ambil kuih tiga jenis, cucur badak, cara berlauk dan  pulut panggang. Ada talam keladi tapi macam tak minat pulak. Ambillah buah sikit. Ada juga makanan tradisi raya seperti ketupat dan burasak, tapi jaun nun di sanun, malas nak bergerak melalui meja-meja lain.


Bergambar dengan Big Bos.


Bos jugak ni 😍


Dalam pukul 11 lebih macam tu, kami  dibenarkan pulang bagi memberi laluan kepada jemputan pulak.
Huda dan Liza (rakan pejabat Pak Inche) baru sampai. Mereka ni antara jemputan la, tapi Pak Inche tak sempat nak datang, banyak kerja katanya.


. Terserempak dengan rakan semasa bertugas di Bukit Senyum, Zura dan Suzi. Zura kata, kak, jom kita pergi open house MBIP. Ok, jom!


Dekat Open House MBIP boleh pulak terjumpa dengan kembar zaman sekolah, Sarimah. Mengaku kembar sebab nama sama 🤭. Kami memang saling panggil nama Kembar 🤣, melekat sampai sekarang. 


Kembar datang menemani anak bujangnya, Daniel. Daniel sering diundang membuat persembahan biola di majlis-majlis, dah jadi artis Daniel semoga Daniel tak lupa bonda bila dah jadi terkenal seantero dunia nanti.


Daniel masa kecik-kecik sekarang dah bujang teruna 😂.


Yang sebelah Sarimah tu, isteri rakan sekelas kami, Zarul. Rumah dorang dekat-dekat.


Banyak meja dan ruang menjamu selera disediakan tapi kebanyakannya penuh. Duduk santai di luar ni dulu.


Ambil dessertsss


Goreng pisang.


Dah dapat meja bawah khemah. Zura ambil sate dan desserts.


Sk ambil Laksa Johor dan Teh Tarik.


Seronok ya jalan dengan member sekepala dan sama-sama suka makan ni, hehe. Sepanjang masa gelak aje la berdua sebab tak sangka rancangan spontan boleh menjadik 😂.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tak sengaja dah jadi reunion ni kak...

    ReplyDelete
  2. Bahagianya beraya dengan member sekepala!

    ReplyDelete
  3. Meriah bila semua anak syarikat bergabung. Ramai juga yang dikenali tu. Makan sepinggan nasi dan lauk banyak tu pun dah cukup kenyang dah. Tapi haruslah kena cuba rasa makanan yang lain juga kan.

    ReplyDelete
  4. Meriah..berhari raya terus reunion...macam- macam makanan ada ha...

    ReplyDelete
  5. ammi ni perasan, tiap kali OH atau majlis kenduri kendara ammi mesti tak makan banyak. bila tengok lauk banyak jadi kenyang terus. lepas tu bila masuk je kereta baru lapar mcm nak gila

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!