MAKAN DI RESTORAN SAYAM & OPEN HOUSE SEPUPU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, sampai ke tengahari tak rasa lapar. Langsung tak. Kenyang betul sarapan Puri dan Kentang Masala di Ashoka Curry House agaknya 😆. Ingatkan jika lapar, nak pesan nasi goreng aje di kantin asrama tapi tak pun. Lepas zohor pun masih maintain lagi tapi nak dekat pukul 3, eh.. perut dah mula berkeroncong pulak. Tapi masih lagi tak ting tak tu.. nak pesan nasi goreng atau nak bertahan sampai balik 😆. 



Sebabnya bertahan lapar, Sk dah agak, mesti Pak Inche ajak pergi makan lepas ambil Sk dari pejabat. Dia lagi la kan, makan apom dua keping plus roti canai sekeping, lagilah lambat nak lapar semula.


Hah.. dah kelaparan la tu!


Tuan Tanah Kedaung tetap dengan prinsip, camera eat first!


Nasi Putih 2
Limau Ais 1
Ais Kosong 1
Siakap Tiga Rasa seekor
Tomyam semangkuk
Baby Kailan sepiring
Udang Sambal sepiring
Sotong Goreng Tepung sepiring
Telur Dadar sebijik

licinnnnnnn 🤭

Total tak silap RM88


Dalam perjalanan pergi Sayam tu, Angah whatsapp, jangan lupa Abang Enol jemput Open House Raya.. uishhh.. lupa betul. Jadi, lepas maghrib kami pun tuju ke rumah Abang Enol yang merupakan sepupu Sk, anak Mak Usu, adik ibu yang telah pergi terlebih dahulu beberapa tahun lepas. Boleh baca kisahnya DI SINI. Pak Usu menyusul pemergian isterinya 4 tahun lepas, baca kisahnya DI SINI.

Ya Allah, baru perasan, 4 tahun jugak kemudiannya, ibu pulak menyusul 🥹.



Bersama Kak Sykin, isteri Abang Enol atau nama sebenarnya Zainul. 





Tepeklah semua gambar yang sama ni. Yang paling kiri tu ibu Kak Sykin. Bila tengok muka masing-masing semalam, tak sangka kami menua bersama. Hubungan kami rapat sebab dulu kami tinggal sebelah-menyebelah. Masa Sk bekerja sementara di kilang selepas SPM dulu, Abang Enol dan adiknya Emi (dua dari kanan) la yang akan ambil Sk balik kerja jika shift petang (balik 11 malam). Kalau shift malam, dorang jugak tolong hantar naik motor. Bila Sk dah bekerja di bandar, Sk pulak tumpangkan Abang Enol sampai bandar naik kereta Sk, aduh.. kenangan betullah! 



Sk dah salam-salam, peluk-peluk, dah keluar pagar, baru Angahnya muncul. Errr.. takkan nak masuk balik.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Restoran Sayam tu kat Stulang eh?

    ReplyDelete
  2. Meriahnya makanan open house tu. Seronok berkumpul dengan saudara-mara.

    ReplyDelete
  3. Best, rapat ye SK dgn sepupu²...
    PH gap jauh dgn sepupu², semuanya dah bercucu hihi...

    ReplyDelete
  4. laju-laju scroll sebab pose lagi ni... sedap semuanya kak

    ReplyDelete
  5. Nak tau tak..last week kita kat JB, kita refer blog SK nak JJCM...sudahnya suami x tau tempat tu..x pernah pi la..apa la...apo la nama org JB kan...sudahnya malas nak bertekak..ikut je la mana dia bawak..kita nak pergi tempat2 SK selalu pi tu....

    ReplyDelete
  6. bila jumpa sepupu time tu semua cerita masa kecik confirm keluar...sapa suka melalak tak pakai seluar, sapa suka menangis dari pagi sampai ke malam hahah

    ReplyDelete
  7. Tumpang seronok tengok SK dan keluarga sepupu. Best, best!
    Banyaknya hidangan di Sayam, dan open house. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Cantik tersusun hidangan di restoran tu.
    Kalau dah jumpa ahli keluarga memang best kan SK. Moga erat silaturrahim.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!