MANGSA MANDREM....& GA 1001 RESEPI

Seri Kandi Tanah Jauhar
21
ASSALAMUALAIKUM...

APA kes dua minggu berturut-turut ALAM SARI pergi terjah Dapur Citarasa Rinduan? Ya, kali ini saya siap masuk dalam dapur CR sambil menatang mangkuk berisi Telur Mayong Masak Lemak Cili Api untuk dibawa pulang. Ceh! Tak cukup makan kat kedai siap bawa balik lagi... ekekeke. Boleh baca cerita CR tentang kedatangan saya tu di SINI....
bukti saya dah dapat makan telur ikan mayong di CR.. sambal goreng tu saya makan seorang.. blogger Areef, jangan marah naaaa...
Kisah bermula dengan kunjungan saya ke CR pada minggu sebelumnya. Bila dah siap makan tu saya pun berborak-boraklah dengan Chef CR ni. Beliau tanya, "Akak, esok kerja tak? Sekolah tak?" Saya terdiam sekejap mendengar pertanyaan Chef CR yang ayu jelita ini.

"Errrr... tak.. sebenarnya... esok akak nak terbang," sambil menggayakan tangan macam burung tengah terbang.
sekepala!! hehe.. antara blogger yang paling serasi dan ngam dengan saya :-)))
Chef CR teruja, beliau buka mata besar-besar. Senyumannya berseri-seri, tumpang gembira barangkali, "Akak nak pergi mana???" 1001 pertanyaan mungkin bermain di benaknya. Saya tak membiarkan beliau tertanya-tanya. "Akak nak pergi Sarawak," sebenarnya hanya beberapa orang sahaja yang tahu saya akan menyeberangi Laut China Selatan esoknya. Saya langsung tidak memberi 'hint' di dalam fb dan sebagainya sehinggalah saya berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail pada hari hendak berlepas.

"Ye ke... Ayu nak kirim," dan pastinya 'fridge magnet' adalah dalam senarai teratas selain Kek Lapis Sarawak bila berkunjung ke Bumi Kenyalang :-))))

Bimbang kek lapis yang dikirim berkulat, saya mencadangkan dengan ER kami akan pergi lagi ke CR pada hari Ahad berikutnya (Ahad lepas) selepas Yaya pulang kelas tambahan. Dan mungkin memahami keinginan saya yang mengidam telur mayong, dengan gigihnya Encik Zalie merangkap suami Chef CR dan juga Tuan Punya Restoran mencarikan untuk saya. Alhamdulillah... terima kasih banyak-banyak pada dua insan bercinta ini... semoga percintaan yang terjalin akan sampai hingga ke syurga.... Aminnn.
Chef Cilik Citarasa Rinduan... buah cinta Ayu dan Zalie, Umairah
Dan ....

Tetiba kali ini saya teringin hendak merasa menyertai Give Away Wowww 1001 GA yang dianjurkan oleh KKida dari 1001 Resepi. Sebenarnya saya ini antara pengunjung setia 1001 Resepi. Maklumlah, KKida ni merupakan kakak kepada Ratu Idola Blogger yang amat saya sayangi, Kak Jun Cupcakekasih. Sebelum ini ada jugalah saya menyertai GA tetapi macam tak masuk dalam batu jemala saya ni format pertandingan yang sebenar. Bila baca syarat-syarat yang diberitahu oleh KKida ini, saya rasa ia agak unik kerana dengan cara itu juga saya dapat menilai penerimaan pembaca lain di Blog Alam Sari yang tidak sepertinya ini. Ini kerana, KKida akan mencari pemenang berdasarkan 'Traffic Source 1001 Resepi' di mana penilaian akan dilakukan secara telus. Bukanlah maksud saya penganjur-penganjur GA sebelum ini tak telus, jangan salah faham ya, saya nak tengok sejauh mana Blog Alam Sari ini menjadi sumber traffic kepada Blog 1001 Resepi walaupun kita sedia faham 1001 Resepi tu 1001 kali lebih mantap dan popular dari Blog Alam Sari ini. Lepas tu rupa-rupanya barulah saya perasan, dalam menjadi pengunjung setia rupanya saya belum cukup setia kerana belum 'follow' dan 'like' 1001 Resepi ni, ampunnnnnn ya, KKida... hihihi.
bukan hadiah yang jadi igauan tetapi keupayaan Alam Sari menyumbang traffic kepada 1001 Resepi
Hendak tahu lebih lanjut tentang GA ini.. bolehlah klik gambar header Blog 1001 Resepi yang ada di sini. Kliklah mana-mana satu pun semuanya saya dah linkkan dengan blog KKida. Terima kasih kepada yang sudi klik ya.

Wassalam.

Post a Comment

21Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. waaaa....nak jugak telo ikan mayong!!! smlm lia cari kat pasar xder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamamya, memang susah nak dapatkan telur mayong nikan, kalau ikan mayong mmg banyak :-(

      Delete
  2. bestnya telur ikan mayong kan, sib baik tak ngidam telur ikan tembakol...hahahahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Liza, kalu telur tembakol, kenalah pundah kg Batu Belah Batu Bertangkup, hihi

      Delete
  3. Salam Sari... Telur Ikan Mayong? Akak tak pernah dengar...apa lagik rasa...

    Kalau ke Sarawak...pasti ada kek lapis sarawak sebagai ole2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa, Kak Anie tak tahu ya telur mayong, telur ikan, nama ikan tu, mayong, mmg femes kat Johor ni.

      Betul tu, kek lapis kalu tak beli mmg tak sahlah kiranya, hehe

      Delete
  4. seronokkan boleh jumpa2.. mengeratkan silaturahim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azian, betul tu. Bermula dari alam maya kini di alam realiti

      Delete
  5. Ya, tak pernah tengok lagi telor ikan mayong apa lagi merasa.

    Kek lapis sarawak...hmmmmm kalau kat sini, beli terus dari deja moss di ukay perdana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zuwaidah, ialah, org Kedah jarang tahu tentang ikan mayong ni, rupanya ala2 ikan duri, isinya sedap, nyummy!!!

      Wah! Kek Lapis artis tu, mesti best!

      Delete
  6. sedap ke telur ikan mayong tu? akak lom pernah merasa lagi.....

    persahabatan di alam maya kadang kala lebih cepat akrab kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Madiha, sedap, kak. Saya suka yg separuh masak, macam telur separuh masak tu, sedap, hihi

      Kesimpulan akak tu betul, sy setuju!

      Delete
  7. Oh... lain kali kalau nak pergi lagi calling-calling kakak tau. Kakak nak ke dapur CR juga biar Ayu gelabah hihi...

    Good luck for the GA 1001 resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zakie, okey, kalu nak prgi lagi sy bgtahu ya, hihi.

      Terima kasih Kak Zakie

      Delete
  8. suspen jek, ingatkan sape yg kena mandrem...rupanya akk yg kena mandrem dgn sari...haha..
    sari, baru akak tau kkida ni adik beradik dgn kak jun, cupcake kasih tu....betapa mengongnya akak.
    ni sebab asyik terperap kat dpur la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana, hihi, kena cari ubat tu kak, baca ayatul qursi banyak2, hihi. Saya kan pengikut setia tulisan Kak Jun, Kak Jun selalu cerita tntang KKida ni, sebab tu peka, hehe ;-)

      Delete
  9. ikan mayong tu ikan ape yer?? x pnh dgr pon namanyer.. atau kt sini pgil nme lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. lYAfrina, ikan mayong tu seakan2 ikan jaws, hehe. Taklah, nanti sy buat entry rupa wajah ikan mayong ni ya

      Delete
  10. ponn..ponnnn.. pin..pin.
    heheheh..
    terharunya.. kak YUS, cikgu azreef dah tempah telor mayong.. hehehhe. sabor jerlah si bujang tu...

    kak, terima kasih daun keladi, sangat sayang phubungan ini..

    moga kak tak jemu bsahabat dgn ayu..
    muahhh

    ReplyDelete
  11. sedapnya telor ikan..suka..tapi tak pernah makan yg ikan mayong ni...hehehe

    saya pun nak join kak ida nye GA ni tapi tak sempat lagi nak jenguk..huhuhu

    ReplyDelete
  12. salam,
    kkida ingin jemput sari yusa ke majlis GA kkida yang akan kkida buat kat restoran rebung, bangsar...harap sari boleh hadir ye...jemputan untuk dua orang...terima kasih...
    please confirm dengan kkida secepat mungkin...:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!