SORAKAN LARKIN khabarnya kembali bergegar malam tadi di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus ketika berlangsungnya perlawanan Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor yang melibatkan perlawanan antara Pasukan Darul Takzim FC menentang pasukan Woodlands Wellington dari Negara Seberang Tambak. Amboi, meriah sungguh saya tengok kawan-kawan yang post status, yang 'check in' sedang berada di stadium. Stadium yang selama ini sepi tiba-tiba jadi riuh rendah. Agaknya kalau ada jin dan hantu yang menumpang di situ mesti mereka pun terperanjat kenapa tetiba jadi ramai macam tu, hehehehe. Selama saya mengekor ER ke stadium tak pernah lagi tempat duduk dipenuhkan walaupun setengah bahagian kecuali jika ada pasukan dari Selangor atau Kelantan yang bertandang. Yang biasa ada cuma peminat setia dan setiap minggu akan nampak muka yang sama, wajah yang serupa tapi memang sakitlah telinga kalau dengar maki hamun mereka sepanjang perlawanan menunggukan habis masa. Sebab itu saya rasa tak sesuai sangatlah anak-anak kecil dibawa bersama kerana mereka pun turut pandai menyumpah juga, sabar ajelah mendengarnya kadang rasa nak menampar pun iya juga, pakkallah anak manusia ;p
gambar kredit : jurugambar TV3 Yahya Kiprawi facebook |
Malam semalam saya tak berkesempatan kerana ada halangan, malam ini mungkin sampai ketika separuh perlawanan. Saya harap pakcik manis yang jaga pintu gate masih kenal saya lagi. Maklumlah orang dah ramai takut-takut saya pun kena beli tiket sendiri, rasa macam canggung maklum selama ini masuk 'free' . Perlawanan akhir esok saya pasti ada, tak tahu lagi nak duduk di mana. Bilik kaca berhawa dingin atau berpanas dan bersesak dengan hadirin kerana yang itu pastinya lebih meriah dan lebih 'happening'.
baca keputusan perlawanan oleh Panglima Hitam Seri Kandi di SINI
Wassalam.
Yessssss!!!!! komen pertama nampaknya hihihihi...tiba2 kan! Mcm tak de keja je kak zu ni dok lepaking kat blog pula hihihih...sukaaaa sangat.
ReplyDeleteBest kan sekali sekala dpt tgk live football. Dulu biasa sekali je...tapi rasa mcm tak puas. Tu ler pertama dan terakhir tgk bola di stadium.
Saya tak pernah lagi tengok bola kat stadium. Pi stadium tengok kawad polis jer pernah sekali.
ReplyDeleteTiba2 stadium itu mendapat nyawa, ya? :)
ReplyDeleteSeronok duduk bersesak. Macam2 boleh rasa. Tapi kalau sampai berkepit 2 jam, err...duduk bilik air-con pun ok kot.
ReplyDeleteIni mesti gara-gara ada pemain handalan yg dah di import Seri. Harap keputusan semuanya mampu buat kita org Johor senyum lebar..
ReplyDelete