MERAJUK DI HARI JADI

Seri Kandi Tanah Jauhar
18
ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini usia ER genap mencecah angka 42. Saya tidak bercadang untuk membuat kek kali ini kerana ER bukan peminat kek tapi bab goreng pisang atau cekodok, ER memang nombor satu tapi takkanlah nak buatkan goreng pisang atau cekodok jer, ye tak? Seperti tahun-tahun yang sudah, nampaknya saya kena belanja ER sesuatu yang istimewa tapi.. di mana ya???

Sempena dengan itu juga sejak dua tiga minggu yang lepas, ER telah menyuruh saya memohon cuti hari ini. Maklumlah, esok 1 Mei seluruh dunia (kan??) akan bercuti sempena hari pekerja. Jadi ER bercadang hendak jalan-jalan cari makan jauh sedikit. Kiranya Yaya akan dipontengkan dicutikan sekolah hari inilah, huhu. Namun, kita hanya mampu merancang. Di saat akhir, ada lawatan dari GM (Big Boss) ER sekaligus malam ini beliau ada majlis makan malam. Jadi program yang dirancang terpaksalah dibatalkan. Kita makan-makan yang dekat-dekat sahajalah ya. Pagi tadi Yaya tetap ke sekolah seperti biasa jadi agenda sambutan hari lahir cuma akan berlangsung sekembalinya Yaya dari sekolah, insyaAllah. Semoga cuaca hari ini baik-baik sahaja.

Untuk ER saya doakan semoga dengan bertambahnya umur kali ini akan lebih menjaga kesihatan, kurangkanlah menghisap rokok (dah berhenti berharap agar ER berhenti merokok:-P). Semoga ER terus suksess dalam kerjayanya dan sentiasa dirahmati Allah.  Macam poyo jer entry kali inikan, guna tablet memang rasa bodoh sikit bila menaip, huhu....
 
Sambung kat lappy pulaklah ... ;p

*****

Kan saya dah kata... kita hanya merancang... niat tu memanglah nak terus belanja ER makan lepas ambil Yaya balik sekolah tapi ER seperti biasa masa kita dah rancang macam inilah dia sibuk nak pergi bayar bil, nak pergi perbaharui insurans dan nak ambil geran kereta kerana cukai jalan kami akan tamat tempoh pada 22 Mei depan. Ya... 22 Mei tu lama lagi, tapi ER ni memang jenis yang teruja kalau cukai jalan nak tamat tempoh, memang dah biasa kami 'renew' sebulan lebih awal.. huks!

Jadi, bila dah ke sana dan ke sinun akhirnya kami terperangkap di tengah-tengah kesesakan lebuhraya Pasir Gudang kerana saya bercadang nak ke Jusco Tebrau walaupun Yaya cadangkan kami ke Jusco Taman U sahaja.  Wahhhh! Naik betul angin ER bila kereta tak bergerak, habis tu, ingat dia sahaja ke ada angin????? Saya??? Grrrrrrrrr...

Okey... OFF RECORD ;p

Kami terus patah balik ke Skudai dengan memasuki jejambat di Taman Daya. Bagi pengguna-pengguna jalanraya yang biasa melalui lebuhraya Pasir Gudang tentu sudah sedia faham keadaan yang sesak sepanjang laluan selepas Lebuhraya Kempas menghala ke jambatan Taman Daya. Kesesakan itu pula pastinya akan  berlanjutan sehingga ke persimpangan Jusco Tebrau dan Pasir Gudang. Tapi kalau jam 6, saya mungkin faham masa semua orang berpusu-pusu nak pulang ke rumah tapi jam di tangan saya baru pukul 3.30, phewwwwwwwww.. memang angin satu badan dibuatnya... pitammm!! Mana saya nak sangka pukul 3 boleh jem tak bergerak. Perjalanan 15 minit jadi 45 minit. Ditambah lagi ER ada majlis malam nanti, jadi daripada saya tercekik 'ice blended' baiklah kita balik... okey.

Hujan yang tiba-tiba turun menyejukkan hati. Mujur Jalan Skudai agak lengang. ER bertanya kalau saya nak pergi ke Jusco Taman U walaupun lepas keluar dari lebuhraya PG tadi masing-masing dah jadi bisu... huhu. Ikutkan hati yang lesu memang nak balik rumah sahaja tapi orang kata, ikut rasa binasa, ye tak?? Bukan tak biasa gaduh-gaduh manja gitu... kui kui.
orang merajuk disorongkan Vietnamese Beef Noodle Soup... hiks
Irish Lamb Stew... tukang bayar kena belanja lebih untuk diri sendiri.. diet sambung esok pagi.. hihi
makanan baru sampai air dah tinggal suku... Chicken Parmigiana..
bapak suka anak gembira... maklumlah.. makan percuma.. uhuks!
mengalahkan babah
P/S Kalau merajuk betul-betul tadi mesti dua keping not lima puluh tu ada lagi dalam wallet, kih kih kih.
P/S Saya rindu Sate & Bariyani Power Batu Pahat... huhuhu 
sate dicucuk guna lidi daun kelapa.. lentur dicelup dalam kuah kacang... adohaiiiiiiiii...
P/S Selamat Hari Lahir juga untuk Kak Ratnaku sayang... semoga ceria dan berbahagia di samping keluarga yang tercinta...

Post a Comment

18Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalam Dik sari...hehehe..ketawa mengekek Akak baca kisah korang berdua...rajuk merajuk tu biasalah dalam berumah tangga...Buat Babah Yaya yang baru turn 42 tu....jangan cepat merajuk nanti cepat...tambah usia hahaha....Moga sihat selalu terus berbahagia...bersama Dik Sari & Yaya....kalau dekat Akak buatkan kek cekodok..siap letak lilin lagi...!!!Oh by the way....paling buat Akak ketawa guling2 part yg renew road tax tu...sebab Akak pulak dah sebulan lebih dok drive around dengan road tax yg expired...infact sampai Kelantan...siap ada road block hari tu...tapi sebab muka kita org nampak tulus & suci gamaknya...tu yang tak kantoi....pagi tadi baru sedar road tax tu dah expired on 30th March hari tu....!!

    ReplyDelete
  2. Salam kak yus ahahahaha.. kelakar ler akak nii, yg tak thn part diet sambung esok pagi :D KECUALI jepun takde cuti utk hari pekerja ya tapi dia org ada cuti istimewa yg di panggil goden week, cuti selama seminggu jadinyer esok budak2 sekolah mcm biasa :D esok ninja kitanyer besday dia sepesen dgn ER akak tak suke kek2 tp dia suke satu jenis kek sahaja, mlm nanti kalau rajin buatkan guna loyang paling kecikkkkkk sekali :D bab cukai tu pun sepesen ngan kita kita lg suke renew sebelum waktu tamat tempoh rasa selamat gituuu pastu tak yh pening2 nak pkir ehehe..sedapnyer tgk mee yg ER akak makan, terliur sudah huhu

    ReplyDelete
  3. salam kak sari.. hahaha.. hasben tun pun kdg2 moody jugak bila stuck dlm traffic jam. bagus jugak kene transfer bintulu nih, mmg kompom x jem.. haha..
    owh.. happy belated bday utk hasben akak ^^ semoga diberkati umur.

    ReplyDelete
  4. Salam... selamat panjang umur, murah rezeki, muda selalu, dapat isteri yang maintain ayu.. anak yang bijak bistari dan bahagia ke akhir hayat... amin... kirim salam kat MR ER tu yaa.. dalam merajuk tu... wahh... bukan main berselera lagi dia hehhee...

    ReplyDelete
  5. utnunglah merajuk dapat makan meee...


    saya merajuk, takde sape pun nak pujukkkk~~~~

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum Yus..

    Hehehe...sesekali mmg lah dia nak rasa merajuk jugak..hahaha.. Tapi kan yus, mmg di Johor tu selalu jer jem kot..heheheh .Dulu Naz pergi, masyallahhhhh...pukul 8.30 mlm pun kereta bersesak2..tak boleh laju.. Bengang betul. Dah lah masa tu masa utk berjalan2 limited sbb gi sana dalam 2 hari jer...Ishhh..time tu rasa kalau boleh jalan kaki jer pun lagi baik. Lebih cepat dari naik kereta.

    Ermm...gambar dak yaya tu, nampak dah besor anak dari ko.. Rasanya sebaya kan anak kita.. Darjah 5..

    Yus, ko tgh berdiet yer.. Ok, kita diet sama2 tp diet cara sihat tau! Nanti kita chatting kat fb..hahahaa... Best apa diet berkawan2.. Bukan makan jer berkawan2..hihihihi

    ReplyDelete
  7. Salam sari...HAPPY BIRTHDAY TUK ENCIK HB ya..semoga dipjgkn usia,murah rezeki & jgn kuat merajuk..hihi
    wahh!nampak sedap bila org belanja nih...

    ReplyDelete
  8. happy belated bithday to ER.. alahai.. mmg romantik gitu..
    like manja2 gaduh gitu..
    hahhaha..

    mudah2an ER dimurahkan rezeki, diberi kesehateraan y baik2;. amin

    ReplyDelete
  9. Heee, biasala kan kak alam rumahtangga ni kena ada gak rajuk di hati baru serseri :)

    Tp dah dapat makan peberet terus hilang rajuk ye ;)

    ReplyDelete
  10. As'salam Sari

    Happy beleted birthday buat ER ya, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki hendaknya.

    k.ct pun kalau birthday Hubby jarang dia mintak kek, dah jemu katanya. jadinya keluarlah kami anak beranak makan kat luar aje..hehehe

    ReplyDelete
  11. Cik Yus sayang...mesti dah hilang angin seluruh badan yeeee...tak mo berangin lagi, nanti kembong pulak kan.
    Semoga dilimpahi kesejahteraan untuk cik Yus sekeluarga dan dirahmati ALLAH selalu hendaknya. Sapa merajuk dia rugi...ayuhhhhhhh kita lari!!!!

    ReplyDelete
  12. errr...saya pulak esok nak expired baru harini kelam kabut call maybank. heheh~

    tapi kan, itu antara sebab nape saya jarang kuar masa cuti. kalau pegi pun tempat yg tak glemer. trafik ni kdg buat kite naik angin kan~

    ReplyDelete
  13. Alahai kakak dah terlewat SYI... tapi tetap juga nak ucap Happy birthday buat en suami SYI.. moga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat..

    Makanan buat kakak terliur hihi..

    ReplyDelete
  14. heppy belated bthdy buar ER tu yer..dh x mo majuk2 hehehe..nak jgk sate tue..:)

    ReplyDelete
  15. happy belated buat abg kak yusa. dan saya min kan doa doa akak buat hubby terchinta... tak pe kak.. doa banyak2 mana tahu 1 day ada perubahannya.. peace hehhee

    nak merajuk gak ah.. dapat makan free.. a ah ye la.. klau tak bersebab jgn ngengada ek nak merajuk hehee

    ReplyDelete
  16. Terakhir ucapan dari akak utk hubby Sari, biasalah....otai bg ucapan last2. Pesan kat dia, jgn stress bawak keta tu (mcm hubby akak, suka membebel tau)nanti mcm2 penyakit yg singgah. Takpelah mkn apa yg ada, org lelaki tak macho arr kalau potong kek, betul tak? Tapi hubby akak dulu potong kek juga, dlm bilik hotel...huhu..

    ReplyDelete
  17. salam kak yus.... maaf lah t'tinggal keteapi lia ni..manjang sibuk.. n3 kat blog pun byk autopublish..uhukss...

    lumrah alam rumahtangga di "alamsari" sama je dgn alam rumahtangga di "alam mamamya" cewahhhh!!! merajuk manja tu menceriakan suasana kan kak... ^____^

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Yus,
    adoyaiii mmng kelakarlah Yus ni kalau bab cerita ceriti...akak je yg tertinggal keretapi ni...btw Happy Belated Birthday buat ER ya, moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu dan semoga dirahmati selalu...jngn majuk2 lagi ya, kalau majuk lagi nnti tak dpt makan free..kena bayar sendiri..kih3..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!