RETAK SERIBU... HAIWAN PALING GEMBIRA DALAM LAUT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

ASSALAMUALAIKUM...

AGENDA wajib setiap kali balik kampung adalah menerjah Pekan Sabtu, Kuala Ketil. Pekan Sabtu ni sama jugalah macam pasar malam yang ada di seluruh Malaysia ni cuma bezanya ia berlangsung di sebelah pagi sehinggalah hampir petang. Saya pun tak pasti pukul berapa mereka mula pacak tiang dan cabut tiang khemah meniaga tu, hehehe. Yang paling saya suka di Pekan Sabtu ni ialah mencari benda-benda yang pelik, tak kiralah apapun. Kalau nampak pelik sikit atau tak pernah tengok pasti saya akan bertanya dalam loghat orang utara yang amat sumbang sekali bunyinya... hiks.

Saya terberhenti di depan gerai seorang kakak yang menjual buah Setol (disebut loghat utara SETOI) Mula tu saya tak perasan ejaan buah ini S E T O L. Mati-mati saya baca S E N T U L. Dalam hati saya, oooooo.. macam ini rupanya buah sentul. Lepas tu, barulah ER beritahu saya yang ni namanya buah setoi. Saya tanya kakak yang jual buah ni, berapa lama buah ni bertahan? Dia bagitahu lama, dalam lima hari boleh tahan. Disebabkan masa tu baru hari Sabtu dan saya rancang nak balik pada hari Khamis, jadi saya tanyalah lokasi-lokasi lain tempat kakak ni berniaga. Kakak ni bagitahu, hari Khamis boleh cari dia kat Sungai Petani dan hari Rabu kat Baling. Malangnya, saya pulang ke JB pada hari Rabu, jadi tak dapatlah nak merasa buah yang dikatakan manis dan dibawa dari Siam ni. Apa nak buat, tak ada rezeki, jadi tak dapatlah saya tunjukkan isi kat dalamnya tu. Rasa macam menyesal pulak tak dibeli terus masa tu juga sebab asalnya nak balik hari Khamis jadi ingat sempatlah pergi ke Baling hari Rabu tu.. :-(
SETOL SIAM
Buah Setol XL... 1kg RM6... urmmm, mesti ada yang kata... jakunnya dia ni tak kenal buah setol kan... huhuhu
Sampai di bahagian basah saya terberhenti pula di gerai pakcik yang menjual siput sedut dan kepah. Saya perhatikan kepah ni bentuknya agak kecil, cengkerangnya coklat gelap dan berkilat. Isi kepah tu menggeliat-geliat macam nak keluar dari cengkerang tu. ER dah faham sangatlah, kalau saya dah berhenti tu mesti ada niat nak 'interview' pakcik tu. Jiwa wartawan pencenlah katakan.. hiks.
berkilat-kilat cengkerangnya..  tapi ni selepas basuhla... sebelum tu berlumpur, comot bukan main.. suka sangat main lumpurlah dia ni..
"Errr.. pa dia ni pakcik?" Nasib baik tak bawa mikrofon TV3.. hehehe. Saya beranikan diri bertanya dengan pakcik yang sibuk mengemas-ngemas bakul empat segi besar yang hampir separuh berisi siput sedut. Isk, ada yang tataw rupa siput sedut.. meh tengok sini... ;p
gambar kredit dari blog http://www.kakyong.com/2011/11/hati-hati-bila-makan-siput-sedut.html
Tu rupa yang belum siang dan dimasak, kalau dah masak, mak mertua lalu belakang pun tak sedar.. huhu..

tu diaaaaaa.. dah siap masak lemak keladi lagi, kredit gambar http://roslana06.blogspot.com/2010/11/siput-sedut-masak-lemak-keladi.html
Sambung cerita pakcik tadi....

"Ini lala," walaupun rupa pakcik tu nampak garang dengan misai melintang ular sawanya tapi dia tak sombong melayan pertanyaan pelanggan.

"Ooooo.. ni lala jugaka? Selalu yang panjang-panjang sikit tu lala.." Ceh! Dah orang bagitahu lala, hang ketegaq jugak tu pasai pa..
yang saya belajaq.. ini dia lala, pakcik...
"Hat tu orang panggel 'retak seribu'.." haaaaa... terperanjat sekejap, pakcik ni cakap pasai lagu ka pa???

Saya berfikir-fikir tang mananya yang retak.. tapi takpalah.. saya tanya pakcik tu sekilo berapa dia jual lala tu. Tapi maaflah, saya dah lupa sekilo berapa, sebabnya...
betullah... RETAK SERIBU... cuba tengok corak kat cengkerang dia tu..
Tanpa berfikir panjang saya terus  minta sekilo. Lepas tu pakcik tu tanya, saya pernah makan tak benda ni? Kalau tak biasa makan tak payah ambil sekilo, tak pernah makan kan? Tak pernah makan kan? Ulangan suara... hahaha.. sambil menghulur-hulurkan pinggan nak cedok lala untuk timbang.

Pakcik tu terus mencedok lala dan letak atas timbang, "yang ni kira RM3, sebab tak pernah makan. Nanti balik rumah, ketuk serai, cili api, boh ja tak payah boh garam, gula, ajinomoto suma. Air pun toksah boh, nanti dia punya air, garam, ajinomoto suma akan kuaq sendighi. Nanti elok dah terbukak semua kulit dia tutop api, kalau tak nanti isi dia kecut balik." bersungguh-sungguh pakcik ni menerangkan sambil tangannya tergawang-gawang. Kalau ada orang kat kiri kanan, penat jugak nak mengelak tu, huhu... terbaeklah pakcik!!

Errrr... Sebab tulah saya lupa berapa harga sekilo, sebab pakcik tu tak bagi saya beli sekilo... hehehe.

Sampai rumah, lepas bersihkan lala tu, saya terus ketuk serai dan tumbuk cili api dalam 15 tangkai. Saya tambah bawang putih 3 ulas yang saya pecah-pecahkan dan cincang kasar. Tumislah semua bahan tu sekejap dan terus masukkan lala. Bila semua cengkerang dah terbuka terus jer matikan api dan betul kata pakcik tu, tak payah letak garam, gula semua tu sebab rasanya dah lengkap. Lain kali saya nak beli 'Retak Seribu' untuk praktikkan cara masakan yang sama, dah tak perlulah nak letak macam-macam sos lepas nikan. Terima kasihlah pakcik atas ilmu yang diberi.
isinya lebih tebal dari lala 'Retak Seribu'.. sedap saya ratah macam tu jer..
Kredit gambar dari ER

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya pernah mkn sentul tu masa zaman sekolah, skrg tak pernah jumpa lg. hikhik..

    ReplyDelete
  2. Buah setul ke sentul? akak belasah je buah sentol, sedap isinya, masam manis kan?
    Betul la tu retak seribu namanya (walaupun baru akak tau baca dr sini..hehe) sebab kulitnya tu kan retak seribu.

    ReplyDelete
  3. Kakak pun tak pernah jumpa buah setol tu Yus. Lala yg kilat pun kakak tak pernah jumpa dan makan tapi yg retak seribu tempat kita memang banyak.

    Dekat Puteri Pan sepinggah kecik 18 ringgit Yus hari itu kakak makan.

    ReplyDelete
  4. dua2 lia x penah jumpa..baik buah setoi @ retak seribu.... buah setoi tu nampak sedap lah kak...

    ReplyDelete
  5. selalunya yg retak seribu tu yg kami panggil lala kan..

    yg kecik tu kami panggil remis..

    ah dah keliru dah...


    tapi dulu masa duduk selayang, mama suka masak sos cili lala ni.. dap betul!!!!

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan lala....betoi tu sari. Senang nak masak lala nih...sebijik mcm masak di rumah. Tapi sari kan bijak masak, leh pelbagaikan resipi lala ni nanti.

    Buah setoi tu sedap manis. Kat utara depa suka buat jerok. Tak pun, suka menyicah garam belacan pun sedap.

    ReplyDelete
  7. Salam dear SAri....

    Nak tanya sikit...sebenarnya Sari ni orang Kedah ker? Orang JB? Dah confuse sekejap nih!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!