ASSALAMUALAIKUM...
SALAM hujung tahun. Pejam celik pejam celik dah pun penghujung Disember 2012. Ada yang berpesan-pesan dengan Seri Kandi, jangan masuk bilik air pukul 12. 59 malam nanti sebab nanti bila keluar bilik air Seri Kandi akan berada di tahun 2013. Seram tak dengar?? Seramlah... seramlah........ hehehehe. Seri Kandi masih ingat dialog yang paling popular zaman Seri Kandi sekolah dulu antaranya tentang orang yang tak mandi dua tahun dan pakai baju yang sama selama dua tahun. Lama betul tukan, haha. Tapi bagi Seri Kandi yang berubah cuma helaian kalendar sahaja. Seri Kandi macam tu jugak, urmmmm... apa nak buat, nasib badannnnn.
Sebenarnya pagi ini rasanya macam bersemangat betul sebab Seri Kandi akan mengajar pelajar baru dan subjek yang paling Seri Kandi gemari iaitu Principal Of Electric & Electronics. Amboiiii, bukan main orang puteh lagi tajuknya tukan. Sebenarnya tajuk sahaja orang puteh tapi Seri Kandi mengajar dalam Bahasa Kebangsaan. Tetapi kalau dah subjek sains fizik tu memang tak boleh larilah dari istilah-istilah Bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan ini kalau disebut dalam Bahasa Melayu bunyinya akan agak pelik sikit tapi Seri Kandi tetap akan terangkan dan huraikan dalam dua bahasa supaya mereka tidak keliru. Tapikan, Seri Kandi ni tunggu.. punya tunggu... punya tunggu, sampai ke sudah. Dah lebih 45 minit Seri Kandi tunggu. Batang hidung pun tak nampak. Ini boleh mendatangkan marah!! Sebelum Seri Kandi bertukar warna hijau pucuk pisang baiklah Seri Kandi makan puding dulu untuk menyejukkan hati ;-))))
Resepinya Seri Kandi akan masukkan kemudian sebab Seri Kandi nak buat kerja sikit. Sehingga bertemu nanti, daaaaaaaaaaaaa...
Wassalam.
Tak patut betul Seri. Bagi kakak tengok aje pudding tu aje.
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun 2013 dari kakak.
merahnya cantek sbb lembut je kalerr dia..
ReplyDeletejanganlah marah-marah kak..
Jangan marah, nanti kena jual!!
ReplyDeleteIngatkan ada resepi..dah sedia untuk meng'copy'!.
Suka la tentang masuk bilik air jam 12.59 tu...
Nasib baik ada pudding untuk melepaskan geram ye!!
ReplyDeleteSalam kak sari.. tunggu sape yg x sampai2 tu? tun pun kalau bab tunggu menunggu ni mmg hangin sket, xsuka org yg xtepati masa.
ReplyDeleteskrg tgh panas terik, kalu dpt puding sejuk2 sedap nih..
ps: selamat tahun baru kak :)
he hhee
ReplyDeleteini boleh mendatangkan marah...he heee ingt btl kt dialog tue..puding tue pass sikit kt akk..:)..harinie lapor btl la..
Merah itu menawan....selamat tahun baru Sari....insyaallah...bila ke JB nanti, boleh kita jumpa.
ReplyDeleteheheh.. penyejuk bai or y sedang membara ye
ReplyDeletenyum nyum sedap plak nampak puding tu...
ReplyDeletehahaha..memang seram la akak bila bab jangan masuk toilet kul 1159 tu...shida lak malam tu tido 2 tahun la...sebab tido di tahun 2012 bangun di thun 2013 hehehe