SWEET COCONUT CREPE aka KUIH DADAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

ORANG lain sibuk ber- DURIAN CREPE tiba-tiba Seri Kandi ber-KELAPA CREPE pulak ya... hehehe. Sebenarnya Seri Kandi adalah jugak dua tiga kali membuat Durian Crepe untuk melepas perasaan geram pada kawan-kawan yang sibuk menayang tu (bukan geram apa... geram tak dapat..) tapi belum sempat lagi Seri Kandi ketukkan ceritanya di sini tapi disebabkan masa Seri Kandi postkan gambar Sweet Coconut Crepe aka Kuih Dadar aka Kuih Ketayap aka Kuih Gulung kegemaran anaknda Seri Kandi ni di mukabuku rupanya punyalah ramai peminat kuih tradisi ni. Dan Seri Kandi tak sangka Panglima Hitam (ER) juga rupanya peminat kuih ni. Lepas satu Seri Kandi gulung satu dibalunnya, Seri Kandi gulung lagi pun dia capai juga maka sukalah hati Seri Kandi dan tak sia-sialah Seri Kandi menggoreng inti kelapa dan mendadar adunan tepung atas kuali ni sebab kekanda dan anaknda suka. Jadi kerana itu biarlah Seri Kandi masukkan dulu entri Kelapa Crepe ini kemudian akan menyusul pula Durian Crepe Seri Kandi ya. Mehlah tengok macammana Seri Kandi buat kuih ni tanpa berguru dari mana-mana kitab... Alhamdulillah, Allah permudahkan..


Sweet Coconut Crepe aka Kuih Dadar
Bahan-bahan Inti :
2 cawan kelapa parut diambil putihnya sahaja
3/4 buku gula melaka dihiris kasar

Cara-cara :
Goreng kelapa tanpa minyak sebentar sehingga agak kering kemudian masukkan gula melaka yang dihiris. Terus menggoreng sehingga semuanya sebati dan sempurna gulanya. Kalau rasa hendak lebih manis boleh ditambah gulanya.

Bahan-bahan Kulit :
1 cawan susu sejat (boleh ganti dengan sebarang jenis susu atau santan sederhana cair dan pekatnya)
1/2 cawan air
1/2 cawan air jus pandan
2 biji telur
sedikit pewarna hijau
2 cawan tepung gandum (kurangkan 2 sudu besar selepas disukat 2 cawan)
2 sb tepung jagung
1/3 sk garam

Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam jug pengisar mengikut turutan seperti di atas kemudian kisar sebati.
Panaskan kuali leper (kalau non stick lagi bagus), sapu sedikit minyak dengan tisu dapur. Dadarkan adunan tepung di atasnya. Bila dah masak, angkat dan terus isikan inti dan digulung sedikit. Lipat kiri dan kanan dan gulung terus. Buatlah sehingga habis semua adunan jangan separuh jalan ya, hiks!

p/s Rajin tak Seri Kandi masukkan entry sekarang? Semangat apakah (?) yang menyeru agaknya ya... urmmmm...

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hmmm..dh lama x merasa kuih dadar gulung nih..daapnyer..i loiike!!

    ReplyDelete
  2. Ala... pandai je Seri bagi nama baru mentang-mentang fenomena crepe sana-sini hihi...

    ReplyDelete
  3. masyaallah...amboi sedapnya kuih ketayap....dah lama beno tak makan.

    ReplyDelete
  4. Kuih ni memang sedap wpun sudah klasik. Kuih tradisional kita ni, tak jemu kan?

    ReplyDelete
  5. hahahaha...betul tu..kita buat kelapa crepe pulak! tak perlu tunggu musim...:P

    ReplyDelete
  6. Kuih ketayap....fav anak bujang akak ni.

    ReplyDelete
  7. mmm...nama ni lebih commercial. tapi saya tetap nak panggil kuih gulung jugak! hahaha!!!

    ReplyDelete
  8. Nur panggil ni lempeng gulung.. Suka makan.. sedap!

    ReplyDelete
  9. salam kak sari..laaa kak sari ni ex opismate maz ke? ye dia sepupu saya..rapat sbb masa dia kecik dulu dia duduk area jengka jugak...hehehe...keciknya dunia kan? btw time kasih atas doa akak..:)

    ReplyDelete
  10. he heee..samalah kita..klu duk gulung yg blakng tggu jew nk amik..h ehhee kuih nie kgmaran jgk..mmg sedappp..buh inti byk2 ..waallaaaa..yummy

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!