SETIAP kali ER membeli ikan siakap, Yaya pasti akan bertanya, "Bonda nak masak apa siakap tu?"
"Masak stim la.. apa lagi.." huhu
"Alaaaaa.. bosan la, bonda masaklah 'Sweet Sour' pulak."
"Sayang minyaklah Yaya, nak goreng siakap tu kena guna minyak banyak."
ER selalunya menyokong, "Nanti kita makan kat kedai jer kalau nak makan 'Sweet Sour'."
"Kat kedai tak sedap macam bonda masak," jawapan jujur tu tau ;p.
Oleh sebab permintaan tu dah berulang-ulang dan kami pun dah lama tak pergi makan luar
"Ini mahu siang macammana?" Tanya tukang siang ikan.
"Satu potong butterfly, satu ..................," arah saya. Apa dot-dot tu? Syhhhhh, itu rahsia saya, nanti saya buka... hiks.
Baiklah, ini ialah Siakap Kukus Siam, resepi paling mendapat tempat dalam keluarga saya sekarang. Pernah satu kali tu sampai tiga hari berturut-turut saya masak Kukus Siam ni. Sekali pandang memang tak menarik langsung, kan. Maklumlah, persembahan tu memang hancur tapi rasa dia mantap. Hari tu ada seorang teman bertanya resepi Siakap Kukus yang sedap lalu saya memberikan resepi ini yang belum pernah dimasukkan ke blog ini lagi. Licin katanya, cuma masam sedikit. Ohhh, saya lupa nak bagitahu dia supaya adjust sendiri rasa masam tu, huhu.
segagah-gagah siakap akhirnya kecundang jua... |
Resepi Siakap Kukus Siam
Seekor ikan siakap sederhana besar
~ dibersihkan dan dipotong butterfly (ala-ala nak terbang gitu)
~ perap sebentar dengan sedikit sos ikan, kicap cair dan serbuk lada sulah.
~ letakkan dalam pinggan besi bujur dan dikukus selama 10 minit.
Sementara itu sediakan kuahnya :
1 mug besar air
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar dibelah-belah
1 batang serai (diketuk dan dipotong tiga)
1/2 inci halia (hiris)
sedikit lengkuas - hiris (tak ada tak apa)
3 4 biji cili padi diketuk
1 sk garam
2 sb gula
1 1/2 hingga 2 senduk air limau nipis
2 helai daun limau purut
2 tangkai akar ketumbar
~ Didihkan air, bila mendidih,
~ Keluarkan pinggan ikan dari pengukus. Toskan sedikit air yang keluar dari ikan (tak perlu tos semua). Curah perlahan-lahan kuah tadi (jangan lupa tapis jadi taklah banyak sampahnya). Taburkan daun ketumbar.
******************
Maka, makanlah kami dengan penuh berselera... tinggalkan sikit isi ikan tu untuk Si Zonan. Yaya tak join sebab dia kata kenyang makan kenduri di rumah Mak Esah, dia cuma nak makan Siakap Sweet Sour jer, huhu. Mak Esah tu siapa?? Mak Esah tu pemilik syarikat pengangkutan menghantar dan mengambil budak-budak sekolah, insyaAllah, 29 April ni, Mak Esah akan berangkat menunaikan umrah. Mudah-mudahan selamat pergi dan balik ya, Mak Esah. Sempat juga buatkan Mak Esah apam stroberi tapi inti blueberry, hihi. Resepi dari Apam Polka Dot, tengok di sini.
tidak secomel tuan yang membuatnya.. uhukz! |
Errrrr... Sari, awak tak kenyang ke makan kat rumah Mak Esah??
"Kenyang juga, tapi saya kena makan juga sebab ER merajuk kalau saya tak makan. Memang lari habislah program diet saya.. huhuhu.
muka orang merajuk.. uwek ;p |
Ops! Apa rahsia saya dengan tukang siang ikan tadi???
Bila malam tu, saya tunaikan permintaan Yaya pulak, tapi... tukang masak ni kalau dah over confident macam inilah, kan. Saya lupa nak hiris halia dan cili padi. Lepas tu saya tak gunakan cili kisar :-( Sorry Yaya.
siakap goreng masam manis berposing sakan bersama daun ketumbar yang layu di hujung mekar |
ER kata, "Lain ek rasa dia kalau goreng ikan sekor dengan potong-potong?"
"Uuuu.. nak cakap apa sebenarnya tu??? Tak sedap ek??"
"Heeeeeeeeeee...."
Ish! Cemanalah boleh terlupa, kena beli ikan siakap lagi ni... tak puas hati betol.. huhu.
Nasib baik nasi goreng ini sedap, hiks.
nasi goreng seafood.. aduh sedapnya |
P/S Kalau agak-agak malas nak perah limau nipis tu, beli jer yang dah siap perah dalam botol macam ni.. |
P/S Maaflah.. saya tak pandai sangat buat entry WW ;-))))
as-salam
ReplyDeletemmg suka ikan kukus macam ni..lauk yg sihat..
Siakap stim memang sedap dan cepat. Kakak ikan kembung pun stim juga sebab boleh siap masak cepat...
ReplyDeleteskrg ni nk ubah menu kt rumah tu...asyik goreng jer.sesekali msk mcm ni mmg sedapkan..
ReplyDeletesbnrnya kak yus minggu lps lia dah t'gerak hati nak beli siakap ni tp tu lah mcm x tau plak nak di masak apa...nak masak stim lia x terror..nak masak 3 rasa pun x brp pandai...lagi kan masak masam manis...huhuuuu...tp tgk kat sini mcm nak try lah stim siam ni...lia suka masam2.... :)
ReplyDeleteSuka mai blog akak nih,coz suka sgt baca cite2 akak ni,hehe..Xper kak janji nasi goreng sdp kan,tuhla sy kalo grg ikn sekor2 rasa cam rugi mnyak gak,sbb pas grng ikn mmg buang mnyak terus,kcuali ayam smpn utk sekali ka 2kli gna lagi..TAPI DA JUGA TERBACA MNYAK MSK MMG XLEH GUNA LBH DARI SEKALI,HUHU..Sy mmg plg byk guna 3kli baru buang,huhu..
ReplyDeleteAkak suka siakap kukus...sedappp..!!
ReplyDeletewahhh menyelerakan semuanyer..:)
ReplyDeletesayer lebih suker stim atau kukus macam tuh jerk..lebih sihat pastu tambah sayuran segar sikit kasik up lagik khasiat nyer...hahahaha dah macam pakar nutrisi plakk...:P
salam
ReplyDeleteterliur tengok ikan siakap tu ..
boleh cuba nanti..
Salam kak Sari...mmmm dua2 suker Siakap stim suker yang 3rasapun sedap.. tgk bahan2 pun sedap tu.. kak patutulah masakan akak kemas jek tak banyak sampah rupanyer akak tapis dulu.. idea yg bagus.. senang nak makan.. akak.. terliur hu hu hu
ReplyDeleteaduyai kak....entry ini bikin air liur ku tak henti2 keluar..hihi..asik dok telan air liur je nih..
ReplyDeletetp seriously..nasi goreng seafood tu mmg nmpk menyelerakan..
wallahh..
p/s: kene carik siakap gak ni..
lauk diet ni...sedap...tp lum penah masak sdri lg ikan siakap stim tu...biase oder aje...heheeh...lauk2 lain tgk semua myelerakan jugak tu...
ReplyDeleteSalam kak yusssssssss!!!!!! orang siam dah dtgggggggggg :D kita sukeeeeeeeeeeee sgt dgn ikan kukus masakan org thai mmg tersedapppppp! ehehe.. eh? restoren sayam dah pernah pergi sedap2 masakan kat situ, biasa order ikan kukus pastu ikan bakar, mcm2 lauk jugak dulu selalu beli kat situ kalau masak akakaka... tggl turun bwh terus nmpk restoren tuuu, mmg heavennn betulll masa ddk jb dulu hihihi.... nostalgianyer tempat tu ntah bila dpt pergi huhu.. nanti kalau kita balik jb akak bwk kita g mkn kat situ eak ^________^ buat muka tak malu :D
ReplyDeleteSalam.. huaaaaa sedapnya!!! nak mintak sikit malu hehee.. tumpang tengok aje boleh kan kan... sedap! kecur dah ni
ReplyDeleteplg suka siakap masak Stim.. tgk pun dh stim.. kekekeke
ReplyDeletekita baru je makan ikan stim minggu lepas. tapi bukan siakap la sebab mahal! guna ikan putih je...sedap kan?
ReplyDeleteCute-mute si apam strawberi tu...
ReplyDeleteSalam sari..nampak sedap ikan kukus tu.nanti blh la k.atie try lak..hihi
ReplyDeleteHeran jap k.atie tgk air limau nipis tu..ada jual ker?siam mari...:D
sungguh banyak gambo makanan di sini *sambil telan liur je sebab harini takleh makannnn~
ReplyDeleteSalam ziarah kembali.
ReplyDeleteSaya pun selalu guna jus limau yg dalam botol tu. Senang nak guna.
salam sari
ReplyDeletemasak dua ekor baru puas hati kan..he hhee kita pun sama beli jus limau yg segera jew senang keja..:)
salam Sari.
ReplyDeletedtg sini makan ikan siakap kukus.yumy...yumy.biasa oder kat kdai menu ni.selalu mintak kukus asam boi.buat sndri,sdri mkn..emmm kureng pulak rasanya.tp bila BERBAYAR tu rasa sdp pulak..hihi...
suka siakap stim sedap...
ReplyDeletemasuk sini boleh gugur iman saya nak diet...huhu
Assalamualaikum
ReplyDeleteSedap sedap belaka..siakap stim...ikan sweet sour..goreng pisang..aiyooo Like Like
Assalamualaikum
ReplyDeleteSedap sedap belaka..siakap stim...ikan sweet sour..goreng pisang..aiyooo Like Like
Sedapnya siakap stim..yana suka sgt tp en.hubby pulak kureng msk stim.. suka yg goreng gorengan jer..klu bt stim dia mkn slow jer tp klu sweet sour..xckp sekor dia mkn hihiii
ReplyDeleteAs Salam Sari..
ReplyDeletehehehe mcm sama jer cerita ...
tak sudah2 ngan ikan stim bkn ngan bapak bdk ... anak2 pun sama suka sgt ngan ikan stim tak mcm Yaya yg suka sweet n sour..hehehe
blh try lah resipi dari Sari pulak..
psst..kat sana ikan siakap mahal tak??
sari...teringin kita nak cuba ikan ala2 terbang tu...kekekek...dah lama betul tak makan ikan kukus..huhuhu
ReplyDeleteMane nk dpt jus limau tu..xde jual ke..huhu
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga group📢
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570