RAIKAN CINTA AZIEMAH & SAIFULNIZAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEPERTI yang Sk cerita sebelum ini, hujung minggu lepas kami dapat dua jemputan walimah, satu di Chaah, Segamat (Sabtu) dan satu lagi di Rengit, Batu Pahat pada hari Ahad. Yang kat Chaah tu, rakan media PI, dah dalam perjalanan tapi kami buat U-turn di Sedenak sebab jammed tak bergerak nak masuk highway. Mohon ampun maaf kepada rakan PI tu, tak ada rezeki kami ke sana.



Alhamdulillah, rezeki di Rengit, ada. Pengantin perempuan merupakan anak sepupu Sk sebelah ibu, Abang Ishak dan isterinya Kak Rugayah. Dari rumah, kami ikut jalan Pontian menuju ke Pekan Nenas, masuk ke jalan Pengkalan Raja dan keluar di Api-Api mengikut arahan dari aplikasi waze. 



Sampai di rumah pengantin jam 12.30 tengahari, saing-saing dengan Cik Ani dan Cikwa. Angah dah sampai beberapa minit lebih awal. Cuaca di Johor sejak akhir-akhir ni panas berdenting ya, Sk rasa satu Malaysia pun panas sekarang, kan. Marilah kita cari meja di bawah khemah. 




Long weekend dan Cikwa ambil kesempatan balik ke Johor, dapatlah join makan kenduri. Semua ada, tapi Izzat, Ilham, Indah dan Abang Jamal, makan kat dalam rumah sebab masa mereka sampai, tiada meja kosong di dalam khemah. Ialah, biasanya tetamu akan datang tengahari sambil tengok pengantin bersanding. Mujurlah jumpa meja yang baru dikosongkan ni, dapatlah semua makan semeja.



Macam selalu, Sk pilih Nasi Beriani. Tak perasan pulak jika ada nasi putih. Lauknya, ayam goreng, daging dan kambing serta pajeri nenas. Masa nak ambil kambing, Sk serba salah, ada satu ketul kambing yang besar bahagian tulang, Sk nak minta izin pada orang selepas Sk ambil kambing tu, tapi dia tengah berbual dengan kawan sebelah dia, ah, angkat aje laaa. Rezeki, heheh.



Iman beratur ambil goreng pisang, kambing golek dan side dish, salad dan mashed potato. Selain tu ambil cendol jugak, cendol siap datang dengan food truck ya, hihi.



Goodies, selain tisu ada teh uncang pelbagai perisa. Bolehlah bancuh teh panas petang-petang, bila duduk rumah nanti, Alhamdulillah. Tapi, lupa betullah nak bergambar dengan Abang Ishak dan Kak Rugayah. Selalu ingat aje nak bergambar dengan mak bapak pengantin, hihi. Terima kasih atas ingatan abang dan kakak menjemput kami sekeluarga.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!