LEBARAN KIAN HAMPIR

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM wbt

WAHHHHH......! LAMANYA tak ke sini. Entah apa yang mengganggu dan menghalang, rasanya tidak ada pula, tapi payah betul rasanya nak datang ke sini. Nak kata tak ada masa, tak juga, nak kata sibuk pun tidak, malas.... ermmmmm... mungkin ya.. tak patut sungguhla...

Idea oh idea... begitu kekeringan dan gersang. Tak tahu apa yang nak ditulis dan apa yang nak dientri. Gambar apa yang nak dimuat naik, semuanya bagaikan terawang-awang, semuanya bagaikan tak jejak dibumi dan tak sampai rasanya nak menjunjung langit.

Diam tak diam lebih kurang empat hari lagi, akan bergemalah takbir raya, akan kedengaran beduk dipalu menyambut tibanya lebaran yang dinanti-nanti. Di sana-sini, suasana raya sudah mula terasa. Plaza Angsana yang terkenal di tempat saya sampai penuh lot letak keretanya. Corong-corong radio berkumandang lagu raya. Di dalam facebook dan di blog, ramai yang dah menayang kuih raya.. uish! Cemburunya saya kerana saya sendiri belum membuat persediaan kuih raya kerana rezeki tahun ini saya sibuk menyiapkan tempahan cistat sedangkan untuk diri sendiri dan keluarga pun belum terbuat.

Hahaha... macam tak percaya. Sekurang-kurangnya berbaloi juga saya membeli acuan tat yang mahal tu. Sebenarnya bukanlah banyak sangat pun yang menempah sehingga nak kecoh-kecoh di sini, tapi almaklum orang yang bekerja macam saya ni tentulah terkejar-kejar nak menyiapkan segalanya. Walaupun nampak mudah dan murah tetapi kerjanya remeh kerana tat perlu dibakar dua kali. Itu belum lagi bab nak mengulit cengkerangnya, boleh tertidur-tidur dibuatnya.

Haiiiii.... suami awak tak bagi cukup makan ke??? Hik.. hik... sebenarnya bukan begitu. Tapi jiwa saya ni dari dulu memang suka nak meniaga.. cari duit. Apa saja yang boleh mendatangkan duit kalau saya mampu, saya akan buat. Dari produk avon, produk pelangsingan, biskut dan kek juga jam tangan batu kristal swaroski dan baru-baru ini saya baru saja mendaftar sebagai pengedar jus untuk wanita dan lelaki.. apa dia??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Nasib baiklah pakaian raya semuanya telahpun saya tempah dan beli awal-awal sebelum bulan Ramadhan. Sementara kasut dan lain-lain kami beli pada awal Ramadhan, tak sanggup rasanya nak bersesak-sesak di akhir puasa. Tapi malam raya nanti ada hati nak bergelut di Plaza Angsana merasakan kemeriahan malam raya.. kalau larat.. hehe.

Eh, tiba-tiba mencurah-curah pulak idea saya ni. Kalau tak dihentikan ni mahu panjang berjela-jela, macam-macam yang nak diceritakan. Jadi rasanya lebih baiklah saya berhenti di sini. Nak juga melawat ke rumah kawan-kawan takut tak sempat mengucapkan salam lebaran.

Jadi sebelum saya berundur diri, saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang tulisan atau komen saya yang menyinggung hati dan perasaan, haraplah dapat dimaafkan. Mudah-mudahan kita akan terus bertemu di jaringan maya ini selepas lebaran nanti.

Salam Aidilfitri.... (",)
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Aidilfitri Sis.Bagus bantu suami menambah pendapatan kan?Kalau takde orang yang rajin buat kuih cheese tart macam Sis, takdela orang nak merasa kuih raya tak?hehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!