MAKAN DI SIAM RESTORAN IKAN BAKAR & THAI STREET FOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

KALAU dah sampai ke Kelantan, selain mencari makanan tradisi negeri cek mek molek ini, wajib jugaklah menikmati masakan Thai yang sentiasa menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kali ini, kami singgah ke Siam 2 yang menyediakan masakan ikan bakar dan makanan jalanan yang terkenal di Thailand. Malah, dua malam di Kelantan, dua malam itu jugalah kami makan di Siam 2 ini cuma bezanya pada hari pertama, kami makan lebih awal selepas penat menjelajah Pengkalan Kubur.


Mungkin masih awal lagi, pengunjung belum ramai dan meja masih banyak yang kosong. Siam 2 ini merupakan sebuah restoran terbuka dengan dapur masak yang menyediakan hidangan thai manakala di sekeliling bahagian hadapan dan tepi restoran didirikan gerai-gerai yang menyediakan Thai Street Food. Kami memilih untuk duduk di sebelah dalam yang berbumbung. Tidak menunggu lama, seorang pelayan datang mengambil pesanan.


Laicikang untuk Iman. Tapi, Iman kata dia minta Laicikang panas, dapat pulak yang sejuk. 
Tak cerewet, Iman akur jer lah minum Laicikang sejuk.


Miang Pla Talapia, hidangan ikan bakar bergaram yang didatangkan bersama salad, kubis, timun, daun selasih dan suhun dicelur lembut serta sos cili thai yang sangat sedap. Cara makannya agak unik iaitu dengan membungkus isi ikan bersama daun dan suhun, celup dalam kedua sos cili hijau dan merah, tersangatlah sedapnya.


Tengah syok bermiang pla, pelayan meletakkan daging bakar atas meja atau dalam menunya disebut Suo Rong Hai. Baru nak snap gambar daging bakar, sampai pulak semua pesanan nasi berlauk masakan thai. Kelam kabut ambil gambar, kaburrrrr pulak hasilnya.

Siakap Stim Limau.. sedap tapi sedikit masin. Supnya nampak cair tapi likat, macam mana dia buat?
Udang Sambal yang sangat sedap serta tomyum seafood yang tiada sesiapa mampu berhenti menghirupnya, hahaha. Agak pelik, Sotong Goreng Tepungnya semua bahagian kepala. Walaupun kelihatan tempat agak ekslusif, namun harganya seperti kebanyakan kedai tomyum yang biasa Sk singgah.


Kedudukannya di bandar Kota Bharu, jadi kalau anda berada di KB dan mencari tempat menjamu selera yang sedap dan happening, Sk rekomen.

Siam 2
26 Lot 278 No, Seksyen, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel :010-440 9898

Buka setiap hari : 3 pm hingga 11.30 pm 


Malam esoknya sekali lagi kami ke sini sebab katanya tak dapat makan Pulut Mangga, hehe.
Ingatkan boleh dapat Pulut Mangga sedap macam yang biasa kami makan di Pesta Makanan Thai tapi sedikit hampa, la. Pulutnya agak keras tapi rasanya masih istimewa mungkin faktor persekitaran, hehe.


Tidak puas makan Suo Rong Hai semalam, malam tu kami pesan satu set bersama salad, kecewa pulak bila daun selasih tidak disertakan bersama, mungkin dah habislah tu agaknya, orang ramai order.
Dagingnya lembut, kalau tengok pada tekstur daging tu, ia dihiris dahulu sebelum dibakar, sos perapannya tu rasa istimewa betullah.


Iman pula pesan sepinggan Kerabu Maggi. Sedap jugaklah kerabu maggi tu. Pak Inche pulak makan Cantonese Kuey Teow, tak ambil gambar pulak. Kuey Teow Cantonese tu tak berapa nak sedap, kata Pak Inche. Sk pulak tukang makan semua yang di atas, hahaha. Oh, ya.. sesi lepak malam tu bersama kawan Pak Inche, MFM yang balik kampung di Pengkalan Chepa, rindu lama tak jumpa katanya, tapi yang pelik jumpa kawan lama tapi tak bergambar pula, huhu.

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita tengah diet..bila tgok entry ni kan...aduhaiiii.....rasa macam naka lupakan diet terus..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Indahnya entry ni penuh gambar makanan sedap2

    ReplyDelete
  3. Selamat menjamu selera
    Sedap2 belaka

    ReplyDelete
  4. uniknya cara makan ikan miang pla tu..da macam makanan korea pulak..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!