ASSALAMUALAIKUM...
SEJUK bumi JB hari ini, kalau di rumah pastinya sedang guling-guling atas katil sambil layan cerita kartun Tom & Jerry, hiks ;p
Alhamdulillah, perjalanan pulang ke kampung di utara minggu lepas lancar dan selamat serta dipermudahkan oleh Allah swt. Risau juga, ialah, sebenarnya setiap kali berada di atas lebuhraya tu, nyawa ini diibaratkan bagai di hujung tanduk sahaja, kadang-kadang terdetik di hati entahkan sampai entahkan tidak, kan malang itu tak berbau. Mulut ni memang sentiasa kumat-kamit sahaja berdoa macam-macam minta dijauhkan dari perkara yang bukan-bukan. Memikirkan hutang keliling pinggang yang belum dilangsaikan, amal ibadah yang jika ditimbang takut lebih ringan dari dosa yang dilakukan... sedekah jariah yang tidak seberapa.. dan doa anak yang soleh yang bergantung hanya kepada Nur Iman Fatiha Mohd Rizar.. hai.. seram dibuatnya.
Seperti biasa, lebuhraya semakin sesak selepas masuk lebuhraya menuju ke utara. Selepas perhentian Rawang, lampu brek asyik menyala sedangkan dari arah selatan sehingga keluar Nilai keadaan amatlah selesa. Pemanduan semakin perlahan, setiap hentian dan R&R sesak sehingga kalau ada rasa nak terken**** pun ditahan juga, sudahnya, rancangan untuk sampai ke rumah mak mertua menjelang detik 12 tengah malam tergendala. ER kata, pekena Nasi Kandaq Beratoq pun best juga. Wah, saya pun suka dan setuju saja, perut kali terakhir diisi petang tadi dengan sekeping roti canai dan dua tiga sudu nasi berlauk kari kambing mengecek dengan Yaya di hentian R&R Machap. Orang kata rezeki jangan ditolak, sampai di Penang lebih kurang jam 1 ingatkan dah tak ramai yang beratur rupanya berderet juga yang menunggu giliran memilih lauk. Mujur meja banyak kosong dan beratur pun tak lama, selepas tiga suku pinggan nasi berlauk sotong kari dan ayam goreng masuk perut saya mula terasa senak dada bahana perut dibiar kosong begitu lama dan diisi pada waktu yang luar biasa. Saya tengok jam dah hampir pukul 2, aiii.. patutlah.. perut saya dah protes orang nak tidur kau sumbat nasi kandar pula pagi-pagi buta ;p... padan muka!
![]() |
agak-agak kalau saya buka kedai kek beratur.. ramai tak yang beratur???? |
pokok durian yang ditanam Arwah Bapak Mertua... Alhamdulillah.. berbudi kepada tanah, anak cucu dan menantu dapat merasa.. |
sampai ke tanah... sebab tak ada orang cantas pokok sebelum ia berbunga.. |
buah dokong.. tak tercapai.. tinggi sungguh buahnya.. |
![]() |
itulah kerislah bang.. bukan pistol.. ;-) |
![]() |
Kak Roz... kakak ipar saya yang comel.. cikgu yang disayangi anak-anak muridnya ;-)))) |
![]() |
Tiga Iman... dari kiri... Iman Athira, Iman Fatiha dan Iman Balqis |
![]() |
pengantin yang serba ungu... Selamat Pengantin Baru Lea, semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang sihat & comel |
![]() |
perut siapa lagi besar maknanya isterinya lagi pandai masak ;p |
![]() |
kalau dah sampai Penang, taksahlah pulak kalau tak pekena pasemboq, ias kacang ngan cendol kat Padang Brown... huh! tak kenyang-kenyang nampaknya... huhu.. |
"Makcik, aku ada kat depan umah hang."
Hehehe.. sebenarnya baru jer nak bertolak dari Padang Besar tu.. ialah, tak mahulah nanti makcik tu terkejut badak pulakkan, tak baik tau, sekarang dah moden, ada telefon tu telefon dulu, manalah tahu untung-untung sempat jugak dia pergi beli kambing golek ka.. ayam golek ka.. kan??? ;p
![]() |
siapa kenal dengan Suzana Md Nor ni, sila angkat laptop! |
![]() |
jangan terkejut dengan ketinggian Yaya yang baru darjah lima.. |
![]() |
terima kasih mak cik, masak sedap-sedap untuk kami... nanti nak minta resepi pulut seri kaya tu ya.. |
![]() |
hah! jangan pikiaq yang bukan-bukan pulak tengok jari makcik tu ya.. dia wat peace tu.. hihi.. |
Salam akak.. wah siannyer.. erma duk bandar seri putra.. time cuti kami duk diam2 kat umah ha ha ha takut jem huhuhu.. Kak seronoknye meriahnyer musim buah2 kenalak musim cuti sekolah merangkap musim kenduri kawin.. meraih n seronoknyer best2
ReplyDeleteWow!! bestnya bercuti.. siap ada pokok buah2an lagi sedapnya terus teringin nak makan rambutann hehehe..
ReplyDeleteamboi berseri2 pengantin yang dok sebelah pengantin tu lagi berseri2 YoUuu... selamat bercuti dan berehat yaa... muahhzzz
saya baruuu je balik dari utara semalam. :D
ReplyDeletejauhhnyerr perjalanan.. alhamdulilah selamat semuanya...
ReplyDeletejeles nengok buah2 tu.. rambutan sampai ke tanah tuuu.. mantap!!
tp dlm byk2 cerita, ayat ni tun bagi 2 thumbs up!!
"perut siapa lagi besar maknanya isterinya lagi pandai masak ;p"
LOL~~
sedapnya nampak buah2an atas pokok tu ..
ReplyDeletebuah rambutan tu kalau makan sambil duduk tepi tu, memang kenyang sangat kan. bestnyaaaaaaa....dah ler daku ni lama tak balik kampung, ku kerinduan, penasaran!!!!
ReplyDeleteouhh tidak!!! akak tak boleh tahan tengok bebuahan yang ranum itu!! saya rindu kampung halaman... uuuhhhhh
ReplyDeletesalam wbt, sedapnye tengok buah2an dusun tuuu...
ReplyDeletelebatnya buah2an tu...
ReplyDeleteoo..meriahnya cuti sari..pling best ada pokok berbuah tu.. puas la mkn camni.. anak akk yg ting dua pun mcm yaya.. lebih tinggi n beso dr akk..
ReplyDeleteAs'salam Sari
ReplyDeletetelan2 air liur aje meihat buah2an yang bergayut atas pokok tu. kalau ada kampong yang penuh dengan pokok buah2an ni memang rasa seronok kan..betuah rasa badan hihi
kak mmg pandai susun ayat..
ReplyDeleteayu baca 1 persatu tanpa tinggal baris..
wawawa...
seperti sangat jeles, seperti sekaki tumpang happy.......
apapun,. suka lihat kak dan family bahagia dengan percutian y blaku