HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES

Seri Kandi Tanah Jauhar
31



ASSALAMUALAIKUM...

SALAM hujung minggu. Hari ini jom kita pergi main salji di Hokkaido, Jepun. Isk.. betul ke tengah musim sejuk sekarang, kalau tengok pada cuppies ni, macam salji turun sepanjang masa, hiks!

Sudah lama hati saya terpaut dengan kejadian Hokkaido Chiffon Cupcakes ni setelah diperkenalkan oleh ANNLUV CAKES. Masa mula-mula Ann post gambar cuppies ni di fb, saya hanya mampu menelan liur, masa tu mood nak membako memang betul-betul tak ada kerana mixer cap ayam saya berbunyi agak-agak pilu. Rasa macam nak nangis tak berlagu, nak mati tak mati, seram juga kalau tiba-tiba dia buat hal saat kita hendak sediakan meringue. Karang tak jadi HCC, jadilah ia telur dadar bergula, ahakz! Setiap kali bersembang dengan Ann, topiknya tak lari dari HCC ni, dan setiap kali saya berjanji dengan Ann untuk merealisasikannya. Maklumlah, Ann jauh di Kepong, kalau dekat, tentu saja saya akan tempah dengan Ann terus, tidaklah kita telan liur saja, ya tak?

Bila saya postkan gambar RV minggu lepas, Ann tanya saya lagi, "Mana Hokkaidonya???" Hiks, rasa tebal kulit muka, janji.. janji.. tapi masih tak buat lagi.. kih kih. Jadi hari ini saya nekad, kalau agak-agak mixer tu mati masa saya putar putih telur, anggaplah memang tiada rezeki nak berhokkaido dan Alhamdulillah, walaupun mixer tu menjerit nyaring macam kucing, saya kata, lagi sikit.. lagi sikit.. hihi, memutar asal kental. Putar adunan kedua pun saya cepat-cepat, takut mixer kojol sebelum adunan siap, hahaha. Takut juga tak jadi, tapi macam saya kata tadi, kalau ada rezeki saya, dapatlah saya menjamah keenakan HCC yang diwar-warkan oleh Ann ini dan hasilnya Alhamdulillah, syukurrrrr nikmat.

Rasanya??? Memang betul sedap, nak nak pula dengan adanya krim kastard dan strawberry tu. Macam tak boleh berhenti tau... tak percaya, cuba okey. Untuk Ann terima kasih kerana selalu mengingatkan akak tentang HCC ni, kalau tak memanjangnya buat-buat lupa, hiks!

Resepi Bahasa Omputih la.. Saya terjemahkan ikut ayat saya sendiri ya, kalau ikut ayat omputih tu meleret-leret sampai besok tak habis saya translate, hihi....

Hokkaido Chiffon Cupcakes
Sumber : ANNLUVCAKES

Ingredients
-----------
4 egg yolks
30g caster sugar
1 teaspoon vanilla extract
40ml milk
40ml canola & sunflower oil
55g cake flour
20g custard powder
1 teaspoon baking powder

4 egg whites
1/4 teaspoon salt
80g caster sugar

Custard Filling
---------------
100g Instant Pudding (Vanilla Flavoured)
700ml cold milk
or
100g Instant Pudding
600ml heavy cream

Make the custard according to instructions on the package.

Chiffon Cupcakes
----------------
1. Preheat oven to 170°C. Prepare about 8 one-cup-capacity ramekins or dariole moulds; use Texas muffin tin if you do not have individual ramekins or dariole moulds. If you are using Texas muffin tin, line with paper cases. Sift cake flour, custard powder and baking powder three times and set aside.

2. Beat egg yolks and 30g sugar briefly to combine, add vanilla, milk and oil, beat well to combine. Sift flour mixture in a few batches into the yolk mixture and lightly fold in to combine.

3. Whisk egg whites and salt until foamy. Gradually add 80g sugar, spoonful by spoonful, and continue beating. Beat until soft peaks.

4. Scoop 1/3 of the egg white mixture into the yolk mixture and fold in with the balloon whisk. Repeat two more times with the remaining egg white mixture.

5. Divide batter into the ramekins or dariole moulds, filling to about 70-80% full.

6. Give each ramekin or dariole mould a light tap on the kitchen bench to get rid of any large bubbles in the batter; do the same if using muffin tin.

7. Bake for about 20 minutes for muffin tin or metal dariole moulds, or 25-30 minutes for ceramic ramekins, until cooked. Remove from oven and tap again. Let cool (no need to cool upside down).

8. When the cupcakes are cold, use the nozzle of the piping bag to poke a hole on each cupcake and pipe in custard. Stop piping as soon as you see custard oozing out from the hole. Serve straight from the cup with a spoon.


Kalau susah nak faham Mat Saleh tu tulis, meh baca sini.. ;p

Bahan-bahan A :
4 kuning telur (saya guna gred A)
30 gm gula castor (1 1/2 sb)
1 st esen vanila
40 ml susu (saya guna low fat milk)
40 ml minyak jagung/ bunga matahari (guna minyak masak pun boleh tapi berat sikitlah)
55 gm tepung kek
20 gm tepung kastard
1 st baking powder

Bahan B :
4 putih telur
1/4 st garam halus
80 gm gula castor (4 sb)

Cara-cara Alam Sari buat ;-))
1. Panaskan oven 170 darjah selsius. Susunkan cup muffin (jenis keras) ke dalam loyang.
2. Dalam mangkuk adunan yang kering, putarkan putih telur dan garam pada kelajuan tinggi sehingga berbuih. Tambahkan gula sedikit-sedikit. terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk. Ketepikan.
3. Putar kuning telur dan gula hingga agak kembang, masukkan susu dan minyak, terus putar sehingga kembang. (Boleh sambung guna pemukul putih telur tadi, tak yah susah2 cuci :-))
4. Masukkan tepung, putar dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi. Kaup balik guna spatula sehingga sebati. Masukkan lagi lebihan dan adun sebati.
6. Sudukan (guna senduk kecil cepat sikit) adunan ke dalam muffin cup sehingga 70% atau 80% penuh. hentak-hentakkan muffin cup.
7. Bakar selama 25 hingga 30 minit, gunakan api atas bawah, letakkan tray di tingkat paling bawah.
8. Keluarkan kek apabila masak, hentakkan lagi loyang/ muffin cup anda. Biarkan sejuk sebentar.

Inti ( Saya guna inti kastard)
Bahan-bahan :
300 ml susu sejat/segar/low fat/full cream semua boleh
2 kuning telur (A- kalau B guna 3)
2 sb gula pasir
2 1/4 sb tepung kastard
1 sk esen vanila

Campurkan semuanya ke dalam periuk, kacau guna whisk hingga gula hancur. Panaskan atas api perlahan, gunakan senduk kayu, kacau hingga adunan kental dan meletup kecil. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam piping bag yang dipasang nozel bulat atau bintang.

Cara memasukkan inti ke dalam kek :
Cucukkan hujung nozel ke dalam kek (tengah). Picitkan kastard sehingga inti kastard keluar. Hiaskan dengan strawberry/ blueberry atau mengikut citarasa. Boleh juga picitkan inti blueberry di atas kastard.
Ayakkan icing sugar di atas kek (konon-kononnya saljilaaaaa.. hahaha)

Selamat Menerai ya..

Wassalam.
Tags

Post a Comment

31Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam kak sari.. mmg kat sini (kg tun) tgk femes hokkaido chiffon cc nih.. mahal betul sebijik. adik tun duk suruh buat, x buat2 lagi.. dh lama usha resepi ni kat blog asal dia. tgk akak buat lg berkobar2 nk buat nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun, betul ke mahal? Mgkin sbb pmbuatannya agak leceh sikit & benda baru, kan.

      Delete
  2. Salam kak sari! semalam pun kita buat HCC ni, tp kita guna cream chese frosting ehehe... ringan ajerr keknyer makan pun sedap ajerr lah ngap2 abis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, guna cream cheese frosting mesti.lg sedapkn, memang ringan dan gebus, suka sgt2 ;-)

      Delete
  3. bila cerita pasal kek bertype 'chiffon' ni memang berfikir 2 3 kali nak buat...nak kata camana banyak yang jadi bingka dari kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Su, kena usaha lebih sikit, sy pun pnah gak mngalami kejadian2 pahit tu ;-)

      Delete
  4. Buat2 tak nampak.....erkkk..hehe

    ReplyDelete
  5. waduhhh....mmg m'goda N t'guda.... :) naik lah berat lia lps nih...heheheeee..

    lia copy resepinya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamya, tak apa, nanti pas brsalin bleh kurus balik. Masa preggy nilah kita bantai je nk mkn apa, hihi

      Delete
  6. salam,

    wah, nampak menarik... sure rsnya pun menarik kan... meleleh ayaq liuq ni, heehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Areef Ibn Naim, memang menariks, isk, lap ayaq liuq tu, malu ah! Hiks

      Delete
  7. wah sudah jadik hokkaido akak yer... sgt bagus mixer itu m'berikan kerjasama yg sgt baik! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annluvcakes, serammmm jugak sbnrnya Ann, kalu takat berenti takpe, takut meletups je, huhu

      Delete
  8. yus.. boleh akak panggil nama tu kan? dari FB terus lompat ke sini coz dah tergoda...akak copy n print resepi nya yea... harap ada free time tuk akak mencuba nanti hehe...tq yus..

    ReplyDelete
  9. Kak Su, besar hati sy kak, terima kasih sudi mncubanya nanti

    ReplyDelete
  10. ok pn yus sy salin yea... kalu sempat minggu depan nk buat... hehehe hero sy dh turu so sy bole salin ngan aman... tq..

    ReplyDelete
  11. ok pn yus sy salin yea... kalu sempat minggu depan nk buat... hehehe hero sy dh turu so sy bole salin ngan aman... tq..

    ReplyDelete
  12. betul.. barangsiapa melihat pasti menelan air liur kekekekeke

    ReplyDelete
  13. wahh mana tahan sana sini hokaido cake... huhuhu nak jugaak

    ReplyDelete
  14. sana sini sinun duk tayang HCC ish.. nak buat tp nanti si tukang masak jer yg kena perabiskan.. makin gumuks la si tukang masak camni hehe

    ReplyDelete
  15. uwwwaaaa! tak jumpa pon kek nii kat sana....nak jugak!

    sekrang memang salji lagi...masa nani kat sana seminggu sempat la merasa 3 hari salji turun dari langit..

    ReplyDelete
  16. sangat menggoda rupa dia. saya naik risau sebab takut makan pun tak boleh berhenti jugak. isk!

    ReplyDelete
  17. Tie'85, agak2 nak buat nanti pun kena tunggu sang hero tu turu jugak ya.. hiks

    ReplyDelete
  18. Izahdaut, sekejap lagi mesti smpi kat dapur Izah.. compom!!

    ReplyDelete
  19. K.Nor, hehehe.. rezeki tukang masak nak gemuks.. huhu..

    ReplyDelete
  20. Nuwairani, haha.. tadi nak tanya jugak, ada ke jumpa HCC ni kat Jepun sana?? Takde rupanya ya.. macam mee bandung tak ada kat Bandunglah, hehe

    ReplyDelete
  21. gadisBunga, makan tak berhenti tak apa, janji perut kenyang, hati senang.. kannnn..

    ReplyDelete
  22. Knape sy buat x mnjadi.. x naik gebu.. kuih x rgan.. berat sgt.. afakh faktor tepung kastard?? Atau teknik pukulan..

    ReplyDelete
  23. TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

    Adakah anda memerlukan Pinjaman?
    Adakah anda sedang mencari Kewangan?
    Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
    Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
    Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
    Orang yang berminat sila hubungi kami di
    Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
    balas e-mel di bawah ini sahaja.
    Whats-app +918256953815
    mrwilliam751@gmail.com
    Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

    1) Nama Penuh:………
    2) Jantina: ………
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
    4) Tempoh Pinjaman:………
    5) Negara:………
    6) Alamat Rumah:………
    7) Nombor Telefon Bimbit:………
    8)Pendapatan Bulanan: ………………………
    9) Pekerjaan:………………………………
    )Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

    Terima kasih dan salam mesra.
    mrwilliam751@gmail.com
    +918256953815

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!