ASSALAMUALAIKUM...
SEKEJAP sahaja keputusan dibuat untuk bercuti ke Kuantan. Tanpa merancang tapi ia terlaksana dan dipermudahkan. Saya hanya menempah bilik hotel dua hari sebelum sampai dan Alhamdulillah, mungkin kerana bukan hari kelepasan am di negeri Pahang Darul Makmur dan dapatlah kami lena diulit intan ditemani angin sepoi-sepoi dan deruan ombak Laut China Selatan. Seingat saya sejak lima enam tahun lepas sekurang-kurangnya sekali dalam setahun kami akan bercuti ke Kuantan. Tidak lengkap rasanya jika sekali dalam setahun tidak menikmati ikan bakar di Tanjung Lumpur, gulai kawah dan masakan kampung di Balok dan jangan lupa singgah di Leban Condong, Kuala Rompin menikmati keenakan sambal udang galahnya. Namun percutian kali ini sedikit berbeza kerana kecuali udang galah di Leban Condong kali ini kami tidak ke Tanjung Lumpur dan mencedok semangkuk gulai kawah tetapi mengubah selera dengan rasa yang lain pula.
![]() |
udang galah di Leban Condong |
![]() |
tak pernah umur makan mee kari dalam kuali.. mak saya kata pantang makan dalam kuali atau periuk, alamak dah terlanggar pantang.. huhu |
Esoknya kami cuba-cubalah pulak tukar selera makan di bandar Kuantan. Ialah, nak jugaklah jalan-jalan di bandar pulak, kan.. rupa-rupanya bandar Kuantan amatlah sesak. Banyak sungguh persimpangan dan lampu isyaratnya. Dia punya merah punyalah lama, elok jer kita lepas lampu hijau di hadapan ada lagi lampu merah. Elok jer kita lepas lampu merah yang dah tukar hijau tu nanti dekat depan tu ada satu lagi lampu merah.. dan lagi.. dan lagi... lama-lama muka kami pun dah jadi merah hijau, agagaga!! Dan kami kena saman... kena kompaun sebenarnya sebab tidak pamerkan kupon meletak kenderaan. Sebenarnya kami bukan sengaja tak mahu beli kupon. Pertama sebab kami tak nampak adanya tempat jualan kupon (nampak tu tapi jauh kat tempat lain). Yang kedua sebab di JB kami dapat letak kenderaan percuma, ya.. kami ada pas parking VIP okeh.. uhuks! Ada unsur berlagak di situ, minta maaf.
![]() |
tunggu matahari tak timbul-timbul |
![]() |
ER yang suka menyakat |
![]() |
udang tiga generasi?? |
![]() |
lebih besar dar kepala Zonan (maaf kualiti gambar tidak memuaskan) |
![]() |
beli juga kekapis |
![]() |
cempedak jangan dilupa sebagai pewangi kereta |
![]() |
dan cendol sebagai penghilang dahaga |
Sekian, wassalam.
p/s lepas ini nak ke mana pulak ya??
Macam dlm program jalan-jalan cari makan kekdahnya. Tak menahan kakak merenung semuanya.
ReplyDeleteKakak pernah kena saman di Pasar payang T'ganu tak bayar pun Sari. Balik Johor terus buat dek. Tapi sampai kini dah lebih setahun tak ada surat mahkamah pun..
Assalam Sari, bestnya jalan2 cari makan di kuantan, nampak sedap semua makanan tu, imgatkan sempat ke klate heheh
ReplyDeleteeh eh! laaaaaaaaaa...akak pun ke pahang keeee...tak terjumpa lak kita..hahaha
ReplyDeletePernah 3 kali makan di Leban Condong ke kampung bekas mak mertua di Kampung Penyabung..
ReplyDeleteUdang tu memang segar2..sedapnya tengok gambar
Dah lama tak ke kuantan...rindu pulak nak ke sana. Tapi tu laaa dengar kata banjir kan bandar kuantan...kasihan orang kat sana.
ReplyDeleteDapatkan tips mudah untuk cara daftar syarikat sdn bhd enterprise SSM PKP online, termasuk harga daftar ssm syarat daftar syarikat & dokumen untuk daftar ssm serta bayaran ssm dan juga geran perniagaan .
ReplyDeleteEnterprise vs sdn bhd , akta syarikat 2016 , tugas pengarah syarikat
sistem cukai di malaysia
Baca 35 kata-kata semangat yang bakal mengubah hidup anda.
ReplyDeletekepimpinan : ciri yang anda perlu ada sebagai ketua
Di sini terdapat beberapa contoh vision board yang anda boleh rujuk.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi , fokus serta mempunyai keyakinan diri.
aegis boost pod dan nanostix di malaysia
ReplyDeleteNak beli nanostix di vape empire & vape 69 ?
caliburn pod/pod caliburn dan nanostix pod di Malaysia
ncig pod , ncig review & ncig malaysia dan nanostix pod yang anda boleh dapatkan di Malaysia sekarang!
flavour pod
Kenali 5 jenis perut buncit bagi wanita dan ketahui 6 tips untuk atasi masalah ini
ReplyDeleteAnda mengalami masalah terkucil dan perlukan tips diet ? sila layari amisi.com.my.