NOSTALGIA PENGEMIS MUDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
29
ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA Datuk Sheila Majid muncul dalam persembahan Anugerah Bintang Popular kelmarin, Yaya bertanya saya...

"Bonda, bonda minat ke dengan Sheila Majid ni?"
"Minat juga.."
"Oh.. patutlah bonda tau lagu ni, umur dia berapa bonda? Dia dah tuakan???" Kwang.. kwang.. kwang....
"Entah, nak dekat 50 kot... huhuhu.." Maaf Datuk, saya malas nak layan pertanyaan Yaya tu, manalah saya nak ingat umur artis-artis ini.

Oh, ya! Sheila Majid adalah antara artis yang pernah saya interview semasa sidang akhbar untuk konsertnya di JB lebih kurang 14 tahun lalu semasa saya masih bertugas sebagai wartawan sambilan di Berita Harian & Harian Metro. Sayangnya saya lupa nak minta gambar saya yang dirakamkan oleh Brother Kenneth Wong, memang tak ada buktilah saya pernah interview beliau ;p

Saya mencongak-congak, umur saya sekarang 37, saya pasti umur Datuk Sheila sekitar 47 tahun (saya tak google umur sebenar beliau semasa menulis entry ini) maafkan saya, kalau nak tahu silalah google sendiri.. hiks.

Berbalik kepada tajuk 'Nostalgia Pengemis Muda' tu, sebenarnya semasa Yaya sibuk bertanya tentang Sheila Majid tu, saya menceritakan kepada Yaya tentang nostalgia zaman sekolah rendah saya. Yaya ketawa berdekah-dekah bila saya ceritakan aktiviti kami di waktu rehat 30 minit sebelah pagi dan sebelum bermula sesi sekolah agama yang menumpang di sekolah kebangsaan, kami ramai-ramai (biasanya budak-budak perempuan jer) akan berkumpul di belakang bangunan sekolah membuat persembahan pentas di atas tong jamban. (sekolah baru-baru sekarang masih ada lagi tak tong jamban ni ek). Dan lagu apa yang paling top ketika saya di darjah empat selain lagu nyanyian Sheila Majid, Pengemis Muda.

Peh! Siap dengan gaya-gaya sekali, masing-masing nak naik atas pentas tong jamban (tak tahulah anda panggil apa) bagi meluahkan bakat yang terpendam. Walaupun banyak sekali cerita-cerita misteri di bangunan belakang yang banyak pokok pisang tu namun tu semua tak mematahkan semangat kami. Dekat belakang tu tak ada siapa nak kacau, masa setengah jam digunakan dengan sebaik-baiknya. Setiap orang diberi peluang sama rata menunjukkan bakat masing-masing konon suara sedaplah... hahaha.

perhatikan gambarajah lakaran pentas persembahan.. hehehe


Pengaruh lagu Pengemis Muda ni bukan setakat itu jer siap potong rambut macam Sheila Majid lagi tau. Ingat lagi tak gaya rambut Sheila Majid tu? Kalau tak ingat boleh layan video ni :-)


Tapi.. selepas Sheila Majid mula semakin popular dan mula suka berkemban, minat saya terhadap beliau mula meredum. Apapun saya masih lagi meminati lagu-lagu beliau termasuklah 'Antara Anyir dan Jakarta' dan 'Gerimis Semalam'. Siapa tak tahu lagu gerimis semalam boleh klik video kat bawah ni :-)


Haaa... lepas tu kalau dah bosan nyanyi kitorang main tarian peluk tiang pulak, pernah main tak??? Hihi

Mehlah layan gambar sekolah lama saya tu....

tengok... macam dalam filem Bukit Kepong, kan.. hihi. Ni bangunan kelas saya yang mula-mula sekali masa saya masuk sekolah ni. Seingat saya bangunan ini diruntuhkan semasa saya darjah 5. Disebabkan lantai bangunan ni dibuat dari papan dan ada yang dah jarang, maka memang selalulah pensel tergolek jatuh kat bawah bangunan tu. Dan saya masih ingat lagi di tangga tulah seorang kawan saya duduk termenung kerana tengah syok kemam duit syiling 20 sen, bolehlah pulak duit tu terlekat kat lelangit dia... adush!

ini pula lencana sekolah,motto sekolah saya  USAHA MAJU JAYA




Sekian, terima kasih.

UPDATE : TETIBA TERINGAT NAMA SEBENAR BAGI TONG JAMBAN DALAM ENTRY NI IALAH TANGKI SEPTIK.... huhuhu

Post a Comment

29Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hik hik, dah mcam baca blog sendiri pulak bila baca entry Akak ni, best rupanya baca cerita nostalgia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulfikar, tulahkan, tapi mmg baguslah buat segmen nostalgia ni. Sekurang2nya kita tak terlupa kenangan masa silam, kan

      Delete
  2. Aslmkm kak Yus...
    Kikikii...gelak jugak ni, mmg masing2 ada nostalgia zaman sklh kn..kalo akk ats tong jam*** tu, kami lak dlm gelung culvert anak sungai tepi sklh..melalak lagu Ella yg masa tu tgh femes..kikiii...
    Suka lakaran akak tu..hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnnaQawina, lagu Ella femes bila akak dh msuk sek menengah, zmn pi melalak kat tanah lapang, hehe

      Delete
  3. Salam kak yus!! wakakakaka... ni ketawa sbb gmbr yg main peluk2 tiang kikiki... paling sukeeeee main peluk2 tiang dulu2 tak kiralah sekolah rendah ke sekolah menengah ke kalau dah tak de kerja masa abis rehat tu main lagi hihihi.. kat sekolah agama pun sama :D psssst>> kita minat lagu sheila majid yg lagenda tuu :D itu ajerr kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ijayuji, bestkan peluk tiang, tapi akk selalu juga kalah walaupun tgn ni dh cukup panjang, hahaha

      Delete
  4. hahaha... tong jamban kan.. kiki main tiang tu lagi nostalgia tu kak yus. adeh la.... klako lak tengok gambor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izahdaut, tulah, kalu jumpa lagi tiang tu rasa nak try buat tarian tiang pulak, hahaha

      Delete
  5. hahaha... tong jamban kan.. kiki main tiang tu lagi nostalgia tu kak yus. adeh la.... klako lak tengok gambor tu

    ReplyDelete
  6. La.. kita satu kampung kisahnya. Kakak dari kg baru penerok tau. Berdepan dgn Kukup golf Resort...

    Sekolah yg sedang dibuat sekarang tu sekolah rambah ke rimba terjun eh. Kakak selalu balik kg nampak ada sekolah baru dibina belum siap lagi.

    Nostalgia dulu memang indah dan kakak rasa Sheila Majid lebih dari 47 tahun rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, alkisahnyakan. Sy ni sek & mmbesar di Rimba Terjun dari djh 3 smpi form 1 jer. Dah lama juga tak lalu SKRT tu, rindu rasanya.

      Delete
  7. Assalam...ermmmmm Akak ni ha lebih terasa dengan soklan cam gitu..sebaya pulak si Shiela dengan Akak....hrmmm nostalgia..zaman kanak2...adalah memory terindah dalam lipatan hidup ramai orang....kita pasti tersenyum sendirian dengan hanya memikirkannya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Watierman, alamak, minta ampun kak, sy tak terniat, kui kui. Zaman kanak2 sy byk kisah suka duka, radanya lebih byk akan terbongkar slepas ini, uhuks!!

      Delete
  8. masih igt video klip Pengemis Muda...yalah dulu2 mana ada video klip berlambak mcm skrg ,kan...Sheila pun comel sgt masa tu,dgn rambut pendek,badan kecil molek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kam, mmg Sheila comel sgt. Nasib baik ada abg cantik sanggup cari klip video tukan

      Delete
  9. Peluk2 tiang tu memang game favourite budak2 pompuan kat sekolah... ogyep selalu tergelincir masuk longkang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ogyep Yummy Mellow, hahaha. Punyalah smgt tu smpi masuk2 longkang, hihihi

      Delete
  10. main peluk2 tiang tu mmng best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MulutPayau, bestkan, terjerit2 smpi hilang suara, hehe

      Delete
  11. muahaahhahha.. adoiiii.. nk tergolek baca nyanyi atas tong jamban tu.. hebat aa sekolah akak, wujud lg sekolah kayu time tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Telani, tulah, merasa juga sekolah kayu, rugi tau sape tak pernah merasa, hehe

      Delete
  12. hahaaha..memang nostalgia kisah akak ni..hehhehe...saya dulu pun pegi kelas agama byk main dari belajarnye..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quinnie, haha. Akak rasa sekolah agama skrg pun mcm tu juga, hehe

      Delete
  13. Peluk tiang akak tak pandai main, biasanya main sorok2 kat rmh lama bekas cikgu yg dah kosong, tak ingat hantu ke apa dah....
    Yg tu tutup jamban kan? Haha....dulu2 mmg tmpt lepak tu....skolah sari mcm skolah akk, kelilingnya n lantai papan, skg dah yilek....sedih.

    Pssst....takde twitter ke? Jom la tweet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana@pb, oooo, tu pun antara permainan sy jugak tu, hihi. Nanti kita tweet Kak Zana

      Delete
  14. peluk tiang ni sempat zaman sekolah sy tu main.. tp sy x main kot sbb apa x tau la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Lekit, tak main? Lekit main police & thief jer kot, hihi

      Delete
  15. Ekeke :D Belakang jamban sekolah emang tempat paling strategik mase saya sekolah juga :D
    I pernah menang tempat KEDUA u.. huhuuu.. bukan lah lagu Datuk Sheila ngeee ;-)
    I suka lakaran u hik3 :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!