SEMASA Air Asia menawarkan tiket berharga 10 sen untuk terbang dengan pesawat berwarna merah terang itu, saya langsung tidak ambil endah. Ahhh.. memanglah seposen, tapi kalau dah dimasukkan caj-caj yang lain mahu juga ribu riban yang hendak dibayar. Ahhh.. mahunya dapat tiket seposen, mesti ramai yang online, memang 'error' jerlah nanti. Ahhhh... itu.. dan ahhh ini, saya langsung tak mengendahkan walaupun ramai yang sibuk post di fb tentang tawaran paling hebat dari Air Asia ini.
"De, ko tak nak beli ke tiket seposen tu? Jomlah kita semua pergi, kita bawa mak gi Sarawak," sms dari Cik Embun dua hari sebelum tawaran berakhir. Tetiba saja saya rasakan adrenalin saya meningkat. Semangat meruap-ruap hendak beli tiket seposen. Tapi komputer saya alahai lembabnya. Saya menggunakan komputer zaman Tun Dr Mahathir Mohamad... hehehe. Orang yang komputernya canggih-canggih pun asyik kena tendang, saya tentulah akan masuk dalam senarai menunggu... tunggu dan tunggu akhirnya melepas!
"PC aku lembablah..." saya membalas sms Cik Embun.
"Tak apa, ko buat kat sana, aku buat kat sini," komputer Cik Embun tentulah lebih canggih dari saya maka saya pun google Air Asia Booking Online.
Dua tiga kali saya masuk bilik menunggu. Kalau ada Teh 'O' panas dengan Kek SC ok jugaklah, hihi. Saya akhirnya dilayan oleh robot-robot AA. Kali ini cuba dan cuba beberapa tarikh dan sesuaikan waktu perjalanan dengan tiket seposen. Perlu diingatkan bagi sesiapa yang selalu kata AA tipu, mana ada tiket tambang murah, tidak semua masa dan tarikh anda akan dapat harga yang sama dan murah. Sebab itu bila AA menawarkan tambang murah, pasti disertakan terma & syaratnya.
Contohnya, kalau pada tarikh itu ada dua penerbangan, penerbangan pagi mungkin lebih murah dari tengahari dan pada hujung minggu, cuti sekolah memang harapanlah anda nak dapat tambang murah. Dan ianya tidak termasuk cukai lapangan terbang, kemudahan, 'luggage', insurans dan anda juga perlu menambah wang jika nak tempah tempat duduk siap-siap. Tapi perlu juga anda faham di sini, tiket 10 sen itu pada hari biasa mungkin harganya beratus-ratus bermakna anda perlu membayar lebih berbanding jika anda membeli tiket 10 sen. Dan Syarikat penerbangan MAS juga adakalanya turut menawarkan harga-harga yang best, kena rajin cari, okey. Setiap proses saya buat dengan tenang, adakalanya 'hang' juga dan YESSSS!!!
RM252.60 untuk terbang tiga beranak |
Waaaa... tapi ada juga yang ingat saya ni 24 jam dok mengadap web site AA dan MAS ni. Huhu... tolonglah jangan fitnah okey, macamlah saya ni cop duit pulak dan tak ada kerja lain nak buat. Tapi nak cakap apapun cakaplah, yang penting saya tak minta duit orang.
AA ajak gi Beijing lah.. nak pergi tak nak.. nak pergi tak nak... taknaklah.. mahal! huhu |
Jakarta atau Bali??? |
Wassalam.
P/S Entry ke Sarawak akan dipost nanti ya..
wahhh!! murah!! tp tu laa, fly dr KL.. kalau tun beli, nnti nk kene beli tiket bintulu-KL pulak.. sedih sedih... last year tun beli tiket KL-KB 19 inggit ^^
ReplyDeletetahap dah bleh keje ngan AA dah ni.. mekchu salah sorang yg sukar nak percaya tambang murah ni.. tp bil apikir blk, berbaloi nyeeeee.....
ReplyDeleteBeruntung siapa yg dapat sebab kadang waiting room last hang terus...
ReplyDeleteBerbaloi murahnya..
Penah beberapa kali nak booking tiket murah AA tapi selalu tak berjaya.
ReplyDeleteAsyik amsuk waiting room saja...huhuuu
kakcik tak pernah dapat tiket RM0.10 tu, tapi tiket RM10.00 pernahlah dapat lamaaaa dulu. :)
ReplyDeletememang susah nak online..selalu error je..
ReplyDeletetak pernh try.. Hukhuk
ReplyDeleteBooking utk akk ke Jakarta/Beijing ujung thn ni, boleh? Hehe.....boleh blah jwbnya...
ReplyDeleteAkk rancang nk jln2 hujung thn, mslh tiket murah ni kkdg tak kena tarikh kita nak.
wahh ini yg terbaru ker..
ReplyDelete