$1 BUNGA RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM...

ANAK saya yang berumur 11 tahun, 11 bulan terkejut apabila melihat wang syiling bernilai $1 ini. Dia tak percaya negara kita pernah mengeluarkan duit syiling seperti ini dan merayu-rayu meminta saya membenarkannya mengambil sekeping. Ya, berapa ramai antara kita yang masih mempunyai wang syiling $1 ini. Berapa ramai yang minat menyimpan sekeping dan berapa ramai yang tidak hairan langsung untuk menyimpan. Sesiapa yang berminat dengan wang syiling $1 Bunga Raya ini, anda boleh email saya di yusarima@yahoo.com.my.


Untuk pengetahuan anda, $1 Bunga Raya ini adalah siri kedua yang dikeluarkan oleh BNM pada 4 September 1989 dengan ciri rekabentuk tradisi Malaysia. Pada 4 November 1993 ia kemudiannya ia digantikan dengan simbol RINGGIT. Edarannya mula ditarik balik pada 7 Disember 2005 dan tidak dikeluarkan lagi hingga sekarang. Pastikan ada satu dalam simpanan anda supaya dapat ditunjukkan kepada anak cucu anda.

Wassalam.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hubby kita pun ada simpan beberapa keping juga. Duit 50 sen pun dia simpan.

    ReplyDelete
  2. Kakak pun ada puncanya sebab simpan dalam tabung tak buka-buka.
    Duit syiling lain pun kakak simpan Seri.

    ReplyDelete
  3. akak, kita takde simpannnnnnnnnn...nak 1~~~! ini siyes!

    ReplyDelete
  4. Tak pasti Nur masih ada menyimpan lagi atau tidak.. Memang kena simpan satu buat kenang-kenangan..

    ReplyDelete
  5. lia ada simpan RM17 dalam tabung.... :)

    ReplyDelete
  6. baru perasan ada syiling simbol $ dan ada guna Ringgit :D
    work-at-home-mom

    ReplyDelete
  7. salam sari,
    akk pun masih ada simpan..dalm 20 keping camtue..wat kenang kenangan..bila dh tua nnt nk show kt cucu pulak..bior diorg jeles..hikk3x

    ReplyDelete
  8. Ya betul..sayangnya duit tu semua dah ditukar ke BN...tak teringat nak simpan walau sekeping pun huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!