Assalamualaikum WBT
LULUH hati semalam, bila lalu-lalang di medsos , berita kemalangan sebuah helikopter yang membawa pasukan perubatan bagi perkhidmatan Flying Doctor terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak. Seramai 5 individu menaiki helikopter tersebut iaitu Juruterbang, seorang doktor, seorang Penolong Pegawai Perubatan dan dua orang staf nurse. Belum ada maklumat punca kejadian, tapi Sk tengok video sebelum helikopter berlepas, gambar kedai mereka singgah minum, kemudian tengok video semasa helikopter terbakar di udara. Yang terakhir, video selepas berlaku kemalangan. Paling meruntun hati, baca kisah perbualan terakhir yang diceritakan aunty pemilik kedai. Sedih, sangat sedih.. apa lagi hati keluarga mereka, kan. Semoga Allah swt angkat darjat mereka dan keluarga mereka yang terlibat dengan insiden ini, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Ini kisah 15 Ogos lepas, Sk dan PI pergi makan tengahari di Restoran Zaituna. Tapi, tak ingatlah macam mana boleh makan kat sini. Jarang benarlah terjadi makan nasi Arab waktu siang dengan PI ni. Hari tu, Sabtu, kami keluar ke bandar, PI ada urusan, Iman masa ni pun ada urusan dia. Dah selesai urusan PI tu, terlintas idea nak makan Nasi Arab di Restoran Zaituna.
Maqlooba Lamb, RM25
Macam biasa, jika ke Restoran Nasi Arab, Sk pilih Maklobba Lamb. Ianya lebih berempah dan biasanya ada sayur-sayuran dalam nasi seperti terung dan lada hijau. Tapi, plain pulak nasi maqluba kat sini tanpa sayuran. Walaubagaimanapun, tidaklah mengecewakan. Kambingnya lembut dan banyak, nasi pun banyak, penuh sepinggan. Sup dan sos harrah pun diberi cukup, tak payah nak minta extra.
Mandi Lamb, RM24
PI dan Nasi Mandi berpisah tiada. Kalau nak makan nasi Arab, dekat sini paling PI gemar. Kalau makan tempat lain, ada aje yang tak kena dengan tekak dia. Sup cair la, sos tak berapa la. Nasi tak sedap la, matcham-matcham.
Mula tengok banyaknya nasi, rasa macam tak habis. Suap suap sup, eh.. dah tinggal suku, tapi sayang pulak kalau tinggalkan. Nak tapau pulak macam sikit sangat, alang-alang, kita kasih licin aje la. Senang kemas dari sumbat dalam peti ais kat rumah, hehehe. Kali ni memang makan nasi aje, takde nak tambah set grill atau kebab. Appetizer pun tak ambil sebab dah beringat awal-awal, nanti tak habis. Dessert pun semua tak order. Ambil nasi sorang sepinggan, air sorang segelas.
Burppp.. Alhamdulillah.
Ya, sedihnya. Apatah lagi keluarga mangsa kan.
ReplyDeleteKann...Biasanya suka makan nasi arab waktu malam. Dia macam makan nasi lemak, kena waktu pagi. Gitulah kaedahnya. hihi...
Maqlooba tu nasi dia lain sikit ek warna dia. Biasanya nasi arab ni lebih kurang sama je rupa dia kuning dan berwarna sikit. Eloklah tu makan tempat yang dia suka, kalau tidak bising nanti itu ini tak kena. Bernanah telinga dengar. kikiki...
Kalau saya tu confirm tak habis, portion nasi dia menggunung tingginya.
Innalillahiwainnailaihiroji'un... Takziah buat keluarga semua mangsa kemalangan helikopter tu. Memang meruntun hati bila dengar kisah penerbangan khidmat perubatan macam ni.
ReplyDeleteBab Nasi Arab Zaituna tu, nampak sedap sungguh Maqlooba & Mandi Lamb tu SK! Portion nasi Arab ni memang sentiasa pemurah, kalau lapar betul baru puas makan sampai licin, hehe.
Takziah buat keluarga mereka. Sedih baca berita ni :(
ReplyDeleteSiang ke malam ke onz je nasi Arab ni :D
Turut terkesan dengar berita menyayat hati tu. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ni.
ReplyDeletekami selalu makan yang family set dalam dulang tu. ada nasi maqluba dan mandy rasanya. tak ingat dah.. main bedal je
ReplyDeleteSemoga seluruh korban Husnul khotimah karena meninggal saat mengerjakan tugas mulia 😭😭😭. Dan semoga keluarga yg ditinggalkan tabah dan ikhlas menerima cobaa seberat itu
ReplyDeleteYa Allah kaaak, langsung lapaaar lihatkukiner nasi arab nih 😍😍😍🤤. Memang saya masukkan dalam ITIN saya utk coba ketika di JB 😍😍😍.
Nasi arab memang begitu. Terlihat banyak, tp macam terhipnotis saat makan. Tahu2 seporsi habis hahahah