Assalamualaikum WBT
BERKALI-KALI buat pengesahan dengan Pak Inche, beliau ada apa-apa program tak sabtu (semalam), sebelum Sk buat bayaran tiket online filem terbaharu lakonan Zul Ariffin, SHERIFF Narko Integriti di GSC Paradigm Mall. Bila sah tak ada program lain, Sk pun dengan senang hati buat bayaran RM38 untuk dua seaters di Premiere Class Hall. Tapi.. tapi.. sebaik sahaja bayaran disahkan, baru teringat, Sk dah sahkan kehadiran untuk Majlis Walimatulurus di Orchard Golf & Country Resort, Kulai 😂.
Dah sudahhhh.. fikir-fikir, tak apalah, nanti baliklah rumah tukar baju sesuai kenduri lepas tengok wayang. Tapi, bila fikir masak-masak, masaklah kalau nak balik rumah dulu tukar baju sebab jarak ketiga-tiga tempat (Paradigm Mall - Rumah Sendiri - Lokasi Majlis) bukannya dekat 😂. Nasiblah ambil waktu tayangan pagi. YTJT, Sk memang suka pilih tayangan pagi untuk dapatkan tiket murah. Jadi, kita pakai siap-siaplah baju pergi kenduri, hihihi.
Banyak betul hall yang dibuka untuk tayangan filem Sheriff ni. Pilih jer la nak tonton di hall mana, hall biasa, hall skrin besar atau hall premiere, sediakan saja ongkosnya. Hall premiere ni beza RM2 jer berbanding hall biasa tapi selepas tengahari dah berganda la harganya. Pendek kata, kalau nak tengok wayang murah di tempat yang ada kelas, jangan malas bangun dan bersiap pagi-pagi. Sk memang ikut style arwah abah, arwah abah Sk dulu, kalau nak pergi pengantin pun pagi-pagi kitorang dah kena kerah mandi, supaya dapat makan nasi panas-panas baru kering dari periuk, heheheh.
Spoiler Alert:
Sejak ditayangkan bermula 18 April, sehingga 25 April, filem ini telah mendapat kutipan RM24J. Bagi Sk ianya berbaloi dengan RM yang Sk keluarkan, walaupun Sk agak tidak berpuas hati dengan babak di wad hospital ketika Jane menembak dirinya dari bawah dagu tapi mayat Jane masih kelihatan sempurna.
Ramai setuju lakonan Syafiq Kyle sebagai Meth Killer lebih menyerlah dalam filem ini, namun lakonan Zul Ariffin tetap berkarisma dengan gayanya yang bersahaja.
Selepas tamat tayangan, kami terus keluar dari kawasan parkir mengambil laluan ke Senai dan terus menuju ke Orchard Golf & Country Resort di Jalan Kulai -Kota Tinggi. Rupa-rupanya kenduri ni bergabung kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Hidangan yang Sk ambil ialah Nasi Beriani, Dalcha Sayuran, Ayam Masak Merah, Papadom dan Rendang Daging. Rendang daging tu basah-basah berempah, boleh juga dinikmati bersama nasi impit dan sayur lodeh yang turut disediakan dalam jamuan.
Inilah Pn Rahmah, mantan Ketua Eksekutif di tempat Sk bertugas. Pn Rahmah ni sangat baik dan lemah-lembut percakapannya tapi tegas. Semua kawan-kawan beliau suka panggil sayang.
Selalu nampak produk Gardenia ni dijadikan goodies kenduri dan ini kali pertama Sk dapat rezeki menerimanya. Tetamu lelaki dapat Roti Gardenia manakala tetamu wanita diberikan Numee Gardenia. Sk terus cakap dengan Pak Inche, malam ni kita buat Mee Hailam, laaa.. hahahah...
Tapi.. lain pulak yang jadi. Agaknya macam kenyang sangat makan kenduri ke, Pak Inche kata, buat nasi goreng cina aje. Sk memang dah siap rendam ayam dan sotong nak masuk dalam mee, okeylah tu buat nasi goreng cina pun senang. Tengah masak, Pak Inche masuk dapur dan terus capai sudip. Dimasukkannya sos tiram dan kicap manis, dah bukan nasi goreng cina tu. Sudahnya, biar ajelah Pak Inche yang masak nasi gorengnya. Tapi, tu laaa.. kalau Pak Inche dah masuk dapur... sudip boleh guna dua, kenapa guna satu aje kan... yassalaammmmmm.. nak marah tapi kena sabar 🤣🤣🤣.
Kitorangpun pergi kenduri awal masa tidak ramai orang lagi. Jadi terawal makanan masih ada srmua.
ReplyDeleteHehe boleh bertukar-tukar menu malam itu. Jadi sesumpah.
Kosong je panggung?
ReplyDeleteDania dah tengok filem ni..SA dan suami x tengok lagi..tunggu Netflix la..macam malas plak nak pi tgok wayang...
ReplyDeletesyok dating tgk wyg...lama tk tgk wyg
ReplyDeleteAmmi dan Khilfi je tak tengok lagi. Abahnya haritu dok hantar Kyra "movie date" dengan kengkawan sekali ehhhh dia pun terbeli sama tiket. dan dia pun kata macam banyak betul hero dlm cerita ni
ReplyDeleteBelum tonton filem ini lagi. Nanti laa...
ReplyDelete