DURIAN... ANTARA TIGA BIJI RM20 & SEKILO RM5

Seri Kandi Tanah Jauhar
25
ASSALAMUALAIKUM...

NAK kata peminat durian nombor satu pun bukan, hantu durian lagilah bukan. Tetapi entah kenapa saya teringin sangat hendak makan durian. Sana-sini menayang durian, sana-sini bercerita tentang durian, lama-lama saya tergoda juga. ER juga bukan kuat sangat makan durian, kalau saya suka ratah begitu saja, ER suka makan durian dengan nasi.. sebiji macam arwah abah saya. Oleh itu kami ni bukanlah pakar dalam membeli durian. Dulu-dulu kalau hendak membeli durian kami sanggup pergi sampai ke Muar, nak beli dari kebun. Tak mahu beli di bandar, kononnya durian Segamat rupanya durian Siam ;p. Kalau di sebelah-sebelah Muar dan Batu Pahat, harga durian biasanya lebih murah, tak macam di sini, cekik darah. Tapi kalau dikira-kira campur minyak dan tol sebenarnya sama juga.. hihi.

Petang semalam, setelah selesai urusan dengan seorang teman blogger yang ayu jelita (nanti entrynya..) kami menuju ke Giant. Bekalan segala macam sabun telah kehabisan dari sabun basuh kain sampai sabun basuh badan. Fuhhh! Hilang nafas sekejap, kami tiga kali berpusing cari 'parking' akhirnya terpaksa keluar dari bangunan Giant dan buat 'u-turn' untuk masuk balik cari parking. Ramainya manusia entah dari mana datang, balik tu singgah ke S'mart kononnya mahu cari ikan akhirnya hati tersangkut nak beli durian ;-))))

Musim durian di sini memangnya meriah. Saya pening kepala tak tahu nak beli yang mana. Banyak sungguh orang berjual, yang berlonggok, yang berbakul, yang bersusun semuanya ada. Kocek kurang tebal maklumlah kita bukan orang kerja kerajaan yang gajinya keluar 25 haribulan. Oh! Tak pandai sungguh nak beli durian, nak beli yang satu longgok RM10 takut bila sampai rumah cuma sebiji yang boleh makan. Oh! Yang itu ada dua biji RM10 tapi kenapalah kecik molek. Depan sikit ada orang jual tiga biji pula RM20. Adoilah.. pening.. pening. Penjaja durian dah memekik-mekik, sini kakak.. sini adik.. ini durian isi baik..

Berani-berani takut saya tanya harga durian yang disusun tegak-tegak berbaris-baris atas rak.

"Yang tu sekilo berapa?"

"Ini pokok durian tua, sekilo RM8"

Gulp! Patutlah saya tengok durian tu macam model jer diri kat situ. Manusia punyalah ramai tapi semua asyik memilih durian dua biji RM10 dan tiga biji RM20.

Kami tinjau pula durian ditempat parkir kereta. Semuanya pun sama jer gaya jualannya macam di pasar durian tadi. Alah, saya agak-agak taukenya sama jer. Sekarang ni saya fikir nak ambil yang RM1?(wp! RM20 tiga biji. Urmmm, yang RM20 tu kualiti sikit kot, saya tengok saiznya besar 2 inci kot dari dua biji RM10. Abang jual durian tu tetak kulitnya tunjuk kat saya. Urmm, ok... Tetak lagi satu, tunjuk kat saya.. errr... oklah. Yang akhir dia tetak saya okey juga... mata tengok-tengok juga takut yang ditetak bahagian yang elok jer. Tapi bila dah banyak-banyak macam tu.. semuanya pulak hijau berduri saya rasa mata saya pun dah naik berduri juga. ER hulur RM20, saya 'pas' pada abang jual durian yang muda dari saya sebenarnya, lepas tu terus jalan masuk kereta. Sampai taman, kami singgah kedai beli ayam untuk Zonan. Ya, anak bujang saya Zonan tu hari-hari mahu makan ayam. Kenapa tak beli dekat S'mart?? Sebab harga ayam di kedai lagi murah dari ayam di S'mart :-))) ER pula hendak makan durian dengan nasi jadi bolehlah beli parut kelapa sekali.
nasi dengan durian... boh santan sikit dan gula.. santan boh garam sikit ;-))

Sementara tunggu ER dalam kereta, saya meninjau sekelililing, saya nampak ada apek elok sahaja duduk seberang jalan sambil berbual dengan pakcik yang jual air tebu. Sebelah apek ada timbang dan atas timbang ada tiga biji durian. Dia punya duri buat saya jatuh hati. Bila ER sampai ke kereta, saya suruh ER tanya dengan apek, berapa dia jual durian sekilo. Apek tu bagitahu sekilo RM5. Yang atas timbang tu tiga biji beratnya 4 kilo maknanya RM5 x 4 = RM20, samalah macam tadi saya beli durian tiga biji RM20. Saya tengok durian apek macam durian sekilo RM8 kat Smart tadi. Rasa menyesal pulak beli durian dekat S'mart tadi... huhuhu.

ER tanya saya, nak ke durian tu?

Emmmm.. macam nak..

Pergilah beli... tapi beli sendiri.. tadi babah dah beli... huhu..

Oleh sebab sudah jatuh hati dengan duri durian apek, saya tidak menghiraukan wallet yang agak kempis. Saya turun kereta jumpa apek.

"Apek, sekilo RM5 eh?" Selalu mulut saya ni ringan jer nak menawar tapi rezeki apek tadi saya terlupa nak tawar, kalau tak tentu saya boleh dapat sekilo RM4. (Tawar sikit-sikit sudahlah, kesian apek mahu cari makan ;p) Apek mengangguk-angguk.

"Ini 4 kilo, RM20 ya, apek? Saya mahulah... eh, tapi sekejap, betul ke ini 4 kilo?" Pakcik jual air tebu tergelak. Saya turunkan satu persatu durian dari timbangan. "Tengok, apek.. ini sudah lebih 100gm," haaa... apek jangan main-main dengan aku pek... hihi. Sebenarnya saya tak kisah pun, saya kesian tengok apek tu. Apek tu sengih-sengih bila rahsianya pecah. Tak apalah apek, sikit punya hal ;-)))

Saya pilih-pilih lagi sebijik durian dalam bakul. Apek tolong pilih juga untuk saya.

"Yang ini bagus... yang ini bagus.. " Apek bawa keluar sebiji durian yang masih ada tanah dan daun kering. Dia tepuk-tepuk kulit durian dengan pisau. Tanah dan daun kering jatuh ke tanah. Saya tengok dekat buntut (betul kan.. buntut.. hihi) durian ada hitam-hitam sikit.Tak apa, saya bagi 'chance' dekat apek untuk tunjuk kebolehannya menilai durian dari kulitnya.. hihi. Apek letak durian tu atas penimbang, sekarang semua empat biji beratnya 5 kilo. Harganya sekarang ialah RM25. Saya angguk setuju. Apek tanya, mahu kopek ke? Saya angguk. Apek kopek depan saya. Dia sendeng-sendengkan durian yang hitam buntutnya tu pada saya. Saya senget-sengetkan kepala nak tengok apa yang terselindung di sebalik yang disendeng-sendengkan apek tu.

"Eh, tak eloklah ni apek. Ini ada hitam-hitam hujung dia.. tak mahulah.."

"Tak mahu ini?"

"Tak mahu.. tak mahu.. ambik lainlah.."

Apek ambil durian lain. Kali ini duriannya elok, langsung tak ada tanah dan daun. Apek letak atas timbang, beratnya sama 5 kilo. Okey apek, tolong kopek semua ya.. Okey.. okey, apek angguk-angguk sambil mengopek menggunakan kudrat yang ada. Saya kasihan tengok apek yang saya anggarkan umurnya menghampiri 70-an. Apek tunjuk satu-persatu durian yang dikopeknya kepada saya tanpa disendeng-sendeng macam tadi. Saya puas hati dan hulur dua not merah campur satu not hijau.

Lepas maghrib, lepas siap panaskan lauk-lauk yang dibungkus blogger ayu jelita yang saya jumpa tadi dan lepas siap perah santan saya terus mengadap durian. Errr.. saya nak kopek durian apek dulu. Saya kopek sebiji.. cantik wooo... saya keluarkan isinya masuk mangkuk lauk yang besar, kopek lagi sebiji.... pun cantik. Dua biji durian penuh satu mangkuk besar. Saya sangat-sangat puas hati. Walaupun ada seulas dua yang agak keras sedikit namun itu langsung tidak mengecilkan hati saya dengan apek tadi.

Saya ambil pula durian tiga biji RM20. Saya kopek sebiji. Rasa macam tak percaya, durian inikah yang ditetak depan mata saya tadi. Ulas durian kecil-kecil berkedut lembik, rasanya macam agak berasid, mungkin durian lama. Tapi tadi kenapa masa dia tunjuk dekat saya, saya nampak elok saja??

Saya kopek lagi sebiji. Isinya elok sikit dari tadi. Tapi  ulasnya kecil comel tak macam durian apek tadi. Saya hampa. Saya pasti begitu juga nanti yang sebiji lagi tu. Errrrr... rasa kecewa sangat dengan penjual durian di S'mart tu. Semua tiga biji durian RM20 muat masuk dalam satu mangkuk kecil sikit dari mangkuk besar tadi. Sudahnya durian tu cuma disuap seulas dua. Yang lainnya masuk tupperware. Tak tahu laku tak kalau dibuat serawa. kenyangnya makan durian apek yang berisi tebal. Walaupun sekilo RM5 tapi kualitinya jauh 10 kali lebih baik dari yang tiga biji RM20 sebab durian apek bila bila ditimbang tiga biji sama nilainya dengan durian yang dibeli tiga biji RM20. Errrr... faham tak cerita ni??? Bagi pendapat sikit...

Meh... meh tengok gambar...

durian sekilo RM5..

durian tiga biji RM20... tak laku...
Tak nampak perbandingannya??? Meh tengok sini lak...
yang atas sekilo RM5..




Post a Comment

25Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam singgah dari blog CR , duk tayang durian ek...elok sgtlah gaji masyuk ni hari...lepas geram !

    ReplyDelete
  2. Kakak dgn abang kan Yus kalau nak beli durian prefer yg jual di tepi jalan dari yg di pasaraya. S'mart sekarang dah kalah dusun durian tapi rata-rata ada yg dah lama tapi kalau durian macam apek tu biasa gugur malamnya siang dia jual itu lagi baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie, kita pertama kali beli durian kat Smart, memang dah seriklahhhh, huhu

      Delete
  3. ni yg malas klu entry tang durian sbb saya x makan durian ler hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana, wahhh, untglah tak mkn durian, mesti tak herankan. Boleh simpan duit, durian mahal wooo

      Delete
  4. sambail baca n3 ni sambil telan air liur tgk gmbr durian yg apek jual...warnanya dah meruntun jiwa huhuhuuu (jap lgi nak sms buah hati suruh beli derian heheheee) lia ni pun bukan ketegori 'hantu' durian @ peminat tegar tp ntah knp mengandung kali ni asyik nak makan durian sajer...

    lia setuju dgn kak zakie..dulu masa dok kat kota tinggi lia mmg selalu pi smart tp lia jarang beli (kdg2 t'beli jugak...) lia lbh suka beli yg kat tepi jalan (klu dr arah ulu tiram sblm traffic light yg menuju ke rumah blogger ayu jelita tuuu... :D ) klu x silap lia itu kawasan estet...durian dia mmg sedap kak...durian kampung katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamya, laaa, akak ingat Lia hantu durian rupanya pembawa budak saja ya, huhu. Mesti baby nanti suka makan durian.
      Akak pun sebelum ni suka beli kat tepi jalan, ntah knapa tuari leh terbeli kat Smart :-(

      Delete
  5. bukan nak kata..tapi durian apek jual memang lagi elok dari yg org kita jual..hehehhe

    ReplyDelete
  6. maka hilanglah satu kenikmatan bagi sesiapa yang tak suka durian kan.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. saya dan arwah ayah masa kat johor memang suka makan dengan nasi dan santan...kenangan terindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi's cupcake, sy tak mkn dah durian dgn santan sbb nanti teringat arwah abah, huhu. Tapi kadang teringin juga, jamahlah yg husband punya ;-)

      Delete
  8. kak.. apek tu dok jual kat ner??

    ayu baca sambil telan air liur..
    wawawawawawawa....

    nak jugakkkkkkkkk

    ReplyDelete
  9. Sari, memang nampak sangat perbezaan durian tu kan. Kak zu selalu makan terus je kat warong durian tu, kalau dikopek tak cantik atau tak sedap, terus tukar je tanpa dibayar durian yg tak cantik tadi. Tapi syaratnya wajib balik terus ke rumah lepas makan durian. Kang tak pasal2 berbau bila bercakap kalau pi jalan2 atau shopping complex muahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zuwaidah, ada juga ajak husband mkn kat kedai tapi dia kata nak mkn kat umah ngan nasi, hihi

      Delete
  10. Salam kenal CR, laparnyelah perut akak ni...

    ReplyDelete
  11. suka sangt durian, tp telan air liuq jelah kak...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erienz, tengah berpantang ya, takpe, ada rezeki lepas habis pantang ni nanti, insyaAllah

      Delete
  12. mak saya selalu buat pulut tanak makan ngan durian ngan santan. sedapnya!

    tak pernah makan durian dengan nasik.

    saya suka durian yang manis lemak pahit, org lama2 kata durian kaw!

    p/s penulisan akak makin hari makin bagus, saya baca dari awal sampai habis tak skip2.. teruskan kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulfikar, akak pun suka durian cenggitu.

      terima kasih atas sokongan awak ya ;-)

      Delete
  13. Nice post! This is a very nice blog that I will definitively come back to more times this year! Thanks for informative post. https://feel-good-always.mystrikingly.com/blog/getting-good-durian-mooncake-singapore

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!