SAMBAL TOMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

ANDA gilakan sambal? Saya, ya.. saya penggila sambal. Sebutlah apa jenis sambal pun saya memang suka dan makan banyak. Sukar saya nak beritahu yang manakah sambal yang paling saya gila sekali sebab semua saya suka dan boleh makan banyak sambal dalam satu masa. Makcik yang jaga kantin kolej pun tahu saya hantu sambal.. ha.. tadi kata gila ni dah jadik hantu pulak.. hehehe.
Resepi sambal tomat ini saya jumpa hasil menyelongkar dapur Kak Ida yang sekarang ini berada jauh di kampung orang putih tu. Memang best sambal tomat ni dan dah banyak kali saya buat. Yang tak bestnya bila dah kena sambal tomat ni saya selalu terlupa hendak kurangkan makan. Dan lagi kalau ada sambal tomat ni saya memang tak pandang dah lauk lain. Laju jer menyuap tak toleh kiri-kanan dah.. terukkan.. memang teruk.. dasar si penggila sambal. Sambal tomat ini merupakan sejenis sambal dari Jawa dan biasa disediakan di Restoran Minang atau Nasi Padang Asli. Kalau pergi Restoran Minang atau Nasi Padang tak ada sambal ni kira macam tak acilahkan.. minyak yang berlinang tu perlu supaya sambal dapat direnih lama dan tidak kering atau hangus di kuali. Tapi janganlah sampai berkuah minyak pulak ya, karang makin membiak pulak lemak, hehehe. Sambal ini juga boleh digunakan untuk masakan ringkas lain seperti nasi goreng, sambal ayam, daging, atau seafood dan sebagainya.

Sambal Tomat
Sumber : Koleksi 1001 Resepi

Bahan-bahan:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji tomato
1 biji bawang merah, hiris nipis (saya gunakan bawang besar)
belacan, sebesar ibu jari
garam, gula, msg secukup rasa

Cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak, masukkan hirisan bawang dan goreng sebentar (jangan garing). Sementara itu tumbuk lain-lain bahan seperti menumbuk sambal belacan. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali (yang ada bawang tadi) dan terus menggoreng semua bahan sehingga menaikan aroma dan sedikit garing....rasanya haruslah pedas manis....sedaaap...

p/s terlebih rajin post dua entri hari ini.. sebenarnya silap teknik masa publish.... jadi jangan pening kalau entri bertukar-tukar hari ini ya ;-)))))


Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalau balik penang mmg mak mertua AK buat mcm ni lah..makan ngan kari ikan...pehh sedap

    ReplyDelete
  2. Kalau ada ulam lagilah Sari memang tak ingat berapa pinggan dah masuk perut...

    ReplyDelete
  3. Sambal tomat ni memang enak makan dgn ikan goreng dan nasi putih panas. Cukup la tu, itu jer dah boleh tambah 2,3 pinggan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makan dgn nasi panas2 dan ada pulak ikan masin,mmg makan bertambah.

    ReplyDelete
  5. sari ..
    melampauuuu tayangan kali nie..dh terasa2 kesedapanye nie..aiisshhh:)

    ReplyDelete
  6. AsSalam, salam perkenalan. first time jenguk blog Puan.

    sambal tomat memang sedap, oleh kerana tak boleh makan belacan banyak.. saya gantikan belacan dgn ikan bilis goreng. .. rasanya tetap sedap.. puan cuba laa.

    Laila

    ReplyDelete
  7. Salam Sari...ini semua boleh menambahkan berat badan...heheheh

    ReplyDelete
  8. tun pun hantu sambal! 1st time dgr nama tomat nih. hihi

    ReplyDelete
  9. rasanya macam pernah makan...memang sedap ni...dan juga tahan lama kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!