AYAM BAKAR HALIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
20
ASSALAMUALAIKUM...

SEJAK minggu lepas, saya dan kawan-kawan sekerja giat menjalani latihan sukan bagi menghadapi sukan antara kolej. Sebagai seorang yang mempunyai fizikal tinggi macam saya ni, bola jaring semestinya ada dalam senarai. Urmmm, jangan ingat orang yang tinggi ni semestinya hebat di padang ya. Kalau masuk lumba lari tu saya selalu kalah, hahaha. Kaki panjang tapi tak laju mungkin saya kurang skill dari segi itu. Tapi sekurang-kurangnya saya pernah bermain bola jaring mewakili kolej sehingga ke Pulau Pinang ketika zaman belajar dulu. Masa tu cuma ada sepuluh sahaja pelajar perempuan, jadi hendak tak hendak saya wajib mewakili kolej padahal bukanlah pandai sangat pun. Kali ini pula, semua staf diwajibkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu acara dan saya memilih bola jaring kerana itu sahaja yang saya boleh. Yang lain-lain tu minta maaflah, saya memang tak ada skill. Hendak main bowling takut memanjangnya longkang.. kwang.. kwang.. kwang... Hendak main badminton takut tersungkur nak menyambut bulu tangkis atau saya yang tersangkut di jaring, kekeke. Dan entah kenapa, bila Ketua Pasukan Futsal mencari pemain veteran untuk acara futsal, saya termakan pujukannya yang meletak saya di bangku simpanan. Ye, saya memang dah masuk siri veteran, bulan Mei nanti umur saya akan mencecah angka 37, lagi tiga tahun dah masuk umur 40.. oh, tuanya saya walaupun hati ini masih lagi rasa muda belia. Masih lagi suka nyanyi lagu-lagu putus cinta masa tengah memasak di dapur.. kui kui! ;p

Urmmm.. lama tak cerita pasal lauk pauk di Alam Sari nikan. Hari itu saya teringin sangat nak merasa keenakan Ayam Bakar Halia yang diwar-warkan kesedapannya oleh kakak kita yang di Kuantan tu. Kalau sebut orang Kuantan, mesti tahukan, tentulah Kak Ummi Zaihadi. Saya tahu tentang Ayam Bakar Halia ini dari blog Kak Zana Fahmi yang berada di Negeri Di Bawah Bayu. Kak Zana menghidangkan ayam ini bersama Nasi Mandhi manakala Kak Ummi pula bersama Nasi Bukhari. Saya cuma masak nasi putih jer, pun dah rasa sangat kesedapannya. Menurut Kak Ummi, resepi ini merupakan resepi dari Chef Hanieliza yang mempersembahkan masakan berasaskan halia dalam Majalah Saji Februari 2012. Memang sedap sangat... cubalah.. Saya perap ayam selama 1 jam sahaja mengikut seratus peratus resepi asal dan bakar di atas grill pan.

Ayam Bakar Halia

Sumber : Blog Suri Rumah & Home Sweet Home
Resepi Asal : Chef Hanieliza

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah(saya guna 1 labu bawang besar size sederhana)
  • 1 sudu besar lada hitam (saya guna serbuk ready made)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 tangkai cili merah
~ Perapkan ayam yang siap dipotong bersama bahan-bahan utama dan bahan kisar dan panggang di atas grill pan sehingga masak. Balik-balikkan ayam sekali sekala bagi memastikan ia masak sempurna.

Terima kasih sudi singgah di Alam Sari :-)))

P/S Dua-dua blog kakak tu guna istilah panggang, saya guna istilah bakar, kira sama jerlah ya.. hiks




Tags

Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya kalau buat ni kena sorok2~sebab b ini tengah berpantang~~keh keh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. BujalX, ini suami mthali yg hormat isteri brpantang, untung.. Untung

      Delete
  2. Assalam Dik Yusa...hrmmm Akak ni tak makan ayam....tapi nak juga buatkan untuk anak-anak nanti...mesti dia orang suka ni....eh 37 tu masih muda Dik ooi..Akak yang beza umur 10 tahun dari Adik pun masih dok nyanyi lagu cintan cintun kat dapur Dik ooi!...Jangan henti bercinta....biar sampai ke hujung nyawa...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Watierman, betul tu kak, bercinta smpi ke hujung nyawa, hihi.

      Trylah buat ayam bakar ni, bdk2 msti suka punya ;-)

      Delete
  3. Salam kak yus!! Sedap ni ratah2 gituu jerrr :D kita klu ayam2 bakar mmg kegemaran kita sbb tak berapa nk minat sgt yg goreng2 :D kak, popcorn tu guna periuk besarrrrr tau sbb nanti penuh klu popcornyer dah ber pop pop :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, ratah2 mmg sedap.

      Haaa, nt akak nak beli dulu jagung kering tu, hrp mnjadilah berpopcorn, hihi

      Delete
  4. hihihi..klako la akak nih. part nyanyi kat dapo tu mmg xleh elak kalo ngah hepi :D

    mmg menyelerakan laa nampaknya ayam tuh kak..terliur saya! nih ratah pun mesti best ni..agak2 kalau cicah sambal kicap kasturi best gak eh kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasue, cecah sambal kasturi lagi power rasanya.

      Kannnn, kalu tgh hepi, msk smbil nyanyi, mmg tak terasa penat, tau2 dh siap msk, kannnn

      Delete
  5. tinggi pun tinggi jugak.. tapi ada ekstra lagi tinggi serta dengan BESOR (taknak sebut gemuk.. kikiki..) sebab tulah agaknya terpilih juga utk main bola jaring dulu2.. tp sebab badan besar tak kuat lari.. selalu jadi GK atau GD aje.. kehkeh...

    dah lama simpan resepi ni.. entah bila nak mencubanya.. mmg nampak best.. kena tunggu hari cuti baru boleh masak ni sbb nak kena perap.. kalau hari kerja seboleh2nya nak masak yg cepat2 aje.. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ratna, sy dulu kurus tinggi, skrg besar (gemuk ) tinggi, hehe.

      Ayam ni perap lagi lama lg sedap, sbb tu kena buat hari cuti kannnn

      Delete
  6. haisshhh.. ayat mula2 tu sebenarnya nak kata "AKAK PUN TINGGI JUGAK"... hahaha.... sorry typo error...

    ReplyDelete
  7. best baca n3 akak hari ni...saya pun dulu main netball juga selalu main GD atau GK geng dgn kak Madiha juga la..itu jer sesuai sebab tak kuat nak lari jauh..tapi kenangan juga sampai ke kolej juga main.kalau sekrng nak suruh main sure dah pancit...hehe

    sedap tgk ayam bakar halia akak ni..kalau buat ni memang saya ratah gitu jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieza, belum cuba belum tahu pancit ke tidak tau, hihi.

      Sedap tau ayam ni, nak buat & bahan2 pun senang, msti ada kat dapur Nieza tu ;-)

      Delete
  8. kak sari.. mmg sedap ayam bakar halia nih.. tun pun mkn ngan nasi putih je.
    jeles ngan mereka2 yg pandai main bola jaring nih. tun mmg xde bakar lgsg! kalau duk sorang2 dlm court tu blh jugak lempar2 masuk dlm tiang gol. tp bila dlm game, xsampai 10minit org yg suruh keluar tukar player. haha..

    ReplyDelete
  9. Mesti masa membakar ayam tu aromanya memenuhi seluruh ruang dapur...

    ReplyDelete
  10. salam adinda kuss emmm mmg sama kain poa kumbu nie. kawan kak kasi 2 helai 1 kecik 1 besar pjg..dia duk sarawak dulu 2 thn.. masa kak duduk sana tak kisah beli pun hahaha

    ReplyDelete
  11. kalau bakar guna arang...mesti satu taman semerbak baunya...

    ReplyDelete
  12. sebenarnya aktiviti riadah plus makanan yg best2 akan buat kite nampak muda dan rasa muda. tul tak kak? ihik!

    ReplyDelete
  13. Salam Sari..
    lapor plak tgk ayam bakar halia pagi2 nie..

    ReplyDelete
  14. tadi dah makan... dah lapar balik nengok ayam tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!