CITARASA RINDUAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...

Lama sudah menampi padi,
Padi wangi baru dituai,
Lama sudah hendak ke mari,
Akhirnya kini saya sampai.

Alhamdulillah... setelah beberapa kali cadangan hendak menikmati Asam Pedas air tangan Puan Ruhayu tertunda gara-gara tuan kedai ada urusan, errrr.. sebenarnya saya tak pasti nama sebenar Ayu dalam mykad.. Siti Rahayu ke Siti Ruhayu??? akhirnya hari ini saya sampai juga ke Citarasa Rinduan. Senang sangat rupanya lokasi CR, bagi yang ingin singgah ke sini, CR terletak dibelakang MOBIL di Felda Sungai Sayong yang bersebelahan dengan Masjid Sungai Sayong.
lauk dari atas ke bawah.. kari ayam, sambal goreng, kacang panjang goreng (ada suhun banyak ngan tempe... sedap!) dan asam pedas ikan pari. ER dan Yaya ambil ayam goreng juga.. burppppp!!
Entah kenapa kali ini saya terlupa keluarkan kamera, tidak lain tidak bukan adalah kerana kekenyangan menghabiskan sepinggan nasi berlaukkan asam pedas ikan pari dan pastinya yang laris di CR, sambal goreng. Menurut Ayu, masakan di gerainya memang laris, masa saya sampai tu baru jam 12.40 tengahari lebih kurang tetapi banyak lauk yang sudah kehabisan. Mujur Ayu simpankan saya beberapa lauk dan staf Ayu pantas mengeluarkan lauk yang disimpan Ayu terlebih dahulu... huhu.. nasib baik dah telefon awal-awal.. ;p
macam lintah... dah kenyang.. ayuh kita pulang.. hihi
Ayu juga bekalkan kami dengan pes mee bandung CR, wajib buat ni! Buat Ayu, terima kasih daun keladi, panjang umur kita berjumpa lagi. Pastinya akak akan singgah lagi di sini, dan lagi... dan lagi... dan lagi... dah macam iklan bateri... hihihi.
batu belah... batu bertangkup... makanlah aku.. telanlah aku.. aku kempunan telur mayong... huhuhu...



Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah asam pedas telur ikan mayung tu memang menggoda.. :)

    ReplyDelete
  2. adoiii..
    rupanya komen ayu sebelum maghrib hilang.. sure2 atas kesilapan ayu sendiri..


    kak yus.. ayu terharu sangat2...
    moga ukhwah kita bpanjangan selamanya..

    istimewa sunggu mengenali dirimu

    ReplyDelete
  3. berselera betul bila mkn asam pedas nih. tak tgok lauk lain lg dah

    ReplyDelete
  4. salam Sari..wah!dah sampai gak kat kedai makan Ayu tu ya.nampak sedap menu2nya.
    Salam israk mikraj juga dr k.atie

    ReplyDelete
  5. tadi baca kat blog ayu..sekarang singgah kat sini pulak...

    wahh mmg seronokkan bila jumpa mcm tuu..

    ReplyDelete
  6. Jumpa geng kat Sayong ye? lepas ni terjah rumah Ayu pulak...

    psst..Ayu masak best tak? nmpk muka semua kekenyangan je..

    ReplyDelete
  7. lia pun t'ingin nak ke CR kak tp masih blm ada rezeki cuma sempat singgah ke rumah ibu mertua ayu. insya'allah ada rezeki n pjg umur lia mesti singgah ke sana... nk makan asam pedas telur ikan mayong jugak...hehehheee

    ReplyDelete
  8. Bestnya... :)) nak telur ikan tu cikittttt please..:))

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!